Pages

Daisypath Anniversary tickers

02 September 2011

khutbah jumaat 02sep2011

02sep2011 masjid bulat

Bertaqwa sbnr2 taqwa n Sentiasa mengamalkn sunnah nabi.

Akhlak dlm Islam is not similar to moral or etique in west perspective.
Akhlah adalah buah dari ibadah.tanpa akhlak,mcm pokok xde buah.

Alankabut:45; solat mncegah dr prbuatan keji n munkar.

Akhlak mcm bunga2 dlm sebuah taman, tanpa bunga2an, taman bunga mcm tanah perkuburan shj.
Mmlihara akhlak,mcm jaga bunga d taman.

Didikan agama yg kukuh mnghasilkn insan2 yg brakhlak mulia.xmudah dpengaruhi oleh anasir jahat.

Hati bersih menimbulkn rs nk bwt baik.
Dlm ihya ulumiddin, akhlak=tingkah laku yg timbul dr manusia tanpa disengajakan.
Alhadth; "apabila baik,baiklah seluuh badan,kalau buruk maka buruklah selrh bdn.itu lah hati."

Allah itu indah, sukakn keindahan.
Indahnya islam adalah terletak pada akhlaknya.

Akhlak islam dpt menarik minat org lain utk mncontohinya.org2 bkn islam trtarik nk memeluk Islam.

Alhadith, "Aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg baik."
Alqalam:4 ; nabi mmpunyai akhlak yg mulia.

Nabi mmbentuk akhlak para sahabat, dgn menanam aqidah yg kuat!! Di rumah arqam bin abi alarqam.

Akhlak baik atau buruk bkn warisan yg xdpt diubah spt ungkapan 'bapak borek anak rintik'.sgt2 salah.

Mmg, pokok yg baik dr benih yg baik.tp kalau benih yg baik tidak diuruskn dgn baik sama sj xde maknanya.yg lebih utama adalah kesedaran individu.

Selain individu, alam persekitaran juga diperlukan.

Masalah generasi muda, byk sgt ikut budaya barat.n xamalkn akhlak islam.
Terlalu mngagungkn para artis yg rosak akhlak.

Penutup:
Alahzab: ;pada diri nabi ada cnth yg baik kpd org yg mngharapakn balasa yg baik pd hai akhirat.

30 August 2011

wajib vs sunat


Solat SUNAT eid1


Solat SUNAT eid2


Solat WAJIB subuh1


Solat WAJIB subuh2

Jom fikir2kan.
WA

khutbah eid fitr 1432(30aug2011)

Eid Fitr 1432 Surau alIslah
Istiqamah membangun ummah

Tak boleh rs bangga dgn amalan dlm bln ramadhan.bergembira,tp jgn lakukn maksiat.
Xpaham halal haram.xphm batasan syarak ant bkn mahram.
1.wujudkn suasana harmoni.
2.mhubungkn silaturrahim.ziarah mnziarah.
3.ucapan tahniah.taqabbalallahu wa minna wa kinkum.
4.Bykkn tasbih tahmid
5.Jgn bwat prbutan yg bercanggah dgn Islam.bersalaman ant haram.tgk movie haram

Almukminun,52-54; prpecahan sesama muslim ke arah kesesatan

Ssiapa yg mgembargemburkn sesama muslim ut mnjatuhkn padahal salah, Allah akn campak dlm neraka smpai ia mmbuktikan kata2nya.

Generasi perlukan bimbingn.
Ibubapa,didik, pimpin spy dlm keluarga xde kefasadan.
Anak2, sentiasa taat patuh dgn ibubapa.

Umar : didiklah anak2 kamu.seunguhnya dia dilahirkn uk satu zaman yg bkn zmn kamu.

Assyura,42:30 ; apa bala bencana,disbbkn apa yg kita dah lakukn.

Ibrahim:52;

Alahzab:56;innallaha wamalaikatuhu yusolluna alannbi.yaaaiyuhallazi na amanu.....berselawat ke atas nabi.

khutbah jumaat 26aug2011

26aug2011 masjid bulat

Bln kemerdekaan.
Merdeka=bebas.tak dijajah.
31aug1957, merdeka.

Aq.sulaiman:siapa yg bersyukur,kembali kpd diri sndirin.

Jiwa dan rohani masih djajah oleh penjajah yg sama.
Dr sudut islam.merdeka maksudnya seseorang dpt melepaskn diri dr dunia dan nafsu.ketaatan kpd Allah.

Arrum,30:30 ;Allah jdkan agama sbg fitrah dlm diri manusia.

Erti merdeka dlm islam;
1.syariat Allah sbg hukum sesama manusia.
2.syuura diamalkn.
4.Tangungjwb sesama manusia.
5.Amar maaruf nahi mungkar

51:55 ;teruskn bg pringtan.pringtan bermanfaat bg mukmin.

3:83; nk cr agama selain islam?samada suka aau tak, kpd Allah kita dkembalikn.

Penutup: Merdekan kan diri dr mengabdikn diri kpd anusia kpd penngabdian kpd Allah.
Annasr;

khutbah jumaat 19aug2011

19aug2011 Masjd bulat

Dgn kudrat Allah bg, dah terawikh..zakat etc..
Tp jgn keluar ramadhan, tak istiqamah..
Aisyah: ssghnya rasul briktikaf sepuluh akhir ramadhan sehinga tiba waktu subuh smpai akhr hayat.lps tu isteri2nya meneruskan amalannya..

Kita dberi rahmat;pnjg umur smpai akhir 10ramadhan,dikudrat utk tidak melupai Allah.
Persiapan raya lg byk dr kejar 10 akhir ramadhan.penat lelah nk siapkn persiapan raya smpai abaikn qiamullail.
Didik anak,isteri utk mnghargai 10akhir ramadhan.

Hiasilah 2hari raya dgn tasbih takbir tahlil tahmid..hadith.
2:185; mmbesarkn Allah agar brsyukur.

Kekalkah kita membesarkn Allah smpai ramadhan akan dtg?madrasah ramadhan mampu ke mngubah hidup kita?
Bayyinah:8;Allah redho,mereka pn redho dgjAllah.

Doa:allahumma nasaluka redhoka waljannah......

Apabila hamba Ku bertny ttg Aku, maka ssghnya Aku ini dkt..Aku makbulkn doa org yg brdoa..

12 August 2011

khutbah jumaat 12aug2011

masjid bulat.12aug2011

Nuzul quran.
Alqurtubi: alquran sbg petunjuk.
Muhasabah diri;selama ni kita jdkn petunjuk atau tak?
Kebykan kita jg JASAD alquran;dibkar kita marah,dihina kita marah..
Tp xbrusha nk prektiskan quran..seolah2kita jg menghina dgn xmengamalknnya.jdkn quran sbg prhiasan.azimat toka.
Quran bkn utk dbaca shj.utk diamalkn skali.
62:5;perumpamaan mcm keldai sapa yg xamalkan quran.
Amalkan quran scr menyeluruh.
Penutup;Fathir35:10

20 February 2011

Peristiwa Maulid ar-Rasul 1432H

12 Rabi' al-Awwal; antara tarikh dari banyak pendapat sebagai tarikh lahir junjungan besar Muhammad SAW. Apa yang pasti ialah baginda dilahirkan pada hari Isnin dalam Tahun Gajah.
Apa pun, pendapat yang paling popular ialah tarikh tersebut di atas.
Maka di sini(Malaysia), kita menyabut pada tanggal 12haribulan.

sekadar hiasan

Mengenang Sunnah
Mengenai sambutan hari lahir Khatim al-Anbiya' ini, pendapat peribadi mengatakan 'no comment'. Yang penting cara menyambutnya tidak bertentangan syariah tidak pula menimbulkan fitnah kepada Islam yang suci ini, dan ibrah yang boleh diperolehi daripada sambutan yang diadakan.

Ada yang berarak. Ada yang mendengar kuliah tentang riwayat baginda. Ada juga kuliah tentang pentingnya mengikuti sunnah-sunnah baginda. Ada yang memperbanyakkan salawat ke atas Nabi SAW.
Apa pun, sunnah Muhammad SAW adalah WAJIB untuk kita ikuti(dari segi ibadah). Dan amalan terhadap sunnahnya, bukan bermusim. Selawat ke atasnya, bukan setahun sekali untuk memperbanyakkan.

Al-kisahnya, pada tanggal 15 Febuari 2011 atau 12 Rabi' al-Awwal 1432, Allah telah menakdirkan seorang dari sepupu aku dan seorang sepupu ma bernikah.
Ditakdirkan Allah lagi, seorang di Lanchang sebelah pagi dan seorang di Meru pada sebelah petang.

sekadar hiasan

Apa yang nak aku simpulkan dari kedua-dua majlis ini ialah seperti berikut;

>Indahnya konsep pernikahan itu apabila caranya hampir dengan sunnah Nabi SAW. Sebaliknya konsep duniawi atau materialistik akan menjadi tabir majlis jika kita berlebihan sehingga berlaku pembaziran dari pelbagai segi disamping yang utama sering terabai(rujuk sini). Apa pun alasan kita, mari kita hayati ingatan dari Allah SWT.
"Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(17:26-27)

>Sungguh tak terkata apabila sesuatu yang bukan syariat, yang bidaah, yang boleh melalaikan -boleh dikategorikan pembaziran masa- dilakukan sehingga tertinggal perkara yang lebih utama, yang sunat muakkadah!, yang ditekankan nabi selalu, yang tidak pernah ditinggalkan nabi seumur hidupnya.


Jika kita benar-benar hargai Rasulullah dalam kehidupan kita, bukan sekadar berjanggut, berserban dan berjubah, tetapi sunnahnya dalam ibadah adalah lebih utama.
Solat Fardhu berjemaah, istiqamah dalam rawatib, berpuasa, dakwah, meniru akhlak baginda, amar ma'ruf nahi mungkar, amalan zikir-zikir yang ma'thur...
Sudah terbuatkah kita sunnah-sunnah baginda?sehingga kita melakukan sesuatu yang bersimpangan dengan sunnah baginda beralasankan untuk mengingati baginda??

Kembalilah kepada Quran dan Sunnah.

Wallahua'lam.

17 February 2011

aku NIKAHkan anakku....sayangku..

"Aku nikahkan engkau Pisang bin Ciku dengan anakku Zaiton binti Langsat dengan mas kahwinnya RM300 tunai..."
"Aku terima nikahnya...."
"Sah.."
"Sah.."
Pengantin lelaki menghembus nafas lega buah hati sekian lama menjadi miliknya juga..pengantin perempuan masih memendam seribu satu rasa...gembira, tersipu, shahdu, berdebar...

Si ayah lega dengan harapan semoga anak kesayangannya dijaga dengan kasih sayang sebagainya tercurahnya kasih sayang dari dirinya kepada anak perempuan kesayangannya...menantu berserta hantaran yang cukup men'convince' diri si bapa bahawa dialah menantu yang tiada lainnya...barang kemas sepersalinan, wang hantaran cukup RM10,000..hantaran dihias indah...

Si ibu pula masih mengesat air mata...fikirnya anak sudah berkeluarga dan berakhirlah tanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik si anak...dicampur juga dengan perasaan gembira seperti sang bapa kerana fikirnya ada penjaga dan peneman anaknya di kala dirinya sudah tiada di dunia kelak...


Sekadar hiasan

STOP....hentikan video layanan perasaan yang kian kali menjadi sebati dengan masyarakat berkurun lamanya...HENTIKAN...

mari kita menyelami REALITI sebenar nikah dan perkahwinan itu sendiri...
masyarakat kini lupa yang mana ISInya yang mana BIJInya...
air kelapa dibuang...tempurungnya dimakan...
kulit pisang dijilat-jilat, isinya dicampak
Astaghfirullah...Ya Allah..berikanlah cahaya supaya dapatku menyuluh dan membezakan antara kaca dan permata...

aku hairan...setiap kali berlangsungnya upacara perkahwinan...si bapa...si ibu adalah figure yang sibuk bukan kepalang...bunga manggar, door gift, pelamin...kek pengantin...hantaran...and the list would never end..

Sekadar hiasan

namun...berapa ramai ibu dan bapa yang sedar akan kehidupan anak selepas menjejakkan kaki ke alam rumah tangga hanyalah suatu titik permulaan sebuah perjalanan..yang memerlukan bimbingan berterusan sebelum dan juga selepas perkahwinan itu sendiri...


SALAH kiranya si bapa membiarkan anak sendiri memilih calon suami atau isteri kerana bagi anak perempuan apakah erti wali hanya terhad kepada 'menikahkan' yang tidak memainkan apa-apa peranan? pada pendapat saya yang dhoif ini..sekiranya mandat wali jatuh pada seseorang maka dengan demikian jugalah tanggungjawab yang datang bersamanya dan dalam konteks ini sudah tentu wali bertanggungjawab dalam menentukan calon buat anak adalah calon yang telah di'highlight' dalam hadith-hadith Rasulullah berkurun lamanya...calon yang beriman dengan Din Al-Islam

Dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)



“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)



SALAH juga kiranya yang menjadi titik tolak seseorang calon adalah dengan melihat dari sudut keduniaan lebih dari kaca mata Allah dan Rasul...si dia berpangkat...si dia sudah mempunyai rumah...si dia tiada jerawat...si dia seorang yang manja...caring.....romantis..? ahaks...bak kata Ustaz Zahazan..'Jika kita mahu lihat bagaimana diri kita di sisi Allah..kita muhasabah diri dengan melihat sejauh mana kita mengangkat martabat Allah di sisi kita'...adakah kita lebih gusarkan orang lain berkata-kata lebih dari kita gusar sekiranya Allah murka..? tepuklah dada tanyalah iman..

Sekadar hiasan

Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. [Al-Quran 9:18]

SANGAT SALAH juga kiranya tiada langsung pentarbiyahan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anakanda tersayang di ambang-ambang pernikahan kerana Islam yang syumul ini lengkap dengan cara hidup dan seribu satu ilmu termasuk ilmu dan selok belok rumahtangga yang teramat pentingnya bagi membina rumahtangga sakinah dan mawaddah...dan dengan itu..didikan dan bimbingan ibu bapa selepas perkahwinan juga merupakan satu elemen penting yang langsung tidak dititik beratkan...seolah-olah hal baju pengantin dan pelamin, bilangan hantaran lebih berganda pentingnya dari pendidikan untuk kebahagiaan anak selepas berumah tangga?aduhai...bukanlah kita semua sedia maklum hanya 3 perkara yang menjadi sahabat di alam akhirat, antaranya ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh?...kenapa kita senang untuk melepaskan peluang demi peluang walaupun masih diizinkan Allah untuk masih bernafas di saat ini?

dan semua kesalahan-kesahan tersebut tidak lain tidak bukan adalah kerana gagalnya penyucian hati dan niat lillahi taala (kerana Allah taala) yang tiada lainnya..yang merupakan kunci kepada setiap amal kebaikan mahupun kejahatan...

Sekadar hiasan


ayuh...dengan kata yang lebih sempoi..JOM kita wujudkan generasi Al-Quran dan Sunnah yang hidup dan mati hanya kerana Allah...yang berKAHWIN atau berNIKAH kerana ALLAH...supaya dengan perkahwinan itu, dengan pasangan itu...mendekatkan kita lebih dengan CINTA terAGUNG, CINTA HAKIKI...iaitu CINTA yang tiada lainnya..CINTA ALLAHU RABBI WA RABBANA...

Sekadar hiasan

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Allahua'lam...

08 February 2011

Muhasabah

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya lah kita kembali.

(Tanggal 8/Feb, Allah mentakdirkan perginya seorang insan yang berhati mulia, seorang pakcik walaupun sebelah isteri, aku tetap merasai pemergiannya kerana hebatnya akhlak beliau semasa hidupnya di 'sini', Pak Long Abdul Rahman. Semoga Allah menempatkan beliau bersama hamba-hambaNya yang soleh, insyaAllah)

Doa yang yang diajar Allah melalui al-Quran dari Surah al-Baqarah ini bukan hanya dilafaz apabila menerima musibah kematian sahaja, firman Allah:
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,"
"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun""(2:155-156)

Orang yang sabar ketika diberikan ujian/cubaan akan menyebut doa di atas.
malah Allah menyambung lagi,
"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(2:157)

InsyaAllah apabila kita ditimpa musibah, kemalangan, kehilangan barang tersayang, kematian, ujian rezeki dan berbagai-bagai lagi, marilah kita sama-sama melafazkan doa yang diajarkan ini dengan penuh harapan menerima 'keberkatan yang sempurna dan rahmat' seterusnya menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.
Kerana petunjuk Allah lah kita amat perlukan untuk mengejar tujuan akhir kita di dunia kekal.

Kebiasaan di Malaysia
Doa berkah dan petunjuk ini sering kali dikaitkan dengan kematian di sini. Jikalau mendapat berita nazak lalu mengucapkan doa ini, kita mungkin ditegur "dia belum meninggal lagi la!!"
Puncanya sudah tentu kita ini kurang membaca al-Quran!
Nak mengkhatamkannya paling hebat setahun sekali, tafsirnya tidak pernah diselak. Kalau diselak pun cukup syarat tanpa tadabbur yang mendalam.
Justeru bagaimana kita ingin mengecapi akhlak al-Quran??

Merujuk kepada diri sendiri, daripada punca-punca ini, malang sekali membuatkan kita sempit dari mendapat rahmatNya. Beristigfar kepada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga kita mengambil ikhtibar dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran lebih dari kita melihat berita sukan atau pemain kesukaan kita beraksi.
Semoga kita mendalami isi-isi kitab suci agama kita ini lebih dari kita menonton filem-filem yang tidak bermanfaat langsung untuk agama Allah.
Semoga Allah mengurniakan hidayah yang sebenar-benar hidayah kepada kita.

Wallahua'lam.

18 December 2010

[khutbah jumaat]Masjid Kampung Tunku, 17Dec/2010

-hari ini 11Muharram1432.

-bulan Muharram adalah bulan di dalamnya Allah jadikan langit dan bumi dan antara bulan-bulan suci(haram)
"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram...."(atTaubah,9:36)

-semasa di Madinah, dialog Yahudi dan Nabi SAW
yahudi:Nabi Musa berpuasa pada 10Muharram kerana diselamatkan oelh Allah dari firaun(peristiwa Laut Merah).
Nabi SAW:kami(aku sebagai nabi) adalah lebih berhak dari kamu -kalau Musa masih hidup dia akan ikut aku dan syariatku.

-9,10,11hb Muharram; puasa supaya lain dari yahudi -digalakkan berpuasa, bagi makan fakir miskin(asal usul bubur asyura)

-golongan bidaah: Asyuura=bidaah.

-Shiah; sambut Asyura dengan perarakan, seksa diri, sebat badan sendiri sehingga ada yang mati.kononnya meratapi kematian Husin bin Ali(dibunuh -syahid- oleh tentera Zaid)
"Bukan dari golongan kami orang yang menyambut Asyuura XXXX OOOO XXXX OOOO"(HR Bukhari)

-Hari Asyuura; 7langit&bumi dijadikan, Adam diciptakan, Lauh Mahfuz diciptakan, Nabi Ibrahim lahir, Ismail dikorbankan, Firaun tenggelam, Nabi Isa as lahir, saidina Husin dibunuh, hari kiamat(????!)