Pages

Daisypath Anniversary tickers

20 June 2010

PERNAH ke...anda?

pernah ke terasa bos macam tak 'appreciate' kerja kita?...

pernah ke terasa suami tak hargai pengorbanan kita sebagai isteri...masak..basuh baju...jaga anak?...sama juga sang suami...pernah ke terasa isteri tak hargai pun pengorbanan mencari rezeki untuk keluarga...bawak kereta?...

pernah ke terasa macam mana pun kita cuba nak sukakan hati ibu dan bapa ada kalanya ibu dan bapa masih lebihkan anak yang lain?...atau tak nampak pun apa yang kita korbankan...

pernah ke terasa nak putus asa sebab sedih orang macam tak sayangkan kita?...

emmm....saya tak pasti sama ada anda pernah mengalami mana-mana persoalan di atas...namun bagi saya..sudah pasti saya juga tidak terkecuali....

sesungguhnya akal ini kurniaan Ilahi supaya dapat kita menganalisa dan muhasabah diri...teringat pada hadith yang saya pasti sinonim dengan saudara saudari pembaca yang diasayangi sekalian...


"Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat dan setiap orang akan mendapat amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa berhijrah hanya kerana ALLAH dan Rasulnya, maka hijrahnya itu menuju ALLAH dan Rasulnya. Barangsiapa hijrahnya itu kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan".
(Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al- Bukhari dan Abul Hussain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al Qusyairy An-Naisaburi, di dalam kedua kitab
tershahih di antara semua kitab hadis).


hadith yang cukup simple...namun memberi impak yang cukup besar sekiranya diamati dan diaplikasi....

SITUASI 1
Abu : Eh, Ali tak balik rumah ke siapkan report yang bos nak tu semalam? Aku tengok kereta dia macam tak gerak je dari parking.
Samad : Tu la. Aku pun perasan. Bos demand sangat nak report tu pagi-pagi hari ni.
-di bilik bos-
Bos : Awak buat apa ni Ali...banyak typing error..banyak salah terms...tolong betulkan dan tolong bersungguh-sungguh buat kerja dan jangan main-main...
-apa reaksi Ali?-
REAKSI 1: {Ali rasa macam nak berhenti kerja...apa punya bos..kerja bertimbun tapi setiap kali dia cuba buat yang terbaik untuk bos..setiap kali terasa seperti bos tak hargai...pasti ada sahaja kesalahan...nak nangis malu...nak mengadu pada isteri malu juga sikit...Ali simpan marah dalam hati buat kali ke 57 kalinya?}
REAKSI 2: {Ali berkata dalam hati.."Ya Allah...sesungguhnya aku cuba buat yang terbaik kerana-Mu...kewajipan ku sebagai suami..untuk memberi nafkah pada isteri dan anakku..sebagai anak..untuk membalas jasa ibu bapaku..sebagai hamba Mu untuk memberi manfaat kepada orang lain....berikanlah ku kesabaran kerana aku tahu ini semua dugaan untuk menguji keimananku..sesungguhnya hidupku..matiku hanya untuk MU RABBKU...Ali keluar bilik bos dengan sebuah senyuman ikhlas dan redha...


SITUASI 2
Jam 5:46 petang...Semasa menggoreng ayam untuk makan malam di dapur...
Si anak kecik : uwek...uwek...
Si Manja : Ibu...jom la main bola dengan abang...ibu....ibu....
Sewaktu si suami pulang bekerja...
Suami : Ayang...buatkan abang kopi...rasa letih sangat badan ni...jam teruk tadi...
-apa reaksi ibu?-
REAKSI 1: {Ibu berkata.."abang...harap abang boleh tolong saya...tak menang tangan nak buat semua dalam satu masa...abang tau duduk, order je..."..merah padam muka ibu sebab si suami tidak memahami keadaan...tak menolong...rasa seperti orang gaji sahaja...ibu meneruskan tunjuk perasaannya di meja makan...masam mencuka sampai ke pagi...
REAKSI 2: {Kejap ye abang...saya buatkan kopi favourite abang..! Ibu berdoa di dalam hati "Ya Allah ya Tuhanku...sesungguhnya ini semua amanah yang telah Engkau berikan padaku...suami dan anak-anak...aku bersyukur kerana aku memiliki keduanya yang mewarnai hidupku...berikanlah aku kekuatan untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu dan isteri...berikanlah ku ketabahan...kesabaran...cukup lah Engkau bagiku..."}


SITUASI 3
Jam sudah pukul 12:39 malam. Limah angkat baju...lipat baju...kemas ruang tamu yang bersepah....kesian ibu tadi petang tak sempat agaknya...paginya...jam 9:01 pagi...
Mak : Eh Limah...anak dara tak elok bangun lambat...tengok macam kakak kamu tu...bangun awal...dah siap sarapan untuk mak dan ayah...apa nak jadi dengan kamu ni mak tak tahulah...
-apa reaksi Limah?-

REAKSI 1: {dengan asap putih kepanasan yang keluar dari lubang-lubang telinga..mak, limah dah cuba nak tolong mak..puaskan hati mak...mak susah nak hargai...asyik cari keburukan Limah je...Mak Limah terkejut dengan jawapan anak daranya itu}
REAKSI 2: {Minta maaf mak Limah terlewat bangun...sedar-sedar dah pukul 9.."Ya Alla Ya Tuhanku....sesungguhnya amalku untuk ibuku kerana mentaati perintahmu...dan aku tahu sekiranya ibu ku salah..bukan menjadi hak ku untuk menderhakainya...Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Adil..kurniakanlah ganjaran setimpal untukku kelak..."


em...ketiga-tiga situasi dan situasi yang seangkatan dengannya sering berlaku...tidak kira dimana jua anda berada...doa iftitah yang dibaca setiap solat...inna solati wa nusuku wa mahyaya wa mamati lillahi rabbilalamin...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekalian Alam..amatilah maknanya...menyentuh hati bukan?.....semua kebergantungan hanyalah padaNya...

dalam setiap perbuatan...niatkan kerana Allah...pasti anda tidak kecewa...kerana berharap pada manusia anda pasti tidak beroleh apa-apa selain habuan dunia yang mengecewakan jua akhirnya......percayalah memang cukuplah Allah bagi kita di dunia...

Allahua'lam...


17 June 2010

Majlis Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia

salam,



Hari: Ahad
Tarikh: 20 Jun 2010
Masa: 09:00 - 14:00
Tempat: Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

Apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia.
Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

mari beramai-ramai bergerak untuk Islam..
sila invite kawan2 anda...

sebarkan~

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Tel: 03-55483140 Fax: 03-55427864

p/s: makanan disediakan bagi yang mendaftar kehadiran ke PELANCARAN IKRAM.
untuk mendaftar boleh hubungi nombor tertera diatas..
(sumber:http://al-fikrah.net/News/article/sid=940.html)


Kabarnya juga, majlis ini akan dihadiri oleh tokoh Pendakwah Islam dalam dan luar negara, tokoh-tokoh NGO, Politik dan Aktivis dakwah dari seluruh negara.
Terdapat hampir 50 gerai serta pameran seperti Aqsa Syarif Bhd, Musleh, KRS Musleh, JIM, Hidayah Centre, Raudhatus Sakinah Bhd dan lain-lain.
(sumber:http://latihankaderduat.blogspot.com/2010/06/majlis-pelancaran-pertubuhan-ikram.html)



jom, mana-mana yang free, boleh jalan-jalan tgk MIECC ni.kami pun belum pernah pergi.banyak gerai-gerai, macam best:P
(sumber:pusat sumber)

wassalam..

11 June 2010

Malaysians are with you

Assalamualaikum WBT


Hari rabu lepas(09/Jun/2010) kami(me, ma and baby Khaulah) ke Dewan Sivik MBPJ sempena program "Palestine:Malaysians are with you" tajaan Aqsa Syarif, sebuah Non-Government Organization(NGO) sukarelawan atas dasar kemanusian yang mempunyai misi-misi tertentu bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas.


banner program


Program ini bermula pukul 8 malam, jadi kami magrib di sana dan terus menuju ke lokasi.
Sampai di sana...



Khaulah masih menunggu bermulanya majlis..


Dalam pukul 8.45 minit malam, majlis akhirnya bermula.Kami seronok menunggu.
Banyak booth jualan yang berkaitan dengan Palestin.
Kami faham yang program ini pada hari bekerja dan lokasinya juga terletak di kawasan yang boleh tahan jam nya..



Program pun bermula. Pendengar semakin ramai..



Khaulah...masih menunggu??!!



Beberapa video ditayangkan..



Khaulah..masih setia menunggu...






Umat Islam digesa memboikot produk-produk yahudi yang berhubung rapat dengan rampasan tanah Palestin.



Seorang wakil dari Viva Palestina mengatakan 4 produk utama ini kononnya mempunyai kilang di atas tanah rampasan rakyat Palestin.




"Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan orang-orang Islam,maka dia bukan di kalangan umatku"
Maaf, tidak pula aku tahu taraf hadith ini.
InsyaAllah aku akan usaha cari..
Nota tambahan dari sini, The Body Shop is now under the L'Oreal company, as well as Giorgio Armani Perfumes, Redken 5th Avenue NYC, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren Perfumes, Carson



Sungguh, Allah tidak menilai hasilnya, tapi apa yang kita usahakan.


Wallahu'alam.

28 May 2010

doa sebelum makan

assalamualaikum WBT.

dari hari ke hari saya cuba memperbaiki diri untuk mengikut ajaran Islam -Quran dan Sunnah.

suatu hari, saya terfikir kenapa setiap kali saya makan, dengan selambe je baca "Bismillah" dan terus makan.
kenapa saya tidak membaca doa makan -"Allahumma bariklana fima rozaktana wa qina 'azabannar"(Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka)- yang pernah saya pelajari dulu?
jadi tanpa berlengah saya cuba biasakan diri untuk baca doa ini setiap kali sebelum makan dan minum.


Nasi Lemak Kerang; sarapan favourite yang tempoh tendernya bakal berakhir pada 31May ini.

Alhamdulillah beberapa hari lepas saya memulakan nekad ini, saya terjumpa artikel di sini.
Subhanallah rupanya baru saya tau doa makan yang kita belajar semenjak zaman kanak-kanak ni rupanya berasal dari hadith lemah.

dipetik dari buku 25 Hadith Dha’if dan Maudhu’(Ibrahim Mohamad Raja), diajar Nabi SAW oleh hadith atTirmidzi dan Ibn Majah;
"Allahumma bariklana fihi wa ath 'imna khairan minhu"(Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya.)
dari riwayat Ibn Majah, perkataan "wa ath 'imna" digantikan dengan "warzuqna"(..dan rezekikan kami..)
-kemudian bacalah "Bismillah"

walaubagaimanapun, memadai dengan "Bismillah" saja.
diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, AI-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban iaitu, maksudnya:
"Sebutlah nama Allah (apabila memulai makan) dan makanlah dengan tangan kanan kamu."

jadi, apa pandangan pembaca?
pada saya, sudah pastilah tidak cukup dengan apa yang kita pelajari semenjak dibangku sekolah lagi.kita perlu untuk meneruskan kajian, untuk mempastikan kesahihan atau sejauh mana kebenaran ilmu yang kita tuntut dan amalkan selama ini.

sebagai contoh yang lain, yang sudah jadi TERLALU biasa dalam masyarakat Malaysia ni -imam yang mengeraskan suara ketika zikir dan doa selepas solat.
perkara ini pernah disentuh oleh banyak pihak termasuk imam kita yang agung yang konon-kononnya kita mengikut mazhabnya; al-Imam Abi Abdullah Muhammad bin Idris asSyafi'i.
insyaAllah kalau ada kesempatan, saya akan kongsikan apa ulasan Imam asSyafi'i mengenai perkara di atas.

sebagai kesimpulan untuk entry kali ini, saya mengajak diri saya dan saudara muslim saya untuk mengamalkan doa makan dan bacaan "Bismillah" sebagai adab sebelum makan.
pada saya sebaiknya kita kuatkan suara ketika membacanya bersesuaian dengan waktu ketikanya sebagai usaha dakwah kita insyaAllah.

wallahu'alam.

21 May 2010

sharing is MORE than caring

assalamualaikum to all readers..brothers and sisters...

kadang-kadang kalau nak fikir..mungkin manusia sudah ter'imune' dengan rutin [dapat gaji-shopping-makan besar-melancong]...mind set yang rasanya sudah sebati dengan jiwa insan lemah bergelar manusia....namun hakikatnya..harta dunia hanyalah pinjaman sementara dan amanah untuk dibelanjakan ke jalan yang betul..jalan yang betul itu apakah?

teringat bagaimana pada pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz, pemberian wang zakat untuk fakir miskin sukar untuk disalurkan dengan sebab sukarnya mencari mereka yang fakir dan miskin....bagaimana pula keadaan kita sekarang ini...

Konsep 1 Malaysia

kalau dan jikalau konsep ini ditekankan melalui semua aspek kehidupan..kita semua mempunyai brand baju yang sama...kereta yang sama...akaun bank yang sama...boleh bayangkan? apa rasanya yang bakal terjadi...apa yang bole diimiginasikan adalah satu kehidupan yang tiada lagi rasa iri hati sang miskin kepada sang kaya..justeru kurangnya kes-kes rompak dan samun, curi dan ragut...sang kaya juga tidak perlu berasa tidak selamat memakai jam rolex mahupun cincin berkarat-karat kerana apa yang dimiliki juga dimiliki orang yang lainnya...juga tidak perlu bershopping saban hari untuk menggayakan fesyen terkini kerana baju yang dijual ternyata baju yang sama bahkan rakan-rakan juga memakai baju yang sama...walaupun nampak seperti satu kehidupan yang hambar dan membosankan...namun...spiritually...kehidupan seperti ini adalah kehidupan sihat yang dapat memfokuskan manusia kepada benda yang lebih penting dan bukan dari aspek material yang menjadi agenda utama kita semua..(saya juga tidak terkecuali)...

saya juga pernah mendengar bagaimana caturan ekonomi di UK dimana mereka yang mendapat gaji melebihi suatu amaun yang ditetapkan perlu membayar cukai sebanyak 40% dari gaji...bayangkan gaji RM2000..cuki RM800..hampir separh dari gaji pokok...namun terbukti apa yang cuba dilakukan adalah supaya jurang kaya dan miskin dapat dikecilkan...untuk apa?...

percayalah bahawa apa yang digariskan Allah dalam kitabNya adalah sebaik-baik perlakuan untuk membantu manusia menjadi khalifah teragung di muka Bumi..berhijab contohnya..banyak manfaatnya jika dilihat pada zaman serba canggih ini..banyak sangat pengeksploitasian wanita...wanita bukan letaknya sebegitu murah...menjual muka yang cantik dan badan yang menggairahkan..Islam meletakkan wanita pada satu tempat yang tinggi...semuanya berbalik kepada kebaikan pada manusia....

infak...infak juga begitu..

"...dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka(faedah dan pahalanya) untuk diri kamu sendiri..."[2:272]
"Maka bertaqwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa menjaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung" [64:17]

Infak?Apakah?

dan kerana itulah Allah banyak menggariskan kepentingan infak berulang-ulang dalam ayat-ayatNya...rasa suatu yang beratkan bila berbicara tentang infak?rasa susah...rasa tak cukupla bulan ni...rasa hanya orang kaya yang patut berinfak...oleh kerana itu, JOM kita mantapkan ilmu dengan mengetahui janji-janji Allah untuk orang-orang yang berinfak..bukan sahaja kebaikan akhirat yang diperolehi..juga kebaikan dunia...dunia ni kan Allah yang punya...?!

1) Ganjaran Dunia

a. Dihilangkan rasa takut dan sedih...


"Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang diinfakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" [2:262]

"Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" [2:274]

b. Rezeki yang berlipat ganda

"Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan" [2:245]

"Perumpaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha luas Maha Mengetahui" [2:261]

"Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram dengan hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyirami, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" [2:265]

"Katakanlah 'Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasi bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya' dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki terbaik" [34:39]

"..dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan padanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambah karuniaNya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri." [35:29-30]

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun" [64:17]

2) Ganjaran Akhirat

a. Pahala yang penuh

"...dan apa jua harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu tidaklah mendermakan sesuatu kecuali menuntut keredhaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu tidak dikurangkan" [2:272]

b. Syurga Adn

"Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi ataupun terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan syurga-syurga Adn..." [13:22-23]

c. 2 kali pahala

"Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang telah Kami kurniakan kepada mereka" [28:54]

d. Kesenangan Kelak

"yang menginfakkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihakan (dirinya) dan tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat padanya yang harus dibalasnya tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi, dan nescaya kelak dia akan mendapat kesenangan (yang sempurna)" [92:18-21]

e. Darjat yang tinggi di sisi Tuhan

"...mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka akan memperoleh darjat di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia" [8:4]

Fuhh!banyak sungguh ganjaran-ganjaran yang dijanjikan Allah bagi mereka yang berinfak...persoalan kedua...
Berapa banyak yang PERLU diinfakkan?

"Saya sedekah kalau jumpe fakir...kadang-kadang RM1 kadang-kadang RM10..ikut la berapa ada dalam poket..."..sounds familiar?

" ...Apakah yang mereka belanjakan (dermakan)? Katakanlah yang berlebihan dari keperluan (kamu)..." [2:219]

selalunya yang berlebihan akan menjadi simpanan di bank....sayangnya gaji beribu-ribu namun perbelanjaan dunia yang melebihi...duit kereta RM800...duit infak tak sampai RM100..(muhasabah diri ini juga) mudah-mudahan hati kita akan lebih menyayangi akhirat dari dunia yang sangat sementara..

"Wahai orang-orang beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari Bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah Allah Mahakaya Maha terpuji "[2:267]

banyak kali kan...apa yang kita tak nak..itulah yang kita berikan...nauzubillah...semoga kita menyayangi orang lain seperti sayangnya kita pada diri sendiri....

Persoalan seterusnya....
Kepada siapa duit infak perlu diberikan?

"Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang harus mereka infakkan, katakanlah, 'Harta apa sahaja yang kamu infakkan hendaklah diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang minskin dan orang yang dalam perjalanan...... " [2:215]

orang dalam perjalanan eh?...(indon?..bangla? bayangkan kalau mereka ini dibantu...insyaAllah akan bertambah kuranglah crime rate di Malaysia)

"(Pemberian sedekah itu) ialah bag orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela ISlam) yang tidak berupaya mengembara di muka Bumi; mereka itu disangka orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya kerana mereka menahan diri dari meminta-minta. Engkau mengenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan mereka masing-masing.Mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak..." [2:273]

mereka di Palestine?...

"...Allah melebihkan mereka yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu Allah janjikan dengan balasan yang baik..." [4:95]

Kitab terunggul juga ada menggariskan beberapa adab atau tatacara berinfak...diantaranya..
1) Secara terang-terangan atau sembunyi; namun sembunyi lebih baik...
[2:271] [2:274]
2) Tidak mengringi dengan menyebut-nyebut (@mengungkit) atau menyakiti penerima [2:262] [2:264]
3) Diwaktu lapang mahupun sempit [3:134]

rasanya sudah panjang lebar post untuk kali ini....mengapa...bagaimana...siapa....insyaAllah serba sedikit telah tergambar...semoga kita sentiasa berlapang dada untuk berinfak ke jalanNya kerana sesungguhnya harta dunia hanyalah pinjaman semata...

Allahua'lam....
Sharing is much-much-much MORE than caring!

11 May 2010

SATO RnDians

salam semua,

“No one of you becomes a true believer until he likes for his brother what he likes for himself"(muttafaq 'alaih)

hari ini aku terima kad kongratulasi daripada rakan kerja.



terima kasih banyak.
sungguh, ini bukan kad keraian yang pertama kami terima.malah mungkin antara kad yang terakhir.hehe.
terima kasih kepada semua ucapan tahniah dan doa2 yang disampaikan.semoga keberkatanNya dilimpahkan ke atas kalian semua.insyaAllah.

memang anak ini satu anugerah yang tidak ternilai.
mengapa?
ianya bukan sahaja rezeki yang dilimpahkan oleh Nya di dunia semata, malah sebagai modal untuk saham di akhirat kelak.

hadith yang tak asing lagi;

"Jika anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal; seorang anak soleh yang mendoakannya, atau sedekah jariah sesudahnya dan ilmu yang bermanfaat."

ya, jika dan hanya jika kita manfaatkan 'rezeki'Nya dengan Islam dan penuh amanah.
insyaAllah.


gambar terbaru mujahidah Khaulah:)

wassalam.

05 May 2010

Qada' dan Qadar

assalamualaikum WBT.

di entry kali ini saya nak mengajak tuan/puan, rakan taulan, sahabat handai, abang-abang, kakak-kakak semua berfikir sejenak tentang takdir, qada' dan qadar Allah.

kita sebagai umat Islam wajiblah beriman dengan qada' dan qadar Allah seperti mana yang kita fahami dari hadith riwayat Imam Muslim,

"..Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.."

hadith penuh boleh rujuk di sini.

di sini saya tak perlu untuk terangkan maksud qada' dan qadar kerana saya yakin sebagai Muslim, kita mesti dah tahu akan pengertian perkataan ini.walaubagaimanapun, anda boleh melayarinya di sini.

memang, ketentuan Allah memang dah tertulis sebelum wujudnya kita, bahkan sebelum Adam AS diciptakan lagi.
firman Allah,

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."(Al-Hadid,57:22)



jadi kalau mengikut logika akal kita, bagaimana perkara yang belum kita lakukan tetapi sudah diTETAPkan oleh Allah sejak azali lagi?

ini adalah salah satu point yang tidak diterima oleh golongan atheist.na'uzubillah.

tapi tahukah anda kalau kita menggunakan akal yang diberikan kita bakal menemui jawapan dari segi logik?

jom fikir backward jap.

cuba kita lihat dibaju kita.

dari apa ia dijadikan?dari benang.benang daripada kapas.
kapas-kapas yang dijadikan benang untuk membuat baju anda diambil daripada pokok kapas A.bukan pokok kapas B, bukan pokok kapas C atau D.

pokok kapas A ditumbuhkan di satu kawasan tanah A.bukan kawasan tanah B, bukan kawasan tanah C atau D.

tanah A dibajai oleh baja A.bukan baja B, bukan baja C atau D.sungguhpun jenis baja yang sama, tapi tetap daripada molekul, atom yang berlainan.

tanah A juga dikumpulkan di kawasan itu sejak azali lagi.
kejadian tanah A dijadikan dengan kumpulan-kumpulan zarah A, bukan kumpulan zarah B, bukan kumpulan zarah C atau D.

mengikut teori bigbang, atom-atom zarah ini berasal dari satu titik tenaga sifar(?) atau Zero Point Energy(ZPE)*.

jadi daripada ZPE tadi, memang telah ditetapkan untuk mengeluarkan atom A untuk membentuk kumpulan zarah A di kawasan A lalu menumbuhkan pokok kapas A dengan baja A sebelum dipetik kapas-kapas A untuk dijadikan baju anda.

backward seterusnya masih tidak terjangkau oleh pemikiran kita mahupun teknologi dan mungkin tidak akan terjangkau buat selama-lamanya.wallahu'alam.
jadi tidak mustahil sebelum bumi ini belum terbentuk, Allah sudah menetapkan segala-galanya.

cuba bayangkan ditengah-tengah proses baju A dijadikan, baja B digunakan.maka yang akan terbentuk bukanlah baju A yang kita sedang pakai.


lagi satu contoh yang dialami saya sendiri.
saya parking di bawah satu pokok ni.lepas sehari, baru saya tahu yang bawah pokok ini adalah jamban kepada burung-burung di atasnya.

apa yang saya fikirkan, semenjak benih pokok ini mula mencambah, memang sudah ditakdirkan oleh Allah untuk bercambah di situ, untuk dijadikan tempat bertenggek burung-burung seterusnya bahagian bawahnya dijadikan jamban kepada burung-burung itu.
i.e dari sebelum kewujudan pokok itu lagi, memang kereta saya sudah ditakdirkan untuk menjadi jamban kepada burung-burung yang bertenggek pada hari yang ditentukan Allah.


contoh dari segi 'ruang' yang saya berikan mungkin sukar untuk difahami atau terlalu mudah untuk diperdebatkan.
dari segi 'masa'nya, mungkin lebih merumitkan.
apa pun, ini adalah sekadar cambahan untuk kita tambahkan iman kita sebagai muslim.

wallahu'alam.


*"pecahan zarah dari letupan bigbang ini dikawal oleh satu kuasa yang hebat." kata ahli sains.saya kata, Allah yang jadikan.apa pun kita boleh bincang pasal teori ini dilain ruang.boleh rujuk di sini untuk ulasan daripada Dr. Danial.