Pages

Daisypath Anniversary tickers

04 February 2010

maTi?..tAkoTnYer...tAkNakLa CaKap pAsaL maTi..

Di pagi Jumaat yang nyaman dan indah ini, sehari lagi kita diberi peluang tersedar dari tidur untuk berada di Bumi-Nya...

Berbicara tentang mati..saya kira..tidak ramai di antara kita yang membayang kematian itu suatu keindahan. Perasaan keseorangan, kegelapan dan kesedihan menjadi signifikan dengan perkataan kematian. Suatu hakikat yang selalunya cuba untuk dielakkan oleh kita, besar kemungkinan kerana KETIDAK SEDIAAN kita berpindah ke satu lagi ruang milik Allah Yang Maha Esa.

"Setiap jiwa itu akan merasakan kematian. Dan pada hari kiamat sajalah disempurnakan semua balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" [Al-Imran:185]

"Maka apabila telah tiba ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya" [An-Nahl:61]

Suatu hari, kita pasti meninggalkan dunia bersama segala isinya dan waktu dan tempatnya SUDAH pun tertulis di Luh Mahfuz.

Di sini ingin saya tekankan bahawa tidak ada suatu benda pun yang dapat berlaku kecuali dengan izin-Nya seperti firman Allah dalam ayatul-kursi yang sering menjadi amalan kita. Walau dengan terhempaskan kapal terbang, terbakar rumah, gempa bumi yang meruntuhkan bangunan tinggi, sekiranya Allah masih belum mengizinkan kita untuk meninggalkan dunia ini, pasti kita punya masa untuk terus hidup dan sekiranya sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawasanya sudah tiba ajal kita walaupun ketika sedang solat, sedang bekerja, sedang bersantai di tepi pantai, percayalah pada saat itu kita pasti kembali kepada-Nya.

Jadilah kita seorang yang bijak yang sentiasa bersedia mengahadapi 'Hari Itu' seperti kesediaan kita menduduki peperiksaan atau suatu temuduga contohnya.

JOM kita persiapkan diri untuk 'Hari Itu'!

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda", "Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya (tidak dapat lagi menambah pahalanya) kecuali 3 perkara: Sadaqah Jariah, ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak soleh yang mendoakan untuknya". (Riwayat Muslim)

Saya selalu membayangkan bagaimanakah setelah kita ke rahmatullah pun 3 perkara ini masih boleh menambah kepada pahala amalan kita?

(1) Sadaqah Jariah

"Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (jika tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya, "Wahai Tuhanku, Alangkah baiknya jikalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang-orang yang soleh", dan ingatlah Allah tidak sekali-kali akan melanbatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan" [Al-Munafiqun:10-11]

Allah s.w.t. berfirman dalam Hadith Qudsi "Wahai anak Adam, Habiskanlah simpananmu kepadaKu dan janganlah habis kerana kebakaran, banjir dan bukan pula kerana kecurian. Aku akan memberikannya kembali kepadamu, apabila engkau sangat memerlukan" (Hadith Qudsi riwayat Baihaqi, mursal dari Al-Hasan)

Contohnya apabila seseorang memberi sedeqah membina madrasah untuk pembelajaran Islam kepada anak-anak yang belajar, selagi mana madrasah itu beroperasi, saya kira selagi itulah ganjaran sahamnya yang berlanjutan.

Begitu juga sekiranya seorang sahabat menghadiahkan Al-Quran mahupun buku yang bermanfaat dan dijadikan amalan pula oleh penerimanya, sepanjang itulah pahala tidak pernah terputus walaupun jasad sudah pun reput di liang lahad.

Banyak lagi kiranya jika ingin difikir-fikirkan! Carilah peluang-peluang untuk saham akhirat!

(2) Ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya

"Perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai Bumi. Di antara Bumi itu ada bahagian yang baik, iaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, manahan masuknya air dan dengan air yang bertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, kerana mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan bercucuk tanam. Ada pula hujan itu mengenai bahagian Bumi yang lain, yang ini hanyalah tanah rata dan licin. Bagian Bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contoh orang yang pandai dalam agama Allah dan petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus, dapat pula memberi kemanfaatan kepada orang tadi, maka orang itupun mengetahuinya-mempelajarinya-kemudian mengajarkannya-yang ini diumpamakan Bumi yang dapat menerima air atau menahan air, dan itu pula adalah contoh orang yang tidak suka mengangkat kepala menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia enggan menerima petunjuk Allah yang dengannya itu Saya dirasulkan-ini contohnya Bumi yang rata serta licin". [Muttafaq Alaih]

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya juga para penghuni langit dan Bumi, sampai semut yang berada dalam liangnya, bahkan sampai ikan yu, nescaya semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia". [Imam Tirmidhi; hadith hasan]

Dengan tersampainya nasihat-nasihat yang baik, percakapan yang dapat membawa orang lain ke arah kebaikan, selama itulah saham tetap menjadi cacatan walaupun sampai ketika roh dan jasad mengucapkan selamat tinggal.

Marilah kita saling nasihat-menasihati dan memberi cahaya kepada mereka yang memerlukan :)

(3) Anak Soleh yang mendoakan

Saya kira di zaman masa menjadi sempit dan wang menjadi pertaruhan, ramai yang meletakkan tanggungjawab mendidik tidak kira didikan keduniaan (matematik, geografi, sains) mahupun didikan akhirat (aqidah, fiqh dll) kepada pihak sekolah, guru-guru khasnya.
Namun, sayang seribu kali sayang, lupakah kita mereka bakal menjadi salah satu antara 3 aset yang tetap menyumbang kepada pahala amalan setelah berkahirnya penghidupan. Jadilah kita seorang yang sangat mementingkan diri dalam mendidik anak-anak dengan aqidah sempurna supaya lahirnya seorang pemimpin yang bakal memimpin orang-orang bertaqwa seterusnya seorang yang dapat mendoakan ibu bapanya setiap masa dan ketika kerana usaha ibu bapanya yang berhempas pulas mencorak dan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi dunia zaman ini yang tidak terkira pancarobanya. Masih belum terlambat selagi kita masih lagi mampu membaca di hadapan monitor.

"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika tidurnya; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai masa yang ditentukan. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir" [Az-Zumar:39]

Bersedialah.......................sama-samalah kita ingat-mengingati...

"Sungguh manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Al-Asr:2-3]

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Alah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri..

Allahua'lam

03 February 2010

MLM??! errrr................................

"Assalammualaikum kak, akak nampak padan dengan warna merah ni. Akak ni mesti seorang yang berani...akak minat nak buat bisnes tak..?...", pemancingan berterusan selama beberapa ketika dengan kata-kata yang lunak dan mimik muka yang berseri-seri!


Sekadar hiasan

Teringat pengalaman berada di sebuah syarikat MLM LXXX BXXXXX tidak lama dahulu, saya dapat menyaksikan suatu suasana yang belum pernah saya saksi sebelum ini, satu pengalaman menarik yang mungkin boleh dikongsi dan diambil iktibar insyaAllah.
Bangunan syarikat tinggi ini mempunyai 2 aras utama, Showroom dan tempat ber'sosial'. Showroom memberi gambaran jelas tentang produk yang dijual manakala ruang aras kedua menempatkan boleh dikatakan ratusan 'agent' memberi penerangan lanjut dan faedah-faedah yang bakal dinikmati sekiranya individu tersebut bersedia menjadi salah seorang dari mereka. Ruang yang terhias rapi dilengkapi dengan meja-meja dan kerusi-kerusi serta tergantung gambar-gambar mereka yang telah puun berjaya dan berada ditingkatan atas yang berpendapatan melebihi ratusan ribu setahun. Fuhh!!


Sekadar hiasan

Saya sempat berdebat mengenai kehalalan aktiviti MLM dan juga beberapa soalan provokasi kepada mereka, namun apa yang hebat tentang mereka adalah kepintaran dalam membawa kita melihat MLM sebagai sesuatu perkara yang 'BEST' dan menjanjikan ganjaran yang lumayan di masa hadapan. Jurucakap seorang graduasi dari United States telah meletakkan jawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat semiconductor terkemuka untuk berkecimpung 'full time' dalam MLM ini dengan alasan bahawa pendapatan bisnes ini dapat memberi pulangan yang lebih baik daripada kerja 'makan gaji'. Em..mungkin apa yang dikatakan betul, pada zaman yang duit itu lebih utama dari segalanya, mungkin kata-katanya bole di'digest' oleh sesetengah pihak demi untuk mendapat kesenangan dunia sementara...mungkin ade juga yang menolak..mungkin juga jurucakap memerlukan lebih dari sehari untuk meng'influence' pancingannya...mungkin juga 'approahing technique' terdapat kesilapan yang perlu diperbaiki....mungkin dan mungkin............walau apapun, dari kaca mata duniawi, jurucakap ini sudah pun memiliki pendapatan 5 angka pada usia 24 tahun, suatu yang pada saya dapat dibanggakan.

Sekadar Hiasan

Saya ingin membawa saudara-saudari ke sebuah dimensi yang saya kira mempunyai beberapa similariti-similariti yang mungkin boleh diambil pengajaran iaitu ISLAM sebagai produknya dan kita sebagai para penjualnya.

1. Ikhlas saya dapat katakan dari dalam hati bahawa ISLAM ini SANGAT INDAH. Sangat 'BEST'!. Ramai yang tidak menyedari akan keindahan agama yang dianuti kerana kurangnya penghayatan terhadap ISLAM itu sendiri. Apa itu ISLAM? Apa yang diperjuangkan? Apa itu dakwah? Adakah Islam mementingkan ibadah khusus sahaja? Adakah Islam hanya bole ditunjuki dengan pakaian? Adakah hanya dengan makanan halal? Fungsi zakat? Bolehkah sekiranya hudud dilaksanakan? Apakah istimewanya hudud? Mengapa ramai yang mati dijalan Islam? Mengapa....dan kenapa dan bagaimana dan siapa.......Muhasabah diri...banyak lagi tentang Islam yang kita kurang arif bukan? Oleh yang demikian, keypoint PERTAMA untuk menjadi 'penjual' yang berjaya adalah untuk mengenali 'produk' nya! Dan tiada cara yang lebih utama selain dari menuntut ilmu sedalam-dalamnya mengenai 'produk' kekal abadi ini. Cari keistimewaannya..dan kerana itu, Allah telah mengangkat orang-orang berilmu dengan beberapa darjat; firmanNya

"Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat". (Al-Mujadalah:11)

"Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke Syurga". (Riwayat Muslim)


Sekadar hiasan

2. Dalam melayari bahtera penjualan 'produk', ada ketika kita pasti ditimpa dengan ombak yang kuat ataupun angin kencang mahupun kekurangan bekalan makanan...juga hilangnya arah tujuan....namun, apakah sama orang yang langsung tidak berani turun ke laut untuk berkemudi dengan mereka yang sedaya-upaya berteguh menghadap segala macam onak duri dipertengahan lautan? Kualiti semestinya sangat berbeza. Kualiti dalam pengemudian, teknik bertahan di kala hujan, pengetahuan dalam penafsiran perubahan cuaca dan awan....teringat pada kisah kejatuhan Islam ketika berhadapan dengan pihak Mongol (kalau tidak silap), mereka telah meminta pemerintah pada masa itu untuk mengumpul para ilmuan dan ulama' yang akhirnya mereka semua dibunuh kerana pihak lawan mengetahui kepentingan para ulama' berbanding dengan rakyat biasa; iaitu mereka yang 'turun ke laut' dengan mereka yang hanya 'menangguk di air cetek' dan sudah pasti akhirnya pihak Mongol ini mendapat kemenangan mudah.
Oleh itu, keypoint ke-2 adalah supaya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjual 'produk' kerana hasilnya pasti lumayan tidak kira sehingga tahap manapun pencapaiannya.

Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. ketika Perang Uhud; "Bagaimanakah pendapat Tuan sekiranya saya terbunuh, di manakah tempatku?". Nabi s.a.w. bersabda, "Dalam syurga". Orang itu lalu melemparkan beberapa buah kurma yang masih ditangannya kemudian berperang sehingga ia dibunuh-mati syahid". (Muttafaq 'Alaih)

Menjadi seorang yang 'baik' pada zaman berteknologi canggih sekarang ini saya kira banyak pancarobanya. Ada yang mengata, ada yang tak suka, ada yang dipandang sinis. Namun, berdoalah supaya hati-hati kita sentiasa tetap di jalan-Nya kerana hasilnya paling lumayan bukan?! SYURGA tau...bukan main-main lagi...

3. Penjual MLM barangkali tidak mengetahui bahawa perwatakan diri ceria, berwajah manis ketika bertemu dan kata-kata menarik adalah sebahagian dari sunnah Rasullah.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Barangsiapa memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang nescaya Allah akan menampuni dosa-dosanya".

"Dan mengucapkan perkataan yang baik itu adalah merupakan sedekah". (Muttafaq 'Alaih)


Sekadar hiasan

Senyumlah! kerana saya kira senyum juga dapat membuka hati-hati yang masih lagi menanti untuk diketuk...dan ungkapkanlah bicara-bicara baik dan indah...supaya hati yang diketuk tadi terus berbunga dan mempamerkan keindahannya.

4. Sistem MLM juga dapat kiranya diaplikasikan ke sistem penyampaian tentang ISLAM.....yang saya kira sebanarnya telah pun digunapakai oleh kebanyakan paderi kristian....emmm...cuba tengok kesungguhan mereka dalam menyampaikan fahaman mereka tentang Nabi Isa a.s.......kalau lah berjaya sistem ini, cuba bayangkan berapa ramai pengikut umat Islam...besh-besh


Sekadar hiasan

CUMA...setelah disenaraikan kesimiliritian-kesimiliritian MLM dan bagaimana ia boleh diguna pakai dalam Islam itu sendiri..hanya satu yang saya fikir memisahkan MLM dan Islam..

Matlamat akhir MLM adalah...DUIT..PANGKAT..DUNIA...SEMENTARA

manakala....

Matlamat akhir ISLAM adalah...PAHALA...DARJAT DI SISI ALLAH...SYURGA (InsyaAllah)...KEKAL ABADI



Allahua'lam..

28 January 2010

Nafsu?!



Indication: Merah-Manusia; Biru-Malaikat

Berbeza dengan GRAF Keimanan Malaikat yang statik dan malar....yang sentiasa taat dengan suruhanNya, GRAF Keimanan hamba Allah yang bergelar manusia ini penuh dengan naik turun sepanjang hidupnya kerana perbezaan manusia dan malaikat tidak lain adalah adanya NAFSU.

Sekadar perkongsian saya dengan pembaca budiman sekalian dengan topik yang dikupas oleh Ustazah Fatmah di TV9 mengenai Nafsu..

Teringat kembali tentang dialog Allah bersama para malaikatNya ketika kali pertamanya penciptaan manusia [2:30-33]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30) Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33)"

Allah Maha Mengetahui dan semestinya tahu bahawa manusia pasti akan mendatangkan kerosakan di muka Bumi. Namun, Allah yang Maha Mengetahui pasti tahu bahawa penciptaanNya bukan sia-sia. Manusia diberi akal, lihatlah bagaimana dengan jayanya Adam menjawab soalan setelah Allah mengajarkan nama benda-benda kepada Adam, datuk moyang kita yang pertama-tama.

Saya tertarik dengan satu daripada 4 nafsu yang disebut oleh Ustazah Fatmah iaitu Nafsu Ghafilah iaitu nafsu yang lalai..

Manusia dengan nafsu ghafilah ini jika dilihat, solat sepertimana orang solat. Ketika Ramadhan menjelma, mereka turut berpuasa dan berterawih. Apa-apa sahaja amalan yang baik, soleh tetap diamalkannya.

Namun, mereka kadang-kadang lupa dan lalai dengan pertemuan denganNya kerana pada masa yang sama juga, kemungkaran-kemungkaran tetap menjadi amalan. Mereka masih lagi hadir ke konsert-konsert Tahun Baru contohnya. Mereka masih lagi kerap membuang masa di pusat membeli belah (peringatan untuk diriku juga) dan masih lagi menjadikan hiburan sebagai aset penting dalam kehidupan. Dalam surah Al-A'raf diterangkan lagi ciri-ciri orang yang Ghafil.


وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)




"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)"


Dapat disimpulkan dari ayat di atas ciri-ciri mereka yang memiliki nafsu Ghafilah adalah:-
(1) Hati -> Tak nak FAHAM (firman2 Allah dalam kitabNya..tujuan kita hidup di dunia?..)
(2) Mata -> Tak nak LIHAT (kebesaran Allah..cipta alam, manusia..dll)
(3) Telinga -> Tak nak DENGAR (teguran...nasihat)

SERUPA = lebih teruk dari BINATANG TERNAK (lembu?...kambing...?)



Teruk rupanya pengakhiran orang yang memiliki Nafsu Ghaflah ni...Allah sudah allocate tempat mereka di Neraka...Nauzhubillah..

Tak dapat nak bayangkan bagaimana dasyatnya Neraka Allah...tapi cuba lah bayangkan..supaya menjadi suatu tazkirah (peringatan) untuk kita memilih pengakhiran kita yang sudah tidak berapa jauh lagi...


Sekadar hiasan

Ustazah Fatmah juga telah membentangkan 6 tips sebagai perisai untuk melawan nafsu diantaranya:-

(1) Melengkapkan diri dengan ILMU (di alam teknologi yang canggih ini, saya kira tiada alasan bagi kita mengatakan susah untuk mencari ilmu...majlis ilmu yang banyak, usrah di sana sini, website yang sentiasa diisi dengan tazkirah-tazkirah, kedai-kedai buku yang membuak dengan buku apa sahaja untuk pengisian hati)
- Dari ilmulah kita mengenal Islam dan siapa Allah...
(2) AMAL - Ilmu tanpa amal adalah sia-sia...kepada pelajar-pelajar aliran agama khasnya..manfaatkanlah Ilmu di dada...
(3) DISIPLIN-disiplinkan diri untuk istiqamah dan menilai baik dan buruk setiap masa..
(4) DAKWAH-dengan mengajar atau menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain secara tidak langsung memberi didikan yang paling berguna untuk diri kita
(5) SABAR-sabar dalam menjalankan amal maaruf, nahi mungkar...sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar
(6) DOA-doa supaya pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik...kerana hakikatnya tiada siapa tahu akhirnya kita nanti...[Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi-Hadith 4]


Allahua'lam...


usrah

apakah itu usrah?
apakah tujuannya?
ape kalau xde usrah xbole ka??

berikut adalah secebis cebisan research aku psl definisi usrah dan penaakulan mantiknya..


dari segi bahasa; perkataan dalam Bahasa Arab bermaksud keluarga.
Kamus Dewan Edisi Ketiga; usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.
dari segi istilah; usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam, berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan.

dinyatakan juga tujuannya..
ialah menghubungkan diri dengan Allah, merapatkan ukhuwah Islamiah dan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalami fardu ain, meluaskan faham terhadap Islam, dan memberi galakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.


gambar hiasan


dan termasuk 3 rukun usrah iaitu:-
i. ta'aa-ruf atau berkenalan
-berkenalan dan berkasih syg dgn semangat cinta kpd agama Allah..
-utk menyedari ukhwah sejati sesama saudara sendiri..
-dsb
ii. ta-faa-hum atau bersefahaman
-memahami Islam dan menghayatinya..
-dsb
iii. takaa-ful atau bantu membantu
-bekerjasama dgn menegakkan amar maaruf nahi mungkar..

dan byk lg anda boleh dptkan di sini dan juga di sinun..



walaubagaimana pon..pada aku, usrah adalah satu aktiviti sihat utk semua golongan, dan sepanjang zaman.
kerana apa?
kerana pengisian ilmiah yg tidak sekali2 akan habis, ingat memperingati, dan juga perbincangan yg sihat berlandaskan Quran dan Sunnah..

walaupon tertulis kat atas tu pengertiannya dr segi istilah, "..ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam.."..ini tidaklah sesekali bermakna "tidak beriman lah seseorang jika tidak mengikuti usrah"..OK?


alkisahnya smlm(20Jan2010) aku pergi g maxwell tower,PJ. menunggu mama... aku pon berkecimpung dlm bidang renang.


kolam renang nya yg cantik selalu sj menggiurkan hati ku yg lara nk berenang..tp agak takut sbb da mlm n dasar kolam renang tu agak gelap..
aku bkn takutkan hantu..aku takutkan buaya.maklum la..air tawar..sedangkan di PD pon ada buaya!haha..

alhamdulillah semua selamat.xde buaya pon akhirnya..


terakhirnye, nasihat dari aku utk aku dan bro2 sis2 yg lain..

pd yg berusrah, ingt, usrah bukan bukti yg anda adalah hebat dan beriman dari yg tidak berusrah..penilaian terhadap seseorang tak pernah terletak betapa tingginya pangkat dalam usrah nya..walau tiap2 mlm anda menghadiri usrah pon, di mn anda kalau anda sendiri pon tak mampu nk memberi salam(dakwah TERmudah) kpd saudara muslim lain.sentiasa muhasabah utk meningkatkan iman kpd Allah SWT.

pd yg tidak berusrah, ingt tujuan kita berada di bumi Allah ni.kalau kalimah Allah pon kita tak mampu nk sebut dihadapan non-muslim, dimana lg perlunya kita di sisi agama Allah..
berusrah bkn bermakna skema, hebat, poyo, menunjuk2 dan byk lg kata2 keji dr anti-usrah-ian..cari lah pintu dakwah walau sekecil mn pon.jgn lupa agama kita ditegakkan dgn dakwah dan titik peluh nabi SAW, para sahabat, tabiin, ulama'2 dan lain2..jom kita sambung usaha mereka sampai Malaikat Izrail dtg kat kita.

wassalam..

27 January 2010

isu nama Allah



di sini sy ingin mengambil kesempatan utk menceritakan pendapat peribadi sy ttg isu kalimah Allah yg semakin hebat di Malaysia..

ramai rakan2 sy menukilkan pendapat, malah artikel2 yg berkenaan di dlm blog mereka..
antaranya di sini dan di sini.

dgn itu, sy juga ingin mengongsikan pendapat peribadi sy.


secara peribadi, sy menganggap isu ini, di waktu ini adalah SEKADAR MAINAN POLITIK.

mengapa?
pertamanya, kita check-it-out balik bila isu ini mula muncul?
ya, sudah lama bukan?tetapi kenapa sekarang baru nk diperbesarkan??adakah untuk meng'cover-up' isu kehilangan enjin jet yg dirancang teliti oleh pekerja bawahan tanpa melibatkan pihak atasan?wallahu'alam..

apapun pada sy isu kalimah Allah hakikatnya bukan lah isu yg melibatkan aqidah secara langsung.

ingin sy memetik sedikit rencana dr website dr.mohd asri..
"...Isu nama Allah umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.

Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan Allah dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.

Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama Allah. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim...."
rujuk
http://drmaza.com/home/?p=975


malah dalam Quran juga mengatakan,
[Dan sungguh, jika engkau(wahai Muhammad) tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab "Allah." Katakanlah, "Alhamdulillah(segala puji bagi Allah,)" tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.](Luqman,31:25)

jadi, sesetengah pihak yg menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak kristian katolik dgn hujah perkara ini bersesuaian sbg langkah pertama dari segi dakwah Islamiyah.
pada golongan yg berpendapat mcm ini, kita boleh tanyakan apakah langkah seterusnya?
dan adakah selama ini mereka berdiam diri? tidak saya menyatakan SALAH pd pendapat ini.

ada juga pihak yg mengatakan apabila terjadinya penggunaan kalimah Allah oleh org kristian maka nasib anak2(muslim) pada masa depan mengalami bahaya yg amat dasyat.
spt di Indonesia, mereka menyebarkan mcm2 risalah.









ada juga yg menyelitkan perkaitan dgn perlembagaan Malaysia, dari segi Bahasa Ibunda dan sbgnya.



walaubagaimanapun, sekiranya terjadi kalimah Allah digunakan oleh non-muslim.ada beberapa merit-demerit nya tersendiri.

antara demerit2 yg sy dpt fikirkan setakat ni adalah:-
1.gereje2 akan dihias dgn perkataan ALLAH.
2.artikel2 kristianisasi akan dipenuhi dgn perkataan ALLAH.
3.di kelas2 agama kristian akan byk digunakan perkataan ALLAH.
4.penganut kristian sendiri mungkin byk menggunakan perkataan ALLAH.One Malaysia what??hehe..
5.restoran2 non-halal akan dihias dgn nama ALLAH utk menarik pelanggan Muslim.padahal da byk terjd di kala ini..kan?kan?
6.byk lg gamaknya.

dan kesemua diatas bakal mengundang kekeliruan kpd muslim yg sudah sekian lamanya mengangap Allah adalah Tuhan kpd Muslim shj.

secara jujur sy ingin menyentuh kelebihan ttg bab kekeliruan yg konon-kononnya bakal melanda sekiranya terjadi perkara tersebut.
pertama, sy mengucapkan Alhamdulillah seandainya kekeliruan itu BOLEH menggalakkan lg muslim di Malaysia supaya lebih berhati2 utk menilai yg mn muslim,yg mn non-muslim,yg mn halal,yg mn haram etc.

ini kerana sekarang pun kita hanya bergantung dgn cop halal yg dikeluarkan oleh jabatan agama yg begitu mudah dipalsukan.

keadaan ini juga bakal menggalakkan kita masyarakat muslim untuk menyokong 100% produk2 barangan mahupun makanan muslim.

bkn setakat berhati2, malah ibubapa tidak akan berlepas tgn utk membiarkan anak2 mereka mudah terkeliru dgn dakyah2 kristianisasi.secara langsung akan memperkukuhkan lg aqidah anak2 kita di masa mendatang.padahal mmg tugas ibubapa pun untuk mendidik anak2 dgn aqidah tauhid!!kenapa risau anak mudah keliru?sbb ibubapa malas menjalankan tugas mereka??

ini pendapat sy yg naif je la..


lagipun, sekiranya kita terus berbalah ttg perkara ini, kita bakal memecah belahkan umat kita sendiri..
malah kita bakal menunjukkan kpd non-muslim betapa bodohnya telatah pergaduhan antara muslim tentang nama Allah(bkn aqidah pun!).


kesimpulannya, pada sy, tidak perlu ditekankan isu ini, tidak perlu diperbesar2kan isu ini.
kita, muslim yg hidup dgn masyarakat non-muslim di bawah pemerintahan 'muslim' sendiri, sepatutnya banyak yg boleh kita laksanakan untuk mengukuhkan aqidah Tauhid kita dan anak2 kita.
fikir-fikirkan lah.


MaSjiD @ tEmpaT LepAkkU...




"Best nyer masjid ni...bole lepak lagi ni!..", bersungguh-sungguh meng'convince'kan seorang lagi sahabatnya..

Sejuknya hati kalau ade di kalangan muda mudi kita yang dapat mengungkapkan ayat yang biasa kita dengar yang merujuk kepada sesuatu yang betul-betul keluar dari dalam hati, bukan dibuat-buat...


Yamanashi - Camping Trip

saya teringat pengalaman di Bumi terbit matahari, di masjid otsuka, saya sempat berkenalan dengan seorang bangsa cina yang berasal dari negara China yang sedang menuntut di University of Tokyo semasa menghadiri salah satu usrah mingguan.

"Are you a Muslim?", saya cube memulakan perbualan.

"No, not yet but I am learning about Islam", saya mengangguk dengan senyuman diiringi doa semoga Allah memberi hidayahNya.

Apa yang ingin saya bangkitkan disini adalah bagaimana terbukanya institusi masjid di sana yang mengalu-alukan kedatangan seorang non-muslim, duduk bersama-sama mendengar usrah? jarang-jarang kita dengar di Malaysia kan?

Pernah juga saya bertemu dengan seorang warga Vietnam di masjid yang sama yang masih juga belum memeluk Islam tetapi turut serta dalam program 'camping' anjuran Masjid Otsuka.

Di dalam sebuah buku Abbas As-siisiy, bertajuk "Bagaimana Menyentuh Hati", halaman 263 menceritakab bagaimana seorang pemuda Afrika yang bertanya kepada ayahnya apakah wujudnya 2 Tuhan untuk orang berkulit putih dan orang berkulit hitam. Namun apabila pandangannya terpalih ke arah masjid di mana berkumpulnya manisua tidak mengira warna, pemuda tersebut masuk ke dalam masjid duduk bersama dan berkenalan dan akhirnya pemuda tersebut memeluk Islam.

Bagaimana strategi Rasulullah yang pertama-tamanya membina Masjid dan bukan rumahnya sendiri sejurus sampai di kota Yathrib kerana mengetahui betapa pentingnya sebuah ummah didirikan dengan terbinanya sebuah masjid.

Namun, apa yang mendukacitakan adalah keadaan masjid di negara tanah air tercinta yang hanya berfungsi tidak lebih dari sebuat tempat solat. Isu ini pernah dibangkitkan oleh Dr. Asri Zainal Abidin dalam bukunya "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda".



Sesetengah masjid melarang orang bukan Muslim untuk mengunjungi masjid pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menyuruh mereka mengenakan pakaian jubah pelik yang dari jauh kelihatan amat janggal dan terasa terasing sekali. Bagaimana mereka ingin merasakan hangatnya sistem Islam sekiranya gambaran yang diberikan kepada mereka amat janggal sekali. Mereka dilayan seperti orang yang sangat asing sekali. Sungguh sayu pemandangan itu.

Kita selalu menyalahkan warga Kristian menarik orang ramai dengan duit atau sogokan lain. Namun, apakah usaha kita sebagai Muslim yang sepatutnya menyambut warga bukan Muslim dengan senyuman dan khabar-khabar gembira. Saya percaya sangat-sangat bahawa ramai lagi kaum Non-Muslim di luar sana yang masih belum tahu tentang keindahan Islam sebenar setelah banyak fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh pihak yang zalim dan juga fitnah dalaman yang datangnya dari individu Muslim fasiq atau munafiq.

Dalam buku Abbas As-Siisiy juga menceritakan bagaimana pada waktu pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan ra yang menggunakan duit BaitulMal untuk warga Hami (penyembah berhala yang tidak mengetahui Bahasa Arab yang berada di Tunisia selepas penakhlukan oleh tentera Islam) dilayan seperti orang Muallaf untuk menyara kehidupan mereka dan mengirim guru Bahasa Arab kepada mereka. Akhirnya kesemua mereka masuk Islam dan menjadi tentera pembela Islam yang akhirnya membantu dalam penakhlukan Sepanyol.

Di sini, saya memohon kepada mereka yang mempunyai kuasa masjid supaya menghidupkan masjid ibarat di waktu hidupnya Rasulullah. Bukan sahaja isu ibadah di syurahkan bahkan isu-isu yang berbangkit tidak kira apa sahaja. Islam itu syumul...kita bayangkan sebuah bulatan, yang mengandungi semua, keluarga, ekonomi, teknologi, politik, pertahanan dll. Islam bukannya bulatan lain yang memisahkan kita dengan semua di atas.

Jangan jadikan masjid jauh dari hati remaja dan kanak-kanak kerana merekalah perintis masa hadapan...dari kecillah didikan bermula.

Jangan jadikan masjid tempat terakhir untuk menghabiskan saki baki usia di kala tiada lagi rutin dunia..masjid bukanlah option terakhir...bertaubat setelah berfoya dan lalai dengan dunia..

Jadikanlah masjid yang PERTAMA di hati kita...senyumlah ketika berada di dalamnya...perkenalan sesama kita kerana sesungguhnya kita bersaudara....semoga kita sentiasa diberi HidayahNya dan semoga kita berkumpul bersama di hari yang tiada kuasa selain-Nya...InsyaAllah




"Ya Allah Ya Tuhanku...ampunilah dosa-dosa hambamu ini...."
Allahua'lam

26 January 2010

MaKan-MaKan @ aLor SeTar & pEnanG

sebelum kami menceritakan experience berada di Alor Setar & Bumi anak mami.....d whole trip rase macam percutian "MAKAN" pulak...so disni...we are attaching a few FOOD pictures yang dikatakan famous di UTAGHA......tp ade banyak lagi yang lupe nak amik gamba sebenarnye....(all sponsored...hehe) jazakallah kepada Mak@Ayah Teh, Mak@Pak Long TTDI and of course both my PARENTS for the treat!







salah gamba da...hehehe

present from daLila @ my SisTer @ DaL @ DOl @ dEe @ aDiK @ oRg TeLinGa...hehe..sorry salah attach gamba (tertinggal adik punye gift) kat previous post...hee..
thank You DoL!

21 January 2010

sAng sEmuTz aka aN-NamL

a few weeks ago...da redha da hidup terpaksa dikongsi bersama sang semut...masa makan ade semut lalu atas pinggan, mase tido semut gigit...mase duduk dpn comp semut masuk celah2 keyboard...mase mandi semut intai....terpaksa sapu lantai almost everyday...ade je makanan,secepat kilat kena serbu...


pastu...hubby n i gie kedai hardware...tanye ubat semut...dia recommend this one ant biscuit...90 sen satu packet...we bought 2...satu letak kat living hall...satu lagi dalam toilet...suprisingly...semut2 tu excited jumpe makanan baru...ubat semut tu macam ala-ala biskut cream cracker yang da pecah2....so diorang pun ramai2 angkut....bawk balik jumpe pemaisuri semut kot....tapi kakak nyonya tu cakap memang dia akan bwk balik rumah dia.....kesian jugak tgk sang semut kena tipu...tapi apakan daya....

hari berikutnya kami menyaksikan ade la dalam puluhan ekor semut mati bergelimpangan...yang lain mungkin mati di sarang...emmm...cian...tapi terpaksa...

sampai hari ni...alhamdulillah da tinggal 2-3-4 ekor je yang berkeliaran.....

kepada sang semut....minta maaf tak dapat nak share hidup bersama kamu....



19 January 2010

@clInIc


bismillahirrahmanirrahim.....




alhamdulillah sessi di klinik ended about 11:45am...waited for almost 3 hours..normal kot for government clinics....emm...maybe for those who have never been to any government clinics..........tak boleh imagine kot how the situation would be like....

i went to this clinic nearest to my house...
I BELIEVE that improvements are highly needed:-

1) the space..is not properly arranged....checking room for pregnant women, for babies, waiting area....someone! please help! sape2 yang in charge....tolong la take a look at how they manage this place........penguatkuasa clinik?pegawai pentadbir klinik?....jalankan tugas anda.....just to rearrange....i dont expect you guys to ask for quotation ke....

2) numbering system
the last time, numbering machine yang macam sato punyer tu...rosak....then...nurse buat handwritten...the last time there were a few mistakes with the numbering system..
to make u guys understand clearer...the stages of checking are as below:-

i-blood pressure, weight check - (usually 60 minutes to 90 minutes waiting-called by nurses' voice[no numbering system used])

ii-urine, blood check counter - (5 to 10 minutes procedure-20 metres walk-need to carry urine back n forth from counter to toilet [might spill some along the way])

iii-stomach check - (60 minutes to 90 minutes waiting-only 2 to 3 counters available)

the number given will only be used at the 3rd stage (iii)......mottainai janai?....yang first tu the nurse needs to shout a few times to call.......aiyo......ini macam tara bagus lo...i dont think ppl working there are well aware of the circumstaces...da lame keje kan...they would say.."biar je la...asalkan dapat buat keje...org dapat datang check"...but the thing is.....what is there kalau service di malaysia from 10 years ago same je dengan sakrang?...hmm...tepuk dada...tanye la org yang katakan kita warga yang da maju...ahaks.....buat baru cakap.....jangan cakap tapi tak buat2....ehem2

3) facilities
kerusi tak cukup...........macam 30 percent of all people in the clinic need to wait while standing....and there was a nurse yesterday shouted "cari kerusi, duduk, jangan nak halang perjalanan ye"sarcastically....well.....who prefer standing than sitting down dear nurse yang baik hati....kesian kat org tu.......yes--yes i know ppl would say...government staff mmg macm tu...tapi there are still room for improvement........Allah masih beri peluang selagi kita mampu bernafas lagi kan....

kadang2 rase malu jd org melayu....i prefer to be called a muslim.....
heard about the government's target of building more clinics....alhamdulillah kalau betul la azam tu....but please do it for the sake of people...jangan la kerana political issues....sekali lagi rakyat terkena.......kerana politic....jalan2 ditar dengan ala kadar...asyik turap-lubang-korek-turap-lobang....kerana politic...masjid2 dibina dengan gahnya tanpa manfaat yang sepenuhnye (tak de jemaah, parking tak cukup,tak benarkan org bukan islam masuk)...kerana inginkan tourist attraction...masjid dengan kiblat salah pun bole ade?!...adoi.....pening kepala.....
Innamala'malubinniah.....niat kena betul la....talking about niat...sekali lagi...........i believe nothing would do tanpa niat kerana ALLAH...the ONE and ONLY....

buat klinik yang TIP-TOP!....utk kesenangan masyarakat kerana Allah.......dalam dunia ISlam....takde perbezaan taraf.......cube fikir2....ade org yang bole pegi clinic swasta...bayar beratus,beribu for every trip...but think about those yang memng no choice...kena gie klinik desa ke...????.....NO CHOICE......kena selalu pandang pada yang bwh rather than org atas...n org atas....bile nk turn bwh selagi tak dipanggil media....ini...lepas kisah ibu beranak 9 tak de nafkah keluar kat tv9, baru la ade pihak nak bagi makanan.....?.....selama ini mane peginye jabatan agama Islam...buat keje ke tak?sampai da kosong ke duit baitul mal tu?....org byr zakat adalah amanah awak utk agihkan....contohila zaman khalifah Uthman semua tu......nak mintak zakat pun kena borang ka????...approval pulak berape lama?????.....adoi....rase nak hentak2 kepala kat dinding....jangan la pulak lupe bagi makanan bulan2 berikutnya......nanti kena keluar tv lagi....

Allahua'lam...minta maaf sape2 yang terasa pedasnye dengan post ni...tapi......JOM la jadi Muslim yang benar2 Muslim...bukan part time....Islam ajar banyak sangat perkara yang elok..Allah takkan ubah nasib seseuatu kaum tanpa usaha kaum itu.....
bile diri mantap, buat ape pun bole.....kalau satu hari pedang/senapang diacukan ke dada kita oleh pihak musyrik dengan soalan "ISLAM atau KAFIR?"...semoga Allah memberi kekuatan kepada kita utk tetap pada jalanNya.....dan pengakhiran HUSNUL KHATIMAH...insyaAllah....