"Aku terima nikahnya...."
"Sah.."
"Sah.."
Pengantin lelaki menghembus nafas lega buah hati sekian lama menjadi miliknya juga..pengantin perempuan masih memendam seribu satu rasa...gembira, tersipu, shahdu, berdebar...
Si ayah lega dengan harapan semoga anak kesayangannya dijaga dengan kasih sayang sebagainya tercurahnya kasih sayang dari dirinya kepada anak perempuan kesayangannya...menantu berserta hantaran yang cukup men'convince' diri si bapa bahawa dialah menantu yang tiada lainnya...barang kemas sepersalinan, wang hantaran cukup RM10,000..hantaran dihias indah...
Si ibu pula masih mengesat air mata...fikirnya anak sudah berkeluarga dan berakhirlah tanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik si anak...dicampur juga dengan perasaan gembira seperti sang bapa kerana fikirnya ada penjaga dan peneman anaknya di kala dirinya sudah tiada di dunia kelak...
Sekadar hiasan
STOP....hentikan video layanan perasaan yang kian kali menjadi sebati dengan masyarakat berkurun lamanya...HENTIKAN...
mari kita menyelami REALITI sebenar nikah dan perkahwinan itu sendiri...
masyarakat kini lupa yang mana ISInya yang mana BIJInya...
air kelapa dibuang...tempurungnya dimakan...
kulit pisang dijilat-jilat, isinya dicampak
Astaghfirullah...Ya Allah..berikanlah cahaya supaya dapatku menyuluh dan membezakan antara kaca dan permata...
aku hairan...setiap kali berlangsungnya upacara perkahwinan...si bapa...si ibu adalah figure yang sibuk bukan kepalang...bunga manggar, door gift, pelamin...kek pengantin...hantaran...and the list would never end..
Sekadar hiasan
namun...berapa ramai ibu dan bapa yang sedar akan kehidupan anak selepas menjejakkan kaki ke alam rumah tangga hanyalah suatu titik permulaan sebuah perjalanan..yang memerlukan bimbingan berterusan sebelum dan juga selepas perkahwinan itu sendiri...
SALAH kiranya si bapa membiarkan anak sendiri memilih calon suami atau isteri kerana bagi anak perempuan apakah erti wali hanya terhad kepada 'menikahkan' yang tidak memainkan apa-apa peranan? pada pendapat saya yang dhoif ini..sekiranya mandat wali jatuh pada seseorang maka dengan demikian jugalah tanggungjawab yang datang bersamanya dan dalam konteks ini sudah tentu wali bertanggungjawab dalam menentukan calon buat anak adalah calon yang telah di'highlight' dalam hadith-hadith Rasulullah berkurun lamanya...calon yang beriman dengan Din Al-Islam
Dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)
SALAH juga kiranya yang menjadi titik tolak seseorang calon adalah dengan melihat dari sudut keduniaan lebih dari kaca mata Allah dan Rasul...si dia berpangkat...si dia sudah mempunyai rumah...si dia tiada jerawat...si dia seorang yang manja...caring.....romantis..? ahaks...bak kata Ustaz Zahazan..'Jika kita mahu lihat bagaimana diri kita di sisi Allah..kita muhasabah diri dengan melihat sejauh mana kita mengangkat martabat Allah di sisi kita'...adakah kita lebih gusarkan orang lain berkata-kata lebih dari kita gusar sekiranya Allah murka..? tepuklah dada tanyalah iman..
Sekadar hiasan
Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. [Al-Quran 9:18]
SANGAT SALAH juga kiranya tiada langsung pentarbiyahan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anakanda tersayang di ambang-ambang pernikahan kerana Islam yang syumul ini lengkap dengan cara hidup dan seribu satu ilmu termasuk ilmu dan selok belok rumahtangga yang teramat pentingnya bagi membina rumahtangga sakinah dan mawaddah...dan dengan itu..didikan dan bimbingan ibu bapa selepas perkahwinan juga merupakan satu elemen penting yang langsung tidak dititik beratkan...seolah-olah hal baju pengantin dan pelamin, bilangan hantaran lebih berganda pentingnya dari pendidikan untuk kebahagiaan anak selepas berumah tangga?aduhai...bukanlah kita semua sedia maklum hanya 3 perkara yang menjadi sahabat di alam akhirat, antaranya ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh?...kenapa kita senang untuk melepaskan peluang demi peluang walaupun masih diizinkan Allah untuk masih bernafas di saat ini?
dan semua kesalahan-kesahan tersebut tidak lain tidak bukan adalah kerana gagalnya penyucian hati dan niat lillahi taala (kerana Allah taala) yang tiada lainnya..yang merupakan kunci kepada setiap amal kebaikan mahupun kejahatan...
Sekadar hiasan |
ayuh...dengan kata yang lebih sempoi..JOM kita wujudkan generasi Al-Quran dan Sunnah yang hidup dan mati hanya kerana Allah...yang berKAHWIN atau berNIKAH kerana ALLAH...supaya dengan perkahwinan itu, dengan pasangan itu...mendekatkan kita lebih dengan CINTA terAGUNG, CINTA HAKIKI...iaitu CINTA yang tiada lainnya..CINTA ALLAHU RABBI WA RABBANA...
Sekadar hiasan |
Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Allahua'lam...
3 comments:
1.Apabila kita tidak disibukkan dengan hal-hal akhirat, maka kita akan disibukkan dengan hal-hal yang melalaikan.(keduniaan semata!)
2.Alasan hubungan sesama manusia sebagai satu-satunya alasan kepada nafsu duniawi kita;pembaziran masa, wang, tenaga demi menegakkan materialistik dan keduniaan yang melampau adalah satu alasan yang TIDAK MUNASABAH.kerana mana mungkin agama yang suci ini mengutamakan NAFSU KEDUNIAAN untuk mengeratkan hubungan sesama manusia.
3.keadaan materialistik ini adalah salah satu PUNCA UTAMA kepada masalah penzinaan.believe it or not, jika proses majlis dipermudahkan semudah sunnah kekasih kita, masalah zina akan berkurang -jadi kepada sesiapa yang bersetuju dengan materialistik perkahwinan, anda juga mungkin menyumbang kepada penzinaan.
Wallahua'lam.
pegi ler suruh anak korang kawen kat kelantan.....senang giler cite..sah sana sah sini....makan setel
assalam~~
entri yang menarik...:)
jika kita lihat zaman skrang, smakin ramai yang kahwin krana mengikut hawa nafsu..
maka berlaku lah pelbagai pergolakan dalam rumah tangga itu sendiri.
kita lihat shj cth artis yang kahwin tanpa restu dn wang kahwin sebagainya...
seolah2 wang kahwin yang mahal dianggap seperti satu nilai untuk 'membeli' wanita tersebut...
sama2 kita muhasabah diri kita mengenai KoNseP yang dianjurkan oleh Nabi SAW ..
sekadar pandangan...
wallahualam.
Post a Comment