Pages

Daisypath Anniversary tickers

18 December 2010

[khutbah jumaat]Masjid Kampung Tunku, 17Dec/2010

-hari ini 11Muharram1432.

-bulan Muharram adalah bulan di dalamnya Allah jadikan langit dan bumi dan antara bulan-bulan suci(haram)
"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram...."(atTaubah,9:36)

-semasa di Madinah, dialog Yahudi dan Nabi SAW
yahudi:Nabi Musa berpuasa pada 10Muharram kerana diselamatkan oelh Allah dari firaun(peristiwa Laut Merah).
Nabi SAW:kami(aku sebagai nabi) adalah lebih berhak dari kamu -kalau Musa masih hidup dia akan ikut aku dan syariatku.

-9,10,11hb Muharram; puasa supaya lain dari yahudi -digalakkan berpuasa, bagi makan fakir miskin(asal usul bubur asyura)

-golongan bidaah: Asyuura=bidaah.

-Shiah; sambut Asyura dengan perarakan, seksa diri, sebat badan sendiri sehingga ada yang mati.kononnya meratapi kematian Husin bin Ali(dibunuh -syahid- oleh tentera Zaid)
"Bukan dari golongan kami orang yang menyambut Asyuura XXXX OOOO XXXX OOOO"(HR Bukhari)

-Hari Asyuura; 7langit&bumi dijadikan, Adam diciptakan, Lauh Mahfuz diciptakan, Nabi Ibrahim lahir, Ismail dikorbankan, Firaun tenggelam, Nabi Isa as lahir, saidina Husin dibunuh, hari kiamat(????!)

03 December 2010

Luahan seorang aku(その2)

Salam,

sambutan Awal Muharam
no.1, maaf kalau aku kurang ilmu tentang penyambutan hari Maal Hijrah dari sudut sirah.
post ini bukan nak menunjukkan rasa tak suka jauh sekali mengkeji sambutan pada hari Satu Muharam.

pada hari ini (atas beberapa pendapat) bermula lah kalendar umat Islam yang mengikut peredaran bulan.
dan pada hari ini juga (atas beberapa pendapat juga, lainnya kata pada 2rabi'ul awwal) adalah hari yang besar bagi umat Islam kerana Nabi Muhammad SAW melakukan hijrah besar-besaran bersama para mukmin dari bumi Mekah ke MadinatulMunawwarah.
dan pada titik ini, berlaku perubahan yang amat hebat dalam sejarah apabila Daulah Islamiyah mula terbentuk dengan rahmat Allah 'Azzawajalla.alhamdulillah.

tapi bukan sirah atau kronologi yang ingin aku suarakan di sini kerana memang maklumnya diri aku ini amatlah lemah dalam subjek sejarah.
sebaliknya aku ingin menyuarakan tentang penyambutannya.
sekadar hiasan
'sunnah atau bidaah?' aku taknak bincangkan.
yang penting seperti semua kita sedia maklum, eid(perayaan/sambutan/hari mulia) untuk orang Islam ini ada TIGA(3) SAHAJA; hari Jumaat(mingguan), Eidul Fitr dan Eidul Adha(tahunan).

kononnya memang baik sebab ada ceramah sana sini mengingatkan kita kepada hijrah Muhammad SAW.dan ada macam-macam program 'keagamaan'(dalam sistem sekular negara SatuMalayMuslim) yang boleh memberi banyak manfaat kepada pendengar atau peserta.

tetapi pokok persoalannya adalah;
1.siapa yang mulakan sambutan 'tahun baru'?Muslim?Kristian?Buddha?anda??
1.anda inginkan kemajuan insaniah atau memajukan ummah(khasnya umat Islam) hasil usaha yang bukan dari contoh Muhammad SAW?
1.mengapa tarbiyah anda bermusim??nak tunggu sambutan baru nak menuntut ilmu?baru nak berubah?bila pula musim penyampaian(dakwah/amar ma'ruf nahi mungkar) ilmu daripada anda??
1.mengapa pengamalan anda bermusim??mengapa usaha anda untuk mendapatkan syurga Allah itu, hanya bermusim??
(sengaja semuanya ditulis sebagai no.1, kerana semuanya aku anggap penting!)
sekadar hiasan
istiqamahlah, kerana Allah kan suka istiqamah kita dalam mengingatiNya.
lakukanlah muhasabah setiap hari, setiap malam.
ciptalah azam baru setiap hari untuk memajukan diri dalam mengejar Allah, kerana mati itu sifatnya tiba-tiba.bukan sejurus selepas awal Muharam.
menuntut ilmu(ceramah,pengetahuan tentang sirah) dan menyampaikan itu kewajiban tiap-tiap hari.bukannya menjelang hari perayaan yang direka-reka.

apa pun, saya harap/doakan yang usaha kita pada titik ini akan dikekalkan untuk dilakukan setiap hari, dan bukan bermusim.

apa kata kita berbalik kepada Quran dan Sunnah?apa kata kita baca doa-doa yang diajar nabi SAW pada setiap hari pagi dan petang,bukan sekadar awal dan akhir tahun!tetapi doa kita dipanjatkan pada setiap awal dan akhir hari!

wallahua'lam.

02 December 2010

khutbah jumaat

salam,
insyaAllah mulai hari ini, aku nk share apa yang aku dapat semasa khutbah jumaat.
jikalau ada kesilapan, tolong betulkan.
jikalau ada isi tertinggal di awal, di pertengahan mahupun di akhiran, tolong tambahkan atau abaikan saja.itu mungkin kerana saya tersampai lewat, tertidur, mahupun terk*ntut.

※ ※ ※ ※

[khutbah jumaat]Masjid Kampung Tunku, 03/Dec/2010

-kepentingan tentang pembinaan masyarakat mithali.

-perlu berubah, bermula dari diri."Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."(arRa'd,13:11)

-langkah-langkah untuk membina masyarakat mithali;

3.memperkasa tarbiyah untuk anak-anak mengikut Islam.kala ni ramai ibu bapa lalai, tidak peduli tentang ini.
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."(Ibrahim,14:40)


4.mendirikan dan memelihara solat.
dari Abu Hurairah, (lebih kurang)"amalan pertama yang dihisab adalah solat.kalau baik, maka termasuk dalam golongan yang menang dan berjaya...."


5.menjana perpaduan berdasarkan taqwa.
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."(Ali Imran,3:103)


6.menegakkan hukum-hukum Allah.zaman kini, tak patuh -terjadi gejala sosial, buang anak dan lain-lain.
"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik."(alMaidah,5:49)


-pokoknya, tegakkan Islam dalam rumah tangga, dalam kehidupan seharian.
"(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami, bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri."(anNahl,18:89)

WA

28 November 2010

Luahan seorang aku(その1)

Assalamualaikum WBT
aku tuliskan post ini bukan untuk mempersoalkan qada' dan qadar Allah 'Azzawajalla.

saat ini, aku cuma ingin melontarkan sedikit pandangan dan rasa hati bagi sekadar renungan kita bersama.

secularism -cinta jahiliyyah
"Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (Hari Kiamat); sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan."(32:14)
pernahkah kita lupakan Allah?
untuk bermuhasabah siapa kita di sisi Allah, nilailah Allah di sisi kita.
adakah Allah seringkali Tuhan sepanjang masa?atau sekadar dikala duka?

kita solat, kita puasa, kita berhariraya, nama kita nama Islam, Allah tuhan kita, Muhammad nabi kita.
tapi syariat Allah bukan ikutan!Sunnah nabi bukan amalan!Islam jadi sampingan!hariraya jadi medan bukan mahram bersentuhan!ibadah jadi adat kehidupan!
ini namanya sekularisma!
ya, bila mana Islam itu bukan lagi 'The way of life', kita tidak bertuhankan Allah sekalian alam, tapi kita bertuhankan nafsu atau 'idola-idola' lain.mungkin Islam di bibir kita(kerana takutkan title murtad di 'negara Islam'), tapi bukan di hati, jauh sekali untuk beramal.
syahadah bukan mainan.amalkanlah syahadah itu.hiduplah dengan syahadah.bukan asyik bercita-cita mengucap sebelum mati!
adakah semua para sahabat malah nabi SAW sendiri pergi dengan syahadah?tak perlu, kerana kehidupan mereka sendiri dengan syahadah!
sekadar hiasan
oleh itu lupakanlah Allah, maka kelak Allah akan lupakan kita.
cintailah jahiliyyah.lupakan pengorbanan nabi SAW dan sahabat-sahabatnya.
lupakan bagaimana dakwah mereka yang berbau hanyir dengan darah sehingga kita bisa nikmati nikmat terbesar Allah pada hari ini.
pakailah seperti mana idolamu pakai.
nyanyilah lagu-lagu yang didendangkan oleh idolamu.
tontonlah rancangan yang mendekatkan lagi dirimu dengan diri idola-idolamu itu.
lakukanlah aktiviti-aktiviti yang idola-idola mu selalu lakukan.
bukalah aurat.dedahlah sana sini.
teruskan hidupanmu di mana solat itu aktiviti paling akhir untuk diutamakan.
sekadar hiasan
hiburan adalah no.1!!
habiskan masa mu dengan hiburan.
hiburan hiburan hiburan hiburan hiburan hiburan.
lupakan tugas khalifah; mengajak kebaikan, mencegah kemungkaran.
tinggalkan warisan nabi dan para sahabat.tinggalkan dakwah.
bukankah kita tidak mampu berdakwah kerana kejahilan kita?
bukankah dakwah itu kerja ustaz-ustaz?kerja para mufti?
selamatlah kita kerana semua dosa kita nanti bakal ditanggung oleh pemimpin kita.
yea yea yea.berhibur lah sampai masuk liang kubur.
doa kita untuk syurga Allah yang disertakan dengan melupakanNya itu kan bakal menyelamatkan kita nanti.
bergembiralah!usia masih muda!manusia kan mati ketika usia tua!

buatlah apa yang kalian inginkan.
kerana "..dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."(31:12)
ya, Allah tidak rugi walau sedikit pun.

wallahu'alam.

13 September 2010

ada apa dengan Eid ul-Fitr?

sebelum eid..
diawalnya..
aku lihat umat ini berbondong2 ke tempat sujud, menghidupkan Ramadhan kata mereka..
aku lihat umat ini sibuk menjadi peniaga.kononnya bulan ini bulan 'makan'.jadi amat beruntung kalau meniaga!
aku lihat umat ini menyediakan juadah berbuka banyak melampau2.
aku lihat umat ini tidak lagi menjadikan sunnah bangun sahur sebagai ikutan, sebaliknya 'sahur awal' atau pada aku mereka supper, bukan bersahur.
aku lihat umat ini berpuasa di siang hari tetapi makan berkati2 di malam hari.
aku lihat umat ini berjemaah subuh di surau dan masjid, jarang berlaku kalau di luar bulan ini.
aku lihat umat ini berkejaran membeli kain, menempah baju sempena eid nanti.
aku lihat quran di musolla-musolla, di masjid-masjid hampir semua digunakan khasnya pada malam selepas terawikh, bertadarus mengejar khatam kata mereka.
aku lihat sunnah nabi SAW diabaikan dalam solat sunat 'panjang' di malam hari.
diakhirnya..
aku lihat surau-surau, masjid-masjid semakin kurang jemaahnya berbanding awal bulan ini.
aku lihat suasana di tempat membeli belah semakin sibuk.
aku lihat umat ini sudah bersedia dengan mercun di tangan menjelang malam.
aku lihat umat ini sibuk berbicara tentang persiapan untuk malam raya.
aku lihat gerai-gerai lemang semakin bertebaran.
aku lihat tiket-tiket bas, keretapi, kapal terbang fully booked.
aku lihat peniaga mengadakan sale untuk menghabiskan stock masing-masing untuk keluar dari bulan mulia ini.
aku lihat umat ini ada yang sibuk mengejar Lailatul Qadr, alhamdulillah.
aku lihat umat ini melepak di malam-malam akhir Ramadhan.
Hari Eid ul-Fitr,
aku lihat umat ini gembira dengan pemergian Ramadhan.
aku lihat umat ini bersorak "esok raya!!" seolah-olah baru merdeka dari belenggu puasa!
aku lihat umat ini menggayakan baju-baju serba baru.
aku lihat umat ini berbondong-bondong ke surau, masjid berdekatan untuk mengerjakan amalan solat sunat eid.
aku lihat umat ini saling memohon maaf antara satu sama lain.
aku lihat umat ini mengalirkan air mata kerana kemaafan yang jarang diungkapkan, kerana gembira dosa-dosa selama ini akhirnya dimaafkan.
aku lihat umat ini berbondong-bondong menziarahi antara satu sama lain.
aku lihat umat ini saling bertanyakan tentang mercun siapa yang lebih kuat pada malam eid.
aku lihat umat ini melanggar larangan mengumpat.bukankah ini larangan Allah direct dari al-Quran?
aku lihat umat ini mengadakan upacara agama yang bukan diajar oleh nabi kita Muhammad SAW.
aku lihat umat ini kebanyakannya tidak mengikut sunnah Muhammad SAW tetapi semata-mata adat kemelayuan!!


Mengapa kita tidak bertanyakan bagaimana ibadah kita di bulan tarbiah ini?
Mengapa kita tidak berusaha untuk istiqamah di luar Ramadhan? Adakah diri kita melangkah ke Ramadhan dengan niat istiqamah selepasnya atau tidak?
Mengapa 'RAYA' menjadi tujuan utama kita di bulan Ramadhan?
Mengapa kita sibuk dan leka berhibur tetapi tidak beridabah? Bukankah tujuan kita adalah Allah, mengejar syurgaNya?
Mengapa kita leka dengan hiburan berunsur duniawi tetapi JAHIL dengan hiburan ukhrawi?
Mengapa kita sibuk mengerjakan yang sunat di bulan Ramadhan sehingga kabur pandangan kita tentang hak-hak yang wajib ditunaikan sebagai seorang muslim?
Mengapa kita sibukkan hari raya ini dengan ibadah-ibadah bukan sunnah?
Mengapa kita sibuk bincang perihal orang-orang yang kita benci tetapi kita lupa untuk menceritakan perihal sahabat-sahabat kepada insan yang paling kita sayang(Muhammad SAW)?
ADAKAH KITA INI HAMBA RAMADHAN ATAU HAMBA ALLAH SWT??
"Jadilah hamba Allah dan bukannya hamba Ramadhan." -Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi

05 August 2010

jualan hebat GRAND SALE!!!!!

alamak!..ade J-Card day la hari ni...uish...ni kena bangun pagi ni...kalau tak orang ramai...nanti barang yang best pun habis...pamphlet Jusco dibelek...target ape yang mahu....hati tak sabar-sabar menunggu hari...


Sekadar hiasan

pada hari berkenaan...

sesak....parking penuh!..jalan masuk keluar jam!....orang berebut-rebut bila tengok baju diskaun 70%...anak-anak kecil berteriakan kepanasan.....food court juga tak kurang sesaknya...setelah penat bershopping...perlula menjamu selera...perut perlu diisi supaya shopping dapat disambung semula...!

petangnya...

penatnyer....banyaknya diborong...almaklumla hari raya bakal menjelma....langsir baru...kusyen baru...baju anak sedozen...baju sendiri 2 dozen...uish..puas hati....cumanya...bila tiba di rumah...terasa sedikit penyesalan...duit di poket kekeringan....benda yang dibeli sebenarnya bukanlah keperluan tapi lebih kepada nafsu kerana harga murah ditawarkan....

namun.....nak ke tahu promosi yang tiada tolok bandingan...?....tanpa sebarang penyesalan...?kegembiraan berpanjangan dan berkekalan...?...nak ke..? nak tak...? kuat sikit!!? oooo nakkkkkkkkkkkkk.....(macam selalu tanye khaulah nak susu ke tak...hehehe)

iaitu promosi bulan Ramadhan bulan keberkatan....pahala yang diberi berganda-ganda....syaitan dibelenggu pula....kalau dapat pulak lailatul qadar lagi la...memang macam menang lottery!...seribu bulan tau....kalau hidup 50 tahun pun baru dapat 600 bulan....sampaikan ibadah puasa...Allah nak reward sendiri...kira macam sultan bagi anugerah kat kita kat dunia...tak teruja ke...?...dan tatau nak jumpe next sale (next Ramadhan) kesampain ke tak....eish...takkan tak nak kot...??!!!.........

jums sama-sama tingkatkan amal untuk Ramadhan yang bakal menjelang...isikan hari-hari dengan;
_1 solat-solat sunat...(terawih, dhuha, witr, rawatib, tahajjud)...
_2 tilawah dan tadabbur...(kalau sudah sehari satu page...cuba tingkatkan sehari 2 page pula! :))...
_3 zikir harian...(zikir time lapang...banyak je yang dianjurkan Rasulullah supaya hati ini sentiasa ingat kepada yang Maha Esa)...
_4 kalahkan nafsu...(kalau pergi pasar ramadhan...biarkan hati kecewa dengan tak dapat beli satu dua benda yang diingini...kalau nak taufu fa dengan keropok lekor..pilih satu je..esok umur panjang bole beli yang lain pula....)....
_5 rajinkan bersedekah...jamu orang makan ke...

ehem ehem...heee


Sekadar hiasan

semoga kita sama-sama dihimpunkan kelak bersama mereka yang soleh dan solehah insyaAllah...selamat menyambut Ramadhan.....dari Abu Khaulah, Ummu Khaulah dan Khaulah!

persiapan EKONOMIKAL untuk BAYI

dah lama sangat-sangat nak tulis article ni...nak kata berpengalaman jauh sekali...anak baru seorang...namun insyaAllah bermanfaat bagi bakal-bakal ibu...first time mothers...yang ingin melakukan penjimatan sedikit sebanyak...

banyak sangat rasanya expenses untuk ibu yang bakal bersalin dan bayi yang bakal keluar menemui dunia....namun...setelah melaului...banyak penjimatan yang rasanya dapat dilakukan.....di sini disertakan beberapa item serta alternatifnya!...ibu-ibu yang lebih berpengalam...bolehlah menokok tambah yer...!..


ITEM : bottle warmer (RM100+)
ALTERNATIF : air panas dalam jug (RM?)

ITEM : bottle sterilizer (RM100++)
ALTERNATIF : Rice cooker @ steamer (yang ada di setiap rumah rasanya...)

ITEM : baby sling (RM60~RM100++)
ALTERNATIF : selendang/shawl yang diikat...mudah dan boleh tukar-tukar warna mengikut selendang yang dimiliki

ITEM : breast pump (RM500++ mengikut jenis)
ALTERNATIF : pakai tangan *search mermer technique...(dah penuh cuba..memang bole dapat banyak..cuma kena practise supaya tak tumpah2)

ITEM : storage bottle (RM40 untuk 6-8 bottles)
ALTERNATIF : plastic storage bottle.approx RM30 untuk 100 pieces

ITEM : breast pad (RM20++)
ALTERNATIF : handkerchief...sebab kadang2 breast pad nipis sangat..boleh bocor...handkerchief bole multiuse...utk breastpad, lap muntah baby, lap mulut baby lepas susu, bawak dalam pocket gie kerja...

ITEM : baby cot (RM 700++)
ALTERNATIF :  semasa kecil bole tidur bersama parents...dah besar sikit bole beli katil single yang insyaAllah boleh digunakan sampai dewasa

ITEM : bouncer/buai (RM100++)
ALTERNATIF : dodoikan sendiri atau bagi yang berkatil spring, bole je goyang2kan tilam...memang berkesan!hehe..

ITEM : bahan-bahan pelangsing badan dan jamu etc (RM100++)
ALTERNATIF : susukan bayi anda! insyaAllah badan akan kembali langsing (walaupun x100%..hee) memberi susu juga mengecutkan rahim secara natural

ITEM : susu formula (RM200-300 sebulan)
ALTERNATIF : susu ibu...yang Allah dah jadikan untuk manfaat ibu dan baby! susu terbaik yang tiada di pasaran!

ITEM : bag baby
ALTERNATIF : backpack yang senang dan selesa dibawa ke mana saja!

ITEM : bathing basin..(RM20~RM100)
ALTERNATIF : baby baru lahir bahaya bekas besar sangat...pakai besen sayur yang ada kat dapur pun dan sangat2 memadai...

emmmm...apa lagi yer....nanti update lagi bila teringat... insyaAllah...hee...jumss sama-sama tolong sesama muslim..kalau tak kita sape lagi!!.. :)

khaulah JATUH...katil...

"Khaulah tunggu sekejap yer...mama pergi dapur kejap..."
aku biarkan khaulah meniarap di tepi katil....dan terus ke dapur...

tiba-tiba..BEDEBUK....hatiku berdegup kencang...Ya Allah..!aku berkejeran ke bilik...

setiba ku di bilik...Khaulah dengan keadaan meniarap berada di atas permaidani, di bawah katil...dengan teriakan yang sangat kuat...
aku terus mendakap Khaulah untuk meredakan tangisannya dan aku juga turut menangis di atas kelalainku..memegang amanah Allah ini...

risau yang teramat sangat....ade tulang patah ke...ade pendarahan dalaman ke...ade lebam ke...macam mana dia dia boleh dalam keadaan meniarap...seribu satu persoalan...khaulah menangis setiap kali ku letak di atas katil...niat hendak meneliti setiap pelusuk tubuhnya...namun...dia masih dalam keadaan terkejut.....setelah beberapa ketika mendodoi...aku menyusukan khaulah....dia nampak lebih tenang....

pada hubby aku sms...mak juga...kawan-kawan yang berpengalaman mahupun kawan doktor turut dihubungi...ape yang patutku lakukan...

Dr. Nang cakap...tengok selera makan...ade muntah2 cepat ke klinik berdekatan...kalau ade lebam juga...
kamilah pun cakap benda yang sama...katanya tengkorak kanak-kanak lebih tebal dari kita yang dewasa...insyaAllah...kalau tiada simptom-simptom di atas...Khaulah selamat dari penerjunan pertamanya...
si anak dua neeza...tidak dapat dihubungi.....

peristiwa ini berlaku pada minggu lepas...alhamdulillah...hari ni masih benda ada tanda-tanda abnormal pada khaulah...maafkan mama khaulah...

terlintas di sanubari......kita hanya bole berusaha dan mencuba untuk yang terbaik...namun...segalanya tercatat di dalam luh mahfuz...iaitu tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti. [Lihat : Syarh al-Aqidah al-Thahawiyah, Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi, hlm. 263]......sebaik mana jagaan...seberhemah mana pun pemandu...andai kata tercatat untuk kemalangan pada hari itu..tiada siapa yang dapat menghalang...tiada siapa yang boleh menolak...

doa kupohon supaya setiap dugaan yang datang dariNya dapat kutempuh dengan redha dan tenang...sesungguhnya diri ini milik-Mu..begitu juga sikecil......Engkau Maha Mengetahui Ya Allah...

Allahua'lam...

03 August 2010

WAHAI anak-anakku..

seks bebas bawah umur..
perokok berusia 2 tahun..
kuantiti anak luar nikah semakin meningkat dari tahun ke tahun..
kes buang bayi tiap-tiap hari dilapor di kaca tv..

di zaman jahiliyyah kah kita?katanya ingin mengejar 'title' negara maju..tapi majukah kita dengan perilaku-perilaku manusia berakal yang seakan mirip kepada sang haiwan?jahil dari sudut manakah kita wahai generasi masa hadapan?tepuk dada tanyalah iman..bukan adat yang diagungkan...bukan falsafah aristotle mahupun teori2 barat yang beraneka macam yang perlu diterapkan....kembalilah wahai teman kepada Al-Quran..buku rujukan untuk semua insan..sesuai untuk semua golongan dan lapisan..

assalamualaikum buat semua pembaca yang dikasihi sekalian..
pilu sungguh hati ini apabila perilaku tidak berkemanusiaan semakin di desas desuskan saban hari..aduh..bagaimana pula nasub generasi anakku ini..bakal menempuh hari-hari yang penuh cabaran dalam jangka 20 tahun akan datang...cabaran apakah..takut untuk difikirkan..mana tahu ajal ku tak sampai di zaman si kecl menjadi pucuk pimpinan..khalifah alam..namun..apa yang mampu ku bekalkan adalah senjata-senjata berupa keimanan..al-Quran dan sunnah sebagai panduan yang tak kan lekang dek panas dan hujan..segar sepanjang generasi dan zaman..insyaAllah..

khaulah tidur di atas katilku..tanpa ingin mengejutkan khaulah dari alam tidurnya..gerak geriku ku kawal..risau si kecil menangis dan mengakibatkan segala kerja ku tergendala..namun satu benda yang aku lupa ialah perlunya yang tua menghormati si kecil..kasihan si kecil dalam lena..bunyi-bunyian bising sudah pasti mengakibatkan si kecil tidak dapat tidur nyenyak dan akhirnya meragam kerana ketidak selesaan..

 Bukan gambar terkini...

hormat pada yang muda...

dari pandanganku yang serba kekurangan ini..antara penyebab akhlak generasi anak-anakku semakin membimbangkan dari hari ke hari adalah layanan yang tua kepada yang muda..yang selalunya mengecewakan..adat melayu yang terlalu mengaagong-agongkan ibu bapa tanpa perlunya penghormatan pada si anak kecil antara faktor yang kufikirkan pengundang kepada seribu satu masalah..

tiap kali maghrib menjelma..ada saja suara itu..aku dan suami selalu berdiskusi..cara mengatasi atau mengingatkan kepada empunya suara..
"cepat la..terhegeh-hegeh.."
"apa lagi tu.."
dengan nada tengkingan...kata-kata tersebut terhambur dari mulut seorang ayah kepada anaknya di tempat parking kereta di bawah apartment ku..aduh...bagaimana perasaan seorang anak yang menerima tengkingan bukan cuma sehari dua namun boleh dikatakan setiap hari..aduhai sang bapa...tidakkan kau tahu...si kecil juga punya hati dan perasaan..?

"budak-budak sembahyang saf kanak-kanak"..
atau...ada kalanya yang tua lambat ke masjid sesudah imam mengangkat takbir..yang kecil sampai awal ke masjid di tariknya ke saf belakang...adilkan begitu?..adakah kita lupa bahawa kita semua akan pergi akhirnya dan meninggalkan generasi muda..yang bakal menggenggam dunia..dapat kah kita mendidik generasi soleh dan solehah dengan mengenepikan mereka dalam hal ketuhanan..suatu yang terpenting dalam kehidupan?..inginkah si kecil dengan hati gembira dan ikhlas pergi berjemaah di masjid sekiranya diri rasa tidak dihormati dan diperlukan oleh komuniti?

 Sekadar hiasan

fikir-fikirkan...

ayuh kawan..kita menyingkap bagaimana manusia teragung itu memberi layanan kepada si kecil dan pemuda dengan kasih sayang dan persaan hormat diselitkan..akhlak Rasulullah memang tiada tandingan..

Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadith; "Rasulullah s.a.w. mengucup kepala al-Hassan bin Ali (r.a.) dan di sisi baginda al-Aqra' pun berkata: ' Aku ada 10 orang anak tapi aku tak pernah cium seorang pun dari mereka.' Maka nabi pun melihatnya dan bersabda: 'Sesiapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi'"...

 Sekadar hiasan

kita saksikan pula sifat penyayang Rasulullah...diriwayatkan 'Pada satu ketika Rasulullah memendekkan bacaan dalam solat subuhnya. Baginda hanya membaca al-Mua'wwizatain iaitu surah al-Falaq dan an-Nas berlainan dari kebiasaan. Kebiasaanya Baginda akan membaca surah yang panjang pada solat subuh. Bila ditanya kenapa memendekkan solat, baginda menjawab "Aku dengar anak menangis. Aku takut tangisan itu membebankan ibunya"'...

dalam situasi lain ...'suatu hari Rasulullah s.a.w. melalui hampir dengan rumah Fatimah dan baginda terdengar tangisan al-Hussein. Baginda bersabda pada Fatimah: "Tidakkan kamu tahu bahawa tangisannya menyakitiku"...

suatu kisah yang sudah pasti diketahui ramai..Rasulullah mendukung cucunya Umamah binti al-'Ash bin al-Rabi', anak kepada anak perempuannya semasa solat. Ketika bangkit, baginga mendukungnya dan bila sujud baginda meletakkannya...

Rasulullah juga pernah menjadi tunggangan...al-Hassan dan al-Hussein pernah menunggang belakang Nabi s.a.w. ketika baginda solat (sujud) menyebabkan baginda memanjangkan solat baginda (supaya keduanya tidak jatuh)......

mungkin ramai akan berkata 'Itu Rasulullah...dia mestilah perfect.."..memang benar....akhlak nabi itu tiada tandingan..tapi...kerana ke'perfect'an itulah perlunya Rasulullah menjadi idola dalam setiap hal....

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah" [33:21]...

JUMMsss sayang anak-anak kecil!!!! Merekalah pewaris, pembentuk masa hadapan!...
Allahua'lam...

Salam KEREPEK!

Assalamualaikum WBT!


Kami menjual 3(TIGA) jenis kerepek!

  • Kerepek Ubi Pedas Kering

  • Kerepek Ubi Racik

  • Kerepek Pisang Manis Gulung


Harga SAMPLE ialah RM1.00 SAHAJA!
Di bawah adalah gambar sample!



sample; RM1
500gram; RM5.50



sample; RM1
500gram; RM5



sample; RM1
--belum ada harga untuk lain2 berat--




Sebarang tempahan sila hubungi nombor di bawah;
Anwar: 012-237 3621 @ 012-339 4857
insyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin melayan anda!!


SEKIAN,
TERIMA KASIH!
Mulakan membeli dengan BismillahirRahmannirRahim!!!