Pages

Daisypath Anniversary tickers

03 August 2010

WAHAI anak-anakku..

seks bebas bawah umur..
perokok berusia 2 tahun..
kuantiti anak luar nikah semakin meningkat dari tahun ke tahun..
kes buang bayi tiap-tiap hari dilapor di kaca tv..

di zaman jahiliyyah kah kita?katanya ingin mengejar 'title' negara maju..tapi majukah kita dengan perilaku-perilaku manusia berakal yang seakan mirip kepada sang haiwan?jahil dari sudut manakah kita wahai generasi masa hadapan?tepuk dada tanyalah iman..bukan adat yang diagungkan...bukan falsafah aristotle mahupun teori2 barat yang beraneka macam yang perlu diterapkan....kembalilah wahai teman kepada Al-Quran..buku rujukan untuk semua insan..sesuai untuk semua golongan dan lapisan..

assalamualaikum buat semua pembaca yang dikasihi sekalian..
pilu sungguh hati ini apabila perilaku tidak berkemanusiaan semakin di desas desuskan saban hari..aduh..bagaimana pula nasub generasi anakku ini..bakal menempuh hari-hari yang penuh cabaran dalam jangka 20 tahun akan datang...cabaran apakah..takut untuk difikirkan..mana tahu ajal ku tak sampai di zaman si kecl menjadi pucuk pimpinan..khalifah alam..namun..apa yang mampu ku bekalkan adalah senjata-senjata berupa keimanan..al-Quran dan sunnah sebagai panduan yang tak kan lekang dek panas dan hujan..segar sepanjang generasi dan zaman..insyaAllah..

khaulah tidur di atas katilku..tanpa ingin mengejutkan khaulah dari alam tidurnya..gerak geriku ku kawal..risau si kecil menangis dan mengakibatkan segala kerja ku tergendala..namun satu benda yang aku lupa ialah perlunya yang tua menghormati si kecil..kasihan si kecil dalam lena..bunyi-bunyian bising sudah pasti mengakibatkan si kecil tidak dapat tidur nyenyak dan akhirnya meragam kerana ketidak selesaan..

 Bukan gambar terkini...

hormat pada yang muda...

dari pandanganku yang serba kekurangan ini..antara penyebab akhlak generasi anak-anakku semakin membimbangkan dari hari ke hari adalah layanan yang tua kepada yang muda..yang selalunya mengecewakan..adat melayu yang terlalu mengaagong-agongkan ibu bapa tanpa perlunya penghormatan pada si anak kecil antara faktor yang kufikirkan pengundang kepada seribu satu masalah..

tiap kali maghrib menjelma..ada saja suara itu..aku dan suami selalu berdiskusi..cara mengatasi atau mengingatkan kepada empunya suara..
"cepat la..terhegeh-hegeh.."
"apa lagi tu.."
dengan nada tengkingan...kata-kata tersebut terhambur dari mulut seorang ayah kepada anaknya di tempat parking kereta di bawah apartment ku..aduh...bagaimana perasaan seorang anak yang menerima tengkingan bukan cuma sehari dua namun boleh dikatakan setiap hari..aduhai sang bapa...tidakkan kau tahu...si kecil juga punya hati dan perasaan..?

"budak-budak sembahyang saf kanak-kanak"..
atau...ada kalanya yang tua lambat ke masjid sesudah imam mengangkat takbir..yang kecil sampai awal ke masjid di tariknya ke saf belakang...adilkan begitu?..adakah kita lupa bahawa kita semua akan pergi akhirnya dan meninggalkan generasi muda..yang bakal menggenggam dunia..dapat kah kita mendidik generasi soleh dan solehah dengan mengenepikan mereka dalam hal ketuhanan..suatu yang terpenting dalam kehidupan?..inginkah si kecil dengan hati gembira dan ikhlas pergi berjemaah di masjid sekiranya diri rasa tidak dihormati dan diperlukan oleh komuniti?

 Sekadar hiasan

fikir-fikirkan...

ayuh kawan..kita menyingkap bagaimana manusia teragung itu memberi layanan kepada si kecil dan pemuda dengan kasih sayang dan persaan hormat diselitkan..akhlak Rasulullah memang tiada tandingan..

Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadith; "Rasulullah s.a.w. mengucup kepala al-Hassan bin Ali (r.a.) dan di sisi baginda al-Aqra' pun berkata: ' Aku ada 10 orang anak tapi aku tak pernah cium seorang pun dari mereka.' Maka nabi pun melihatnya dan bersabda: 'Sesiapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi'"...

 Sekadar hiasan

kita saksikan pula sifat penyayang Rasulullah...diriwayatkan 'Pada satu ketika Rasulullah memendekkan bacaan dalam solat subuhnya. Baginda hanya membaca al-Mua'wwizatain iaitu surah al-Falaq dan an-Nas berlainan dari kebiasaan. Kebiasaanya Baginda akan membaca surah yang panjang pada solat subuh. Bila ditanya kenapa memendekkan solat, baginda menjawab "Aku dengar anak menangis. Aku takut tangisan itu membebankan ibunya"'...

dalam situasi lain ...'suatu hari Rasulullah s.a.w. melalui hampir dengan rumah Fatimah dan baginda terdengar tangisan al-Hussein. Baginda bersabda pada Fatimah: "Tidakkan kamu tahu bahawa tangisannya menyakitiku"...

suatu kisah yang sudah pasti diketahui ramai..Rasulullah mendukung cucunya Umamah binti al-'Ash bin al-Rabi', anak kepada anak perempuannya semasa solat. Ketika bangkit, baginga mendukungnya dan bila sujud baginda meletakkannya...

Rasulullah juga pernah menjadi tunggangan...al-Hassan dan al-Hussein pernah menunggang belakang Nabi s.a.w. ketika baginda solat (sujud) menyebabkan baginda memanjangkan solat baginda (supaya keduanya tidak jatuh)......

mungkin ramai akan berkata 'Itu Rasulullah...dia mestilah perfect.."..memang benar....akhlak nabi itu tiada tandingan..tapi...kerana ke'perfect'an itulah perlunya Rasulullah menjadi idola dalam setiap hal....

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah" [33:21]...

JUMMsss sayang anak-anak kecil!!!! Merekalah pewaris, pembentuk masa hadapan!...
Allahua'lam...

No comments: