Pages

Daisypath Anniversary tickers

28 February 2010

Andaikata...Tiada jodoh aku dan dia...

bismillahirrahmanirrahim...dengan name Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Ya Allah..Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan...Yang Maha Mengetahui setiap isi hati hamba-hambaNya...
andaikata aku pergi dahulu.....dan.....tiada jodohku bertemu dengan insan kurnian-Mu ini...aku mohon dengan seluruh kudrat-Mu....peliharakanlah dia supaya sentiasa tetap di jalan-Mu....menjadi hamba terbaik di kalangan hamba-hambaMu yang sentiasa Engkau redhai dan sayangi...
Ya Tuhan yang Maha Pengasih.....janganlah Engkau hukum dia dengan dosa-dosaku yang menggunung ini Ya Allah, Tuhan sekalian alam....Yang Maha berkuasa menentukan apa sahaja mengikut kehendak-Mu...
Wahai Tuhan yang tiada lainNya....sudah hampir 9 bulan aku bersama dengannya...memegang amanah yang Engkau kurniakan...ada sahaja ketikanya..dugaan-dugaan yang Engkau berikan rasa terbeban di dada....berikanlah-ku kesabaran berpanjangan....ampunilah dosa-dosaku andaikata ada kalanya caraku menangani dugaan-Mu mendatangkan kemurkaan-Mu.....ampunkahlah ketidaksengajaan hamba-Mu ini Ya Allah...

namun...andaikata dia pergi dahulu Ya Allah....layakkanlah diriku yang hina ini untuk bertemu dengannya di syurga-Mu nanti Ya Tuhan, empunya langit dan bumi, dunia dan akhirat...berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menerima takdir ketentuan-Mu...sesungguhnya aku tahu..bahawa Tuhanku yang tiada lainnya ini lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya...

Ya Allah...tuhan yang dahiku ini aku letakkan ketika sujud untuk-Nya...andaikata Engkau takdirkan jodohku bertemu dengannya.....kuatkanlah diriku ini memegang amanah dengan sebaik-baiknya...mendidik berlandaskan syariat-syariat-Mu yang telah Engkau wahyukan kepada Rasulku, Muhammad bin Abdullah...sesungguhnya...dialah sebaik-baik hamba-Mu..jadikanlah suamiku yang tidak jemu-jemu melayan karenahku...membantuku ketika aku kekurangan kudratku ini....bertanggungjawab menyara hidup, makanku....seorang ketua keluarga dan papa kepada si dia yang sentiasa berlandaskan Al-Quran dan Sunnah rasul-Mu..........dan pohonku supaya Engkau izinkan untuk kami dihimpunkan sekali kali pada Hari yang tiada naungan selain naungan-Mu kelak.............

Allahua'lam...

22 February 2010

ehem..EhEm

Psstt..ade orang buat maggi sedap sepanjang ketiadaanku!!!.....sangat cumilzzzz.....dia siap amik gamba!...heeee


Nyum-nyum...

Thank you papa for being understanding...maafkan dosa-dosa mama pada papa ek...

21 February 2010

Penghijrahan Tetamu BaruKu.....


Subhanallah....segala puji bagi Allah...d one and only...

"Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. (Al-Jathiah:4)"

JENG..JENG..JENG!!!


hari ni dia datang banyak kali tau....rase macam dah cukup peralatan nak mengayam...tapi nampaknya masih lagi sibuk untuk mencukupkan "TOOLS"...!


Gambar di luar balconyku.........

YES!! its a bird!....preparing for a new home!...heee...burung tu kecik je tau....tapi sangat bermotivasi tinggi untuk membina resting place yang sangat besar!...the construction started about a month ago tau.....if you guys look carefully...ade pokok cactus sekali...amazing kan!?...dia angkut sendiri....tatau la gune ape...n tatau dari mane...tau-tau je dah ade....

papa cakap nak clear up....but i thought maybe we can learn how the nest is built....how they weave it....heheh...tapi progress cam lambat...tapi sehari at least dia akan melawat sekali..selalu cube nak tgk2..tapi every time nak tgk mesti dia terbang...so...selalu je buat tak tau...tapi of course i can still hear the sound of dried lalang being topped-up and rearranged!...hehehhe...

tp...whatever it is.......im amazed by another creation of God...the one n only....tiada makhluk yang boleh melakukan suatu ape pun selain dengan izin-Nya..dan tiada juga makhluk yang boleh mengganti setiap ciptaan-Nya...!

Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya). (An-Nisa':132)

Allhua'lam....im proud to be a MUSLIM! are you? say YES!! :)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Assalamualaikum WBT..

hamba yakin semua orang tahu dari mana dan apa makna tajuk entry saya untuk kali ini.
pada yang belum tahu atau yang sudah terlupa, petikan tajuk di atas diambil dari Kitab Al-Quran, surah ke-55; ArRahman(Yang Maha Pemurah).

firman Allah SWT,
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)


ayat ini diulang sebanyak 31kali di dalam Surah ArRahman ini.di selang selikan dengan penceritaan tentang nikmat dan rahmat2 Allah.
secara keseluruhan, surah ini terbahagi kpd 3bahagian;
1.penceritaan beberapa nikmat Allah di dunia.
2.ancaman terhadap perbuatan2 yang menderhakai Allah.
3.nikmat2 yang bakal dihadiahkan kpd hambaNya yg bertaqwa.

di sini hamba dgn rasa kehambanya akan mengulas beberapa perkara tentang nikmat Allah yang kadang2 kita lupa, kita tidak sedar 24-7 kita berada di dalam nikmatNya.

alkisahnya pada suatu malam, jariku tersepit di celah pintu kereta berjenama Proton.
jari hantu.
subhanallah impact tersepitnya jari di pintu kereta menyebabkan semua hajat kita tertangguh apakan lagi qodo' hajat.(kebetulan pada saat kejadian, diri ini sedang menahan untuk mengqodo' hajat.)

mmg sgt sakit dan meninggalkan kesan pendarahan di bawah kuku.alhamdulillah Allah masih mengekalkan kedudukan kukuku di situ.

bermula dari episod tersebut, sy selalu memikirkan tentang nikmat yg Allah tarik (insyaAllah sementara) ini.

pernahkah anda terfikir betapa pentingnya jari tengah atau jari hantu anda?
pernahkah anda ucapkan rasa syukur anda kerana dikurniakan jari tengah?

saya pernah.itu pun selepas kejadian ini dan keadaan jari masih ungu.harap2 lepas pulih pun saya akan kenang peristiwa ini.

beberapa nikmat jari tengah yang sy dapat rasakan ialah:-
*ketika anda memegang atau menggenggam.kebanyakan tenaga anda dikeluarkan oleh jari tengah.sy percaya jari yg terkuat adalah ibu jari.tetapi jari tengah menyumbangkan tenaga yg tidak kurangnya dalam proses genggaman.
tak percaya?cubalah!

*ketika anda menggaru belakang badan anda, adakah anda sedar jari apa yang anda gunakan?jari tengah.sy cuba untuk menggaru menggunakan jari telunjuk, ternyata terlalu banyak tenaga dan sukar dikawal.jari manis, ternyata terlalu lemah dan tidak ada nikmat menggaru itu.
tak percaya?cubalah!

*ketika anda ingin menjentik isteri anda dengan manja. jari hantu adalah jari yang terpanjang dalam ranking jari2.justeru jari hantu adalah jari yang menghasilkan tenaga terkuat ketika menjentik.
tak percaya?cubalah!

banyak lagi yang sy belum perasan akan keagungan nikmat jari tengah.hanya Allah yang lebih mengetahui.

komen saya, maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?..
apa komen anda?

wallahu'alam.

17 February 2010

Fraser's Hill Trip

BISMILLAH..


so the journey begins...


...until to a scene we rested...


...and a few hours we arrived...


...at Rumah Agam TM...


...which placed lots of beauty...


...and also my beauty...


...and a family(keciknye dunia)...


...at a tiny little lake...


...and to this man...


...i raised my bow...


...with a help from my Queen...


...and my whole legacy...


...with the iron ride...


...before the night falls...


...for our next activity,BBQ king...


...and this is how...


...i proved to this man...


...how cool the Cyber-shot T20 is...


...with the cool behind the scene...


...and cool model...


...with a cool hero...


...with the house full of insects...


...at the end of gloomy path...


and so they left...


...leaving a sniper behind...


...to vanish the good deeds...


...a cheerful life...


...an expected family...


...and a father..and a daughter..

-THE END-

16 February 2010

Thank You Allah...

Ingat tak post masjid the one mentioned about this one chinese girl.....
i just received news from the moroccon ukhti....that alhamdulillah she converted to ISLAM...

وَمَن يَہۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِ‌ۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَلَن تَجِدَ لَهُمۡ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِهِۦ‌ۖ
Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. [17:97]

syedey n happy............

04 February 2010

maTi?..tAkoTnYer...tAkNakLa CaKap pAsaL maTi..

Di pagi Jumaat yang nyaman dan indah ini, sehari lagi kita diberi peluang tersedar dari tidur untuk berada di Bumi-Nya...

Berbicara tentang mati..saya kira..tidak ramai di antara kita yang membayang kematian itu suatu keindahan. Perasaan keseorangan, kegelapan dan kesedihan menjadi signifikan dengan perkataan kematian. Suatu hakikat yang selalunya cuba untuk dielakkan oleh kita, besar kemungkinan kerana KETIDAK SEDIAAN kita berpindah ke satu lagi ruang milik Allah Yang Maha Esa.

"Setiap jiwa itu akan merasakan kematian. Dan pada hari kiamat sajalah disempurnakan semua balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" [Al-Imran:185]

"Maka apabila telah tiba ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya" [An-Nahl:61]

Suatu hari, kita pasti meninggalkan dunia bersama segala isinya dan waktu dan tempatnya SUDAH pun tertulis di Luh Mahfuz.

Di sini ingin saya tekankan bahawa tidak ada suatu benda pun yang dapat berlaku kecuali dengan izin-Nya seperti firman Allah dalam ayatul-kursi yang sering menjadi amalan kita. Walau dengan terhempaskan kapal terbang, terbakar rumah, gempa bumi yang meruntuhkan bangunan tinggi, sekiranya Allah masih belum mengizinkan kita untuk meninggalkan dunia ini, pasti kita punya masa untuk terus hidup dan sekiranya sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawasanya sudah tiba ajal kita walaupun ketika sedang solat, sedang bekerja, sedang bersantai di tepi pantai, percayalah pada saat itu kita pasti kembali kepada-Nya.

Jadilah kita seorang yang bijak yang sentiasa bersedia mengahadapi 'Hari Itu' seperti kesediaan kita menduduki peperiksaan atau suatu temuduga contohnya.

JOM kita persiapkan diri untuk 'Hari Itu'!

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda", "Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya (tidak dapat lagi menambah pahalanya) kecuali 3 perkara: Sadaqah Jariah, ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak soleh yang mendoakan untuknya". (Riwayat Muslim)

Saya selalu membayangkan bagaimanakah setelah kita ke rahmatullah pun 3 perkara ini masih boleh menambah kepada pahala amalan kita?

(1) Sadaqah Jariah

"Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (jika tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya, "Wahai Tuhanku, Alangkah baiknya jikalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang-orang yang soleh", dan ingatlah Allah tidak sekali-kali akan melanbatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan" [Al-Munafiqun:10-11]

Allah s.w.t. berfirman dalam Hadith Qudsi "Wahai anak Adam, Habiskanlah simpananmu kepadaKu dan janganlah habis kerana kebakaran, banjir dan bukan pula kerana kecurian. Aku akan memberikannya kembali kepadamu, apabila engkau sangat memerlukan" (Hadith Qudsi riwayat Baihaqi, mursal dari Al-Hasan)

Contohnya apabila seseorang memberi sedeqah membina madrasah untuk pembelajaran Islam kepada anak-anak yang belajar, selagi mana madrasah itu beroperasi, saya kira selagi itulah ganjaran sahamnya yang berlanjutan.

Begitu juga sekiranya seorang sahabat menghadiahkan Al-Quran mahupun buku yang bermanfaat dan dijadikan amalan pula oleh penerimanya, sepanjang itulah pahala tidak pernah terputus walaupun jasad sudah pun reput di liang lahad.

Banyak lagi kiranya jika ingin difikir-fikirkan! Carilah peluang-peluang untuk saham akhirat!

(2) Ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya

"Perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai Bumi. Di antara Bumi itu ada bahagian yang baik, iaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, manahan masuknya air dan dengan air yang bertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, kerana mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan bercucuk tanam. Ada pula hujan itu mengenai bahagian Bumi yang lain, yang ini hanyalah tanah rata dan licin. Bagian Bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contoh orang yang pandai dalam agama Allah dan petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus, dapat pula memberi kemanfaatan kepada orang tadi, maka orang itupun mengetahuinya-mempelajarinya-kemudian mengajarkannya-yang ini diumpamakan Bumi yang dapat menerima air atau menahan air, dan itu pula adalah contoh orang yang tidak suka mengangkat kepala menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia enggan menerima petunjuk Allah yang dengannya itu Saya dirasulkan-ini contohnya Bumi yang rata serta licin". [Muttafaq Alaih]

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya juga para penghuni langit dan Bumi, sampai semut yang berada dalam liangnya, bahkan sampai ikan yu, nescaya semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia". [Imam Tirmidhi; hadith hasan]

Dengan tersampainya nasihat-nasihat yang baik, percakapan yang dapat membawa orang lain ke arah kebaikan, selama itulah saham tetap menjadi cacatan walaupun sampai ketika roh dan jasad mengucapkan selamat tinggal.

Marilah kita saling nasihat-menasihati dan memberi cahaya kepada mereka yang memerlukan :)

(3) Anak Soleh yang mendoakan

Saya kira di zaman masa menjadi sempit dan wang menjadi pertaruhan, ramai yang meletakkan tanggungjawab mendidik tidak kira didikan keduniaan (matematik, geografi, sains) mahupun didikan akhirat (aqidah, fiqh dll) kepada pihak sekolah, guru-guru khasnya.
Namun, sayang seribu kali sayang, lupakah kita mereka bakal menjadi salah satu antara 3 aset yang tetap menyumbang kepada pahala amalan setelah berkahirnya penghidupan. Jadilah kita seorang yang sangat mementingkan diri dalam mendidik anak-anak dengan aqidah sempurna supaya lahirnya seorang pemimpin yang bakal memimpin orang-orang bertaqwa seterusnya seorang yang dapat mendoakan ibu bapanya setiap masa dan ketika kerana usaha ibu bapanya yang berhempas pulas mencorak dan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi dunia zaman ini yang tidak terkira pancarobanya. Masih belum terlambat selagi kita masih lagi mampu membaca di hadapan monitor.

"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika tidurnya; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai masa yang ditentukan. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir" [Az-Zumar:39]

Bersedialah.......................sama-samalah kita ingat-mengingati...

"Sungguh manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Al-Asr:2-3]

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Alah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri..

Allahua'lam

03 February 2010

MLM??! errrr................................

"Assalammualaikum kak, akak nampak padan dengan warna merah ni. Akak ni mesti seorang yang berani...akak minat nak buat bisnes tak..?...", pemancingan berterusan selama beberapa ketika dengan kata-kata yang lunak dan mimik muka yang berseri-seri!


Sekadar hiasan

Teringat pengalaman berada di sebuah syarikat MLM LXXX BXXXXX tidak lama dahulu, saya dapat menyaksikan suatu suasana yang belum pernah saya saksi sebelum ini, satu pengalaman menarik yang mungkin boleh dikongsi dan diambil iktibar insyaAllah.
Bangunan syarikat tinggi ini mempunyai 2 aras utama, Showroom dan tempat ber'sosial'. Showroom memberi gambaran jelas tentang produk yang dijual manakala ruang aras kedua menempatkan boleh dikatakan ratusan 'agent' memberi penerangan lanjut dan faedah-faedah yang bakal dinikmati sekiranya individu tersebut bersedia menjadi salah seorang dari mereka. Ruang yang terhias rapi dilengkapi dengan meja-meja dan kerusi-kerusi serta tergantung gambar-gambar mereka yang telah puun berjaya dan berada ditingkatan atas yang berpendapatan melebihi ratusan ribu setahun. Fuhh!!


Sekadar hiasan

Saya sempat berdebat mengenai kehalalan aktiviti MLM dan juga beberapa soalan provokasi kepada mereka, namun apa yang hebat tentang mereka adalah kepintaran dalam membawa kita melihat MLM sebagai sesuatu perkara yang 'BEST' dan menjanjikan ganjaran yang lumayan di masa hadapan. Jurucakap seorang graduasi dari United States telah meletakkan jawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat semiconductor terkemuka untuk berkecimpung 'full time' dalam MLM ini dengan alasan bahawa pendapatan bisnes ini dapat memberi pulangan yang lebih baik daripada kerja 'makan gaji'. Em..mungkin apa yang dikatakan betul, pada zaman yang duit itu lebih utama dari segalanya, mungkin kata-katanya bole di'digest' oleh sesetengah pihak demi untuk mendapat kesenangan dunia sementara...mungkin ade juga yang menolak..mungkin juga jurucakap memerlukan lebih dari sehari untuk meng'influence' pancingannya...mungkin juga 'approahing technique' terdapat kesilapan yang perlu diperbaiki....mungkin dan mungkin............walau apapun, dari kaca mata duniawi, jurucakap ini sudah pun memiliki pendapatan 5 angka pada usia 24 tahun, suatu yang pada saya dapat dibanggakan.

Sekadar Hiasan

Saya ingin membawa saudara-saudari ke sebuah dimensi yang saya kira mempunyai beberapa similariti-similariti yang mungkin boleh diambil pengajaran iaitu ISLAM sebagai produknya dan kita sebagai para penjualnya.

1. Ikhlas saya dapat katakan dari dalam hati bahawa ISLAM ini SANGAT INDAH. Sangat 'BEST'!. Ramai yang tidak menyedari akan keindahan agama yang dianuti kerana kurangnya penghayatan terhadap ISLAM itu sendiri. Apa itu ISLAM? Apa yang diperjuangkan? Apa itu dakwah? Adakah Islam mementingkan ibadah khusus sahaja? Adakah Islam hanya bole ditunjuki dengan pakaian? Adakah hanya dengan makanan halal? Fungsi zakat? Bolehkah sekiranya hudud dilaksanakan? Apakah istimewanya hudud? Mengapa ramai yang mati dijalan Islam? Mengapa....dan kenapa dan bagaimana dan siapa.......Muhasabah diri...banyak lagi tentang Islam yang kita kurang arif bukan? Oleh yang demikian, keypoint PERTAMA untuk menjadi 'penjual' yang berjaya adalah untuk mengenali 'produk' nya! Dan tiada cara yang lebih utama selain dari menuntut ilmu sedalam-dalamnya mengenai 'produk' kekal abadi ini. Cari keistimewaannya..dan kerana itu, Allah telah mengangkat orang-orang berilmu dengan beberapa darjat; firmanNya

"Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat". (Al-Mujadalah:11)

"Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke Syurga". (Riwayat Muslim)


Sekadar hiasan

2. Dalam melayari bahtera penjualan 'produk', ada ketika kita pasti ditimpa dengan ombak yang kuat ataupun angin kencang mahupun kekurangan bekalan makanan...juga hilangnya arah tujuan....namun, apakah sama orang yang langsung tidak berani turun ke laut untuk berkemudi dengan mereka yang sedaya-upaya berteguh menghadap segala macam onak duri dipertengahan lautan? Kualiti semestinya sangat berbeza. Kualiti dalam pengemudian, teknik bertahan di kala hujan, pengetahuan dalam penafsiran perubahan cuaca dan awan....teringat pada kisah kejatuhan Islam ketika berhadapan dengan pihak Mongol (kalau tidak silap), mereka telah meminta pemerintah pada masa itu untuk mengumpul para ilmuan dan ulama' yang akhirnya mereka semua dibunuh kerana pihak lawan mengetahui kepentingan para ulama' berbanding dengan rakyat biasa; iaitu mereka yang 'turun ke laut' dengan mereka yang hanya 'menangguk di air cetek' dan sudah pasti akhirnya pihak Mongol ini mendapat kemenangan mudah.
Oleh itu, keypoint ke-2 adalah supaya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjual 'produk' kerana hasilnya pasti lumayan tidak kira sehingga tahap manapun pencapaiannya.

Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. ketika Perang Uhud; "Bagaimanakah pendapat Tuan sekiranya saya terbunuh, di manakah tempatku?". Nabi s.a.w. bersabda, "Dalam syurga". Orang itu lalu melemparkan beberapa buah kurma yang masih ditangannya kemudian berperang sehingga ia dibunuh-mati syahid". (Muttafaq 'Alaih)

Menjadi seorang yang 'baik' pada zaman berteknologi canggih sekarang ini saya kira banyak pancarobanya. Ada yang mengata, ada yang tak suka, ada yang dipandang sinis. Namun, berdoalah supaya hati-hati kita sentiasa tetap di jalan-Nya kerana hasilnya paling lumayan bukan?! SYURGA tau...bukan main-main lagi...

3. Penjual MLM barangkali tidak mengetahui bahawa perwatakan diri ceria, berwajah manis ketika bertemu dan kata-kata menarik adalah sebahagian dari sunnah Rasullah.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Barangsiapa memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang nescaya Allah akan menampuni dosa-dosanya".

"Dan mengucapkan perkataan yang baik itu adalah merupakan sedekah". (Muttafaq 'Alaih)


Sekadar hiasan

Senyumlah! kerana saya kira senyum juga dapat membuka hati-hati yang masih lagi menanti untuk diketuk...dan ungkapkanlah bicara-bicara baik dan indah...supaya hati yang diketuk tadi terus berbunga dan mempamerkan keindahannya.

4. Sistem MLM juga dapat kiranya diaplikasikan ke sistem penyampaian tentang ISLAM.....yang saya kira sebanarnya telah pun digunapakai oleh kebanyakan paderi kristian....emmm...cuba tengok kesungguhan mereka dalam menyampaikan fahaman mereka tentang Nabi Isa a.s.......kalau lah berjaya sistem ini, cuba bayangkan berapa ramai pengikut umat Islam...besh-besh


Sekadar hiasan

CUMA...setelah disenaraikan kesimiliritian-kesimiliritian MLM dan bagaimana ia boleh diguna pakai dalam Islam itu sendiri..hanya satu yang saya fikir memisahkan MLM dan Islam..

Matlamat akhir MLM adalah...DUIT..PANGKAT..DUNIA...SEMENTARA

manakala....

Matlamat akhir ISLAM adalah...PAHALA...DARJAT DI SISI ALLAH...SYURGA (InsyaAllah)...KEKAL ABADI



Allahua'lam..