alhamdulillah dengan kurniaan dan kudratNya saya diizinkan untuk menulis di entry kali ini bertajuk "Ghibah".
di sini ingin saya kongsikan ilmu yang cetek ini kepada pembaca yang sudi membaca tentang perihal ghibah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (alHujurat:12)
kalau kita perhatikan ayat di atas, Allah Azzawajal memulakan perintahNya dengan "wahai orang-orang yang beriman.." yang secara langsung bermaksud arahan ini ditujukan kepada hamba-hambaNya yang beriman.
seterusnya jom kita teliti larangan Allah dari ayat ini.
Larangan1:Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa
Larangan2:janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang
Larangan3:janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain
dari Larangan1 kita dapati Allah memberitahu kita yang sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.jadi kita dilarang untuk bersangka-sangka dengan saudara-saudara kita.
kemudian disusuli Larangan2 supaya kita tidak mengintip atau mencari-cari kesalahan atau keaiban orang lain.
ayat ini berkatian dengan topik Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari karangan SS Dr Asri.
kemudian diteruskan dengan larangan untuk tidak melakukan ghibah atau mengumpat.
Allah kemudian menerangkan yang perkara mengumpat ini ibarat memakan daging saudara kita sendiri yang sudah mati.
demikian betapa hinanya orang yang mengumpat.
jika kita amati larangan Allah di sini, mengapa disusun begitu?mengapa dari sangkaan>mencari kesalahan>mengumpat??mengapa tidak mengumpat>mencari kesalahan>sangkaan?
demikianlah sifat dan natijahnya kejadian Allah yang bergelar manusia ini.dengan adanya sangkaan yang keji akan mengundang ke arah perasaan untuk membuktikan si fulan itu benar-benar begitu atau tidak.kemudian apabila telah terbukti demikian maka perkara terkeji iaitu mengumpat akan berlaku.nauzubillah..
pengalaman saya sendiri pada akhir zaman ini, mengumpat dikatakan separti "biasa la!kawan-kawan..", "siapa yang tak pernah mengumpat?" dan banyak lagi.
hakikatnya mengumpat itu seolah-olah jadi perkara yang normal.
sedarkah kita Allah mengingatkan DI DALAM AL-QURAN?bukan satu ayat,tapi banyak lagi ayat yang mengingatkan kita tentang keburukan yang boleh dibawa oleh lidah.dalam al-hadith pun tidak kurang banyaknya mengingatkan kita tentang perkara ini.
tapi apa kata kita apabila diingatkan?"alaa..kau macam tak pernah mengumpat je!"..
komen saya, ingatlah larangan ini dari dalam Al-Quran.itu saja.
jadi pada pengamatan saya yang jahil ini, ghibah atau mengumpat boleh memecah belahkan ummah yang kita sangat-sangat nak elakkan.
bagaimana ghibah boleh memecah belahkan ummah?
Contoh1: A menceritakan keburukan C kepada B.B mengetahui perangai buruk si A yang kuat mengumpat.jadi si B menjauhkan diri dari A risau dirinya akan menjadi mangsa si A.
Contoh2:A,B dan C berkawan rapat.A dan B pernah mengumpat si C.apabila berlaku konflik antara A dan B, A mula menceritakan keburukan B kepada C.malah membuat pengakuan mereka(A dan B) pernah mengumpat C pada masa dahulu.apakah perasaan C?C dan B mungkin tidak akan rapat lagi...
teringat akan hukum yang mengatakan haram untuk membuka aurat dihadapan non-muslim.dihujjahkan di sini alasannya adalah risau non-muslim tersebut akan mendedahkan aib seorang muslim.
tetapi ada berpendapat non-musllim di sini adalah yang memerangi(berniat jahat dsb) Islam.
jadi dibolehkan jikalau tidak berlaku sebarang darurat antara non-muslim dan muslim tersebut.
jadi apa pandangan anda tentang muslim menjatuhkan aib(mengumpat) seorang muslim yang lain?
nauzubillah..
pada saya seorang muslim yang menjatuhkan aib muslim yang ini lebih jijik dari non-muslim yang tidak memerangi Islam.apakan lagi kalau si pengumpat ini bersikap baik apabila berhadapan dengan orang yang diumpatnya!
pada saya orang ini boleh digolongkan dalam golongan munafik(salah satu sifat orang munafik itu ialah berpura-pura).sungguh jijik!semoga Allah jauhkan kita dari sifat jijik ini.
Allah mengakhiri ayat 12 surah ke-49 dalam AL-Quran ini dengan kata-kata yang menyejukkan; Allah itu Maha Penerima Taubat dan Maha Mengasihani.
dari ayat di atas, selepas Allah menerangkan laranganNya,Allah menyuruh kita bertaqwa kepadaNya.
suka saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan para pembaca, kembalilah ke jalan Allah.tinggalkan sikap keji lagi munafik ini.sabarlah hadapi ujianNya.ingatlah Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasihani.
selagi matahari belum terbit dari barat, selagi nyawa belum sampai dikerongkong, pintu taubat masih terbuka luas.
jom elakkan mengumpat dan jadi orang-orang yang sabar!
Innallaha ma'as Sobiriin!sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar!
wallahu'alam.
3 comments:
Salam akh ...
Thanks for sharing this idea of yours ..
Kita kadang-kadang tahu apa itu ghibbah tp kadang2 tak amik pusing pun sbb kita ada dalam masyarakat yg memang senantiasa melakukannya ....
Moga kita semua diberi taufikNya ... ameennn ...
Thanks for the du'a ...
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3) [Al-Asr:2-3]
ingatkan mama selalu ek papa...
abu.mujahid>> memang..perkara yang berkait rapat dgn sabar.
semoga Allah masukkan kita dikalangan hamba-hambaNya yang penyabar:)
bUzZy_LaH>> insyaAllah darling:)
Post a Comment