Pages

03 April 2012

tarbiyah dari anak!

anak kita adalah amanah dari Allah.
selain kita rasa sebagai hadiah yang super-best dari Allah, anak juga merupakan perhiasan, ujian dan tanggungjawab.

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."(18:46)

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar."(64:15)

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."(8:28)


dan banyak lagi Allah bagitau kita dalam bahan rujukan utama ni.



mengapa ujian?
banyak sebabnya kan?yang sudah punyai anak haruslah tahu kan?
kita wajib mendidik anak kita.kita wajib besarkan mereka dengan fitrah islamiyah.dengan shibgah Allah.bukan dengan hati dan kehendak kita.lebih-lebih lagi bukan dengan jahiliyyah kita!
di sini lah kita diuji.dan malangnya di sini juga lah kita banyak gagal!

tapikan, disebalik ujian tu, datangnya tarbiyah dari Allah secara tidak langsung dan dari anak kita sendiri secara langsung.

bila kita gagal dalam ujian, kita muhasabah, kita perbaharui niat, kita mulakan langkah baru.kan ni satu proses tarbiyah?

geng semua, sedar tak sedar, anak kita sebenarnya meniru atau mengcopy kita.diorang mana ada rujukan lain yang paling utama selain mak bapak diorang.
apa yang diorang belajar hanyalah dari orang yang menjaga diorang.
ini pengalaman saya sendiri.

jadi nak tak nak, kita kena banyak ubah diri kita, untuk mentarbiyah anak kita.dengan kata lain, kita perlu memastikan diri kita bertarbiyah untuk mentarbiyah anak kita.



bila anak meminta, kita kene mengajarkan dengan hikmah.
bila anak menangis, kita pujuk dengan kasih sayang.
bila anak buang air, mengajar kita erti sabar.
bila anak meragam, di sinilah turn kita untuk mengajar anak erti kesabaran!

so jangan la ada yang cakap, "anak aku nakal betul!anak kau dengar cakap, lain la!" "entah kenapa lah anak aku ni keras sangat kepalanya.ajar dah banyak kali dah!" dan lain-lain lagi.
hakikatnya -samaada anda mahu atau tak mahu mengaku- itu semua adalah hasil tangan anda sendiri.

kerasnya kepala anak kita itu datangnya dari kekerasan kepala kita sendiri.
ragamnya anak kita itu hasil dari tangan kita sendiri.
tidak ada maknanya Allah lahirkan anak kita, tup tup pandai mendengar kata, tup tup nakal gile, tup tup jadi sombong bongkak abeh, tup tup pandai mengira dan menjadi taukeh kedai runcit.
jadi jangan lah tuding takdir atau suasana.tudingkan ke pundak kepala anda sendiri sambil menunjal-nunjal sedikit OK?

banyak yang kita boleh belajar dari anugerah Allah ni.
cuma kita saja yang mahu atau tak.
kita saja yang ego atau tak.

didiklah anak dengan didikan addiin yang sempurna ni.setiap inci dan setiap penjuru.
datangilah anak dengan kasih sayang, kerana mereka adalah ujian, gagal atau berjaya tidak dinilai Allah.hanya usaha yang ikhlas untuk Allah.ni ujian dari Allah yang super-duper-unik dan extra-vaganza-best!!
buanglah ego anda, kerana secebis ego tidak akan bersama anda disyurga nanti.
buanglah adat anak-perlu-dengar-cakap-bapa, kerana itu adat yang ntahapaapantah!adat Islam kan lagi sempurna, best dan cantik.macam nabi tunjuk tu.hormat-hormat, sayang-sayang anak..kan?
buanglah anak-sepatutnya-begini-dan-begitu-kepada-ibubapa, kerana kita juga yang menyebabkan diorang jadi begitu ye dak?melainkan usaha kita dah macam usaha nabi Nuh!eh, janganlah sesuka hati semudah petik jari nak claim diri anda sehebat nabi Nuh mahupun nabi-nabi lain ye.

anak, nasihatlah papa kalau papa silap ye.
anak, jom kita sama-sama ke syurga Allah ye.
anak, papa tarbiyah anda, tapi anda juga adalah aset dalam proses pentarbiyahan papa.
anak, awaklah cermin papa!

WA

08 March 2012

polis sepak remaja dari kaca mata Islam??

terbaca kisah "polis sepak remaja" di forum.
sumber sebenarnya tak pasti, kesahihannya lebih2 lagi tak dapat dipastikan.

walau bagaimana pun, jika ianya salah dan fitnah, maka banyak pihak boleh dituduh dan dilibatkan dengan pelbagai alasan boleh diberikan.
jika ianya benar, maka aku pun menulis.hehe..

lepas baca petikan ni, baca pula komennya.
sekilas pandang, ramai pembaca yang kata "padan muka.siapa suruh tak pakai helmet." "kalau polis cedera takde siapa kisah kan?padan muka." "dua2 salah.dua2 padan muka."

inilah mentaliti Malaysians, tak, aku lagi suka cakap mentaliti MELAYU sebab forum yang aku baca tu majoriti bangsa Melayu.OK.maaf kalau terlalu ketara bunyi kebangsaannya(baca: racist).

pada aku, aku try nk pandang dari kaca mata Islam.
tapi kes ini seolah-olah tak layak dipandang oleh kaca mata Islam yang sangat2 suci.membazir photon2 cahaya sahaja dan sungguh membuang minyak petrol generator.

tidakkah kita tahu cerita seorang khadam yang tertumpahkan air ke atas khalifah yang osem dan sangat2 kewl, Umar Abdul Aziz?
khadam itu diberi maaf dan dibebaskan yo?
tak pulak disepak terajang yo?
ni kisah seorang raja, khalifah, pemerintah.bukan sekadar penguasa yang diberi tugasan biasa-biasa je..OK?

hurm..saya juga sedang membazir masa mengaitkan kes sampah ini dengan pengalaman2 penguasa2 Islam yang sungguh agong, hebat murni dan tinggi akhlak.

takziah kepada mangsa dan keluarga.semoga Allah menggantikan dugaan dan kesabaran anda dengan hidayahNya yang sungguh hebat dan mahal.

WA

05 March 2012

Jaga tepi kain awak!

Orang2 melayu selalu suka2 sangat nak jaga tepi kain orang lain.
Nanti orang melayu yang dijaga tepi kainnya tu cakap ”jaga la tepi kain kau sendiri!benci!”

Tepi kain tu refer kepada isu diri la agaknya ye. Benci juga kan kalau hal peribadi kita ni dijaga orang lain.nyibuk aja!

Tapi zaman2 Islam nak naik ni, ada orang cakap ”kalau Islam mestilah kene jaga tepi kain orang!itulah dakwah dalam Islam!”
Iye ke?

Islam tu dok sibuk jaga tepi kain orang eh?


Pada pandangan saya, ’menjaga tepi kain’ dalam frasa melayu adalah bermaksud menyibukkan diri atau dalam kata jahatnya mengumpat atau mencari kesalahan dan memblame dengan penuh tidak berhekmah sehingga menyebabkan yang ditegur terasa seperti diintip dan ditemplak selepas melakukan kesalahan.

Jadi adakah Islam sibuk menjaga tepi kain orang? Pada saya, TIDAK. Mengajak orang kepada Islam tidak pernah bermaksud men’jaga’ tepi kain orang lain. Sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang murni dan aman.

Awak tak mahu puasa? Buang karen saya aja nak main kejar2 dengan awak, lepas tu buang petrol untuk mengangkut awak2 ni untuk membazirkan rumput2 saya yang sepatutnya milik encik lembu dan tuan kambing. Mereka lebih berhak memakan makanan mereka. Bukan anda2 yang ponteng puasa!OK?

Anda mahu beromen2 bermaksiat? Buang adrenalin saya jek nak berdebar2 mengintai awak dan kekasih lautan api awak tu. Lepas tu kene main sorok2 pulak. Kene panjat2 loteng pulak. Penat tau! Baik kita baca yasiin dan doa tahlil, aman satu kawasan perkuburan taman perumahan saya!OK?

Jadi di mana dakwah? Takyah dakwah la camtu eh?

Allah berfirman, maksudnya ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (Lebah: 125)

Bukan takyah dakwah. Sampaikan, ajak2kan kepada Islam itu wajib. Tapi bagaimana itu persoalan yang sangat2 perlu diambil kira.
Nah Allah ajarkan dalam Bab Lebah.
Kita bergerak dalam kapasiti kita barulah lebih efektif kan?

Sedangkan tuan fir’aun yang sangat2 over dalam kesyirikan kepada Allah pon Allah suruh nabi2 dia ajak tuan fir’aun secara lemah lembut.rujuk Thaha:43-44
Betapa Allah sayangkan hambaNya, dan betapa Allah mengambil kira sunnatullah tu..kan?
Walaupon Allah dah for sure tahu adakah tuan fir’aun akan dengar cakap nabiNya ke tak..kan?

Jadi apa peranan kita dalam bab2 mengajak dan mendidik kawan2 kita disekeliling kita?
Apa pun jawapan bernas anda, mestilah ia dilakukan dengan penuh kehebatan dan kebijaksanaan ye! Bukan sekadar mengumpat dan tamat di situ saja.
Pastikan orang yang anda nasihati/sentuhi itu tidak terluka, tidak merasakan kejumudan Islam sebaliknya merasakan betapa Islam itu best, nyaman dan aman.

Bukannya kita disuruh mengendap orang beromen, menyorok2 cari orang yang makan secara sorok2.
Kalau kawan tu dah sorok2 buat kekejian, then it’s between them and Allah. takde kat mana2 kitab suruh kita mengendap orang yang sangat2 disyaki kerana lirik mukanya yang sangat2 mencurigakan dan mendatangkan fitnah.
Sebaliknya Allah suruh kita bersangka baik dan melarang sangka buruk deh!rujuk Bab Bilik-bilik ayat 12.

Bukan ke kita hanya mendatangkan aib kepada si pelaku yang dah sedaya upaya menyorok tu?
Di titik inilah Islam hanya dipandang sebagai menjaga tepi kain orang!
Keadaan paling tidak diingini adalah jika Islam itu dipandang hanya mengendap2 mencari kesalahan orang dan membikin akta2 atau undang2 untuk menyelamatkan ’umat islam yang lemah’. Bukan mendidik dan membentuk atau menyebar dan memperkasa.


Menegur mengajak bukan pada tempatnya hanya mendatangkan keburukan. Bukan kebaikan. Kepada dia, kepada kita dan yang paling teruk adalah kepada Islam tu sendiri.
Berfikir sebelum bertindak.
Merancang sebelum bergerak.
Ingat, kebenaran yang tidak dirancang akan dipetik-jari-kan oleh kejahatan yang terancang.

Ya, Islam bukan sekadar menjaga, tapi membersihkan kain orang lain dengan cara yang paling berkesan dan hebat sekali!;-)

05 January 2012

Ramalan Hadhari

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Tiada teori fizik yang boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan kiamat akan berlaku pada tahun ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna (UNOV) yang berpangkalan di Pusat Antarabangsa Vienna, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, bidang astro fizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahu pun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.
"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya pada sidang akhbar selepas sesi ceramah Prominent Malaysia bertajuk Unknown Universe di sini hari ini.

Program anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Planetarium Negara itu disertai lebih 200 peserta.
Diminta mengulas mengenai program penghantaran angkasawan untuk kali kedua, beliau berpendapat, ia tidak diperlukan selagi negara masih belum mempunyai idea sains dan teknologi yang kukuh.

"Apabila satu masa nanti kita sudah ada idea teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dunia dan perlu diuji di angkasa, itu merupakan masa yang sesuai untuk kita menyambung program itu," jelasnya.
Diminta mengulas sama ada Malaysia memerlukan Program Angkasawan Kedua, Mazlan berkata, ia bergantung sama ada terdapat keperluan dari segi penyelidikan untuk berbuat demikian.

"Jika hanya ada satu cara untuk menguji teknologi kita iaitu dengan membawanya ke angkasa lepas, maka pada waktu itu penting untuk mengadakan satu lagi program angkasawan," ujar beliau.
Menurutnya, Malaysia tidak perlu mengulangi perkara yang dilaksanakan dalam Program Angkasawan Negara pada 2007 semata-mata untuk aktiviti sains.

Katanya, aktiviti sains boleh dijalankan menerusi banyak cara seperti yang dilaksanakan pelbagai pihak sekarang.



komen aku, "innalillahi wainna ilaihi raaji'un"
manusia kini sudah hebat dalam tilikan.
bukannya menggunakan ilmu kurafat lagi, tetapi menggunakan sains sebagai wasilah tilikan.

yela dunia itu darulasbab, tapikan ayat "Tiada teori fizik yang boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan kiamat akan berlaku pada tahun ini seperti yang didakwa sesetengah pihak." ni, seolah-olah menunjukkan kita bertuhankan sains!

di mana silap kita?
"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahu pun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.
Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat."


aah, kita percaya kiamat akan terjadi -beriman kepada hari kiamat.OK
tapi terpulang kepada teori yang kita ada?tiada tanda-tanda kiamat akan berlaku tahun ini? -beriman kepada sains?KO


pokoknya, asahlah aqidah kita, pupuklah diri ke arah Individu Muslim, kembalikan biah soleh di sekitar kita.

aku adalah orang pertama yang bencikan ramalan 2012.
dan aku juga orang pertama yang bencikan pembuktian kiamat tidak akan berlaku tahun 2012 walau dengan apa hujjah sekalipun.

semoga Allah menyelamatkan aqidah kita sehingga kita bertemu denganNya.

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat;.."(31:34)

WA

21 December 2011

Pokok Non-muslim Jepang vs Pokok Muslim

Pokok Non-muslim Jepang

Pokok Muslim

eksplenasi (tekan di atas gambar untuk besarkan)

"Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.." (3:19)

WA

Mana kita punya?

Aku ada seorang anak perempuan. Namanya Khaulah.
Berusia 1tahun 8bln 2minggu. Dia suka makan keropok.
Eh eh, jap. Aku ADA?
Aku punya ke? Bukan.
Eh, tapi aku anak ini lahir dari perut seorang perempuan yang bergelar isteri aku? Jadi aku punya la kan?

Mimi suka makan Friskies.
Walaupun Friskies agak mahal, aku bagi Mimi makan Friskies sejak dia berusia remaja.
Aah, Mimi kucing jantan pendatang ke rumah aku sejak berusia remaja, yang suka dengan pergaduhan.
Tapi selalu tewas dan calar balar. Jadi aku namakan si jantan ini dengan nama Mimi.hehe
Eh eh, jap. Kucing AKU?
Aku punya kan? Kenapa bukan?
Eh, tapi aku yang bagi dia makan dari usia remaja. Mimi dah lari dari keluarganya dan dia lebih manja dengan aku dan Friskies kesukaannya!
Friskies pun dibeli dengan duit aku? Jadi aku punya la kan?

Akhirnya dapat jugak aku masuk rumah ni!
Lama betul urusan jual/beli. Sign bank sini, sign lawyer sana.
Follow up sana sini. Penat! Makan berbulan-bulan!
Tapi Alhamdulillah akhirnya rumah ini benar-benar menjadi milik aku dan keluarga.
Eh eh, jap. Rumah AKU?
Iye la aku punya? Kan? Kan?
Eh, tapi aku yang bayar bulanan dengan hasil titik peluh aku sendiri! Walaupon duit deposit aku kongsi bersama isteri, tapi isteri aku redho dan benar-benar izinkan aku menulis geran rumah ini dengan nama aku! Tambahan pula aku yang follow up semua urusan pindah milik. Leceh tau! Jangan main-main. Jadi aku punya la kan?


Memang la semua benda atas malah di bawah bumi ni semua yang kita usahakan. Tapi belum tentu kita punya bro!
So camne kita nak pastikan barang atau hasil usaha kita tu betul-betul kita yang punya?
PEMILIKAN MUTLAK.

Kita hanya boleh mengaku sesuatu tu milik kita, jika kita memilikinya secara mutlak.
Faham tak?
Mutlak tu maksudnya kita yang menentukan segala apa perubahan atau nasib atau apa saja berkaitan dengan barang tersebut.

Sebagai contoh, kalau bola tu kita punya, kita la yang kawal kembang kempisnya bola tu, kita la yang mengawal segala pergerakan bola tu.
Kalau orang lain sepak pun kita boleh kawal kelajuan bola tu!
Langsung tak tertakluk dengan graviti mahupun hukum alam. Segalanya yang melibatkan bola tu semuanya tertakluk di bawah kuasa kita secara mutlak!
Ada ke bola macam ni?
Eh, bukan bukan bukan. Ada ke kita berkuasa untuk ‘memiliki’?

Kita hanya diamanahkan untuk menjaganya.
Mana ada kita punya. Sedangkan denyutan jantung kita sendiri kita tak boleh nak kawal!


Jadi jalankanlah amanah mengikut kehendak tuan barang tersebut kan?
Jangan bajet barang itu kita punya sebab kita yang usahakan. Tak tahu malu namanya.
Kalau ada anak, besarkanlah dengan didikan agama Allah.
Kalau ada binatang belaan, peliharalah hak-haknya sejajar dengan lumrah yang diberikan Allah.
Kalau ada rumah, selenggaralah dengan unsur-unsur agama Allah.

"..Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."(2:156)

WA

12 December 2011

YOSH!


人間って一人ぼっち
何をやっても自分のため
自分を笑わせたり
自分を楽しませたり
自分のかけらを完成したりするもの

違う?
わいわい笑っているのはなぜ?
笑わせるのはなぜ?
仕事するのはなぜ?
食事させるのはなぜ?
人間って我がまま

貧しく生きたい?いいえ。
悲しく生きたい?いやぁー
他の者のために生きたい?
奴隷と違わない?
絶対いやっ!
だよね?

だから、
自分を笑わせばいい!
自分を楽しめばいい!
自分を一人でお金持ちになればいい!

また違う?
この世を平和に楽しみに生きたいよね?
みんなで平和に生きていけばいいでしょう?
相手のためにやるというのはどんなもの?
自分の心を楽しませるだけって違いますか?

我がまま


神様で生きていないと
人間は一人ぼっち
人間は我がまま
人間は一人で死ぬ
ざまみろ。


私はあなたと違います。
私は他の者の奴隷なんかでなくてよかったです。
私は自由なものです。
私はこのユニバースの一番最高なクリエーターの使用者である。
私は他の者のためにせず、
アッラー神様にだけやることをすべて与えて毎日とてつもなく感謝します。
私は一人ではなく、
他のイスラム教徒の親戚はこの世の始まりから、ずっとずっとまでいつでもいます。
だから私はイスラム教徒でアッラーに感謝します。


YOSH!

08 December 2011

hidup dari mamapapa?


“命は親から頂いた大切なもの。
もう一度静かに両親や兄弟、
子供のことを考えてみましょう。
一人で悩まずまず相談してください。”

“nyawa kita adalah sesuatu yang amat penting diberikan oleh ibu dan ayah.
Fikirkanlah ibuayah, adik beradik dan anak-anak anda dengan tenang.
Jangan menghadapi masalah seorang diri, berbincanglah.”

Ini yang ditulis di papan tanda di Hutan Aokigahara, Yamanashi-ken, Fuji Kawaguchiko-machi.
Hutan ini terkenal dengan ramainya pembunuh diri di dalamnya, disebabkan ketebalan hutan tersebut.
Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Aokigahara

Tapi bukan ini yang menjadi isu pada dalam post ini, tetapi apa yang dituliskan di papan tandanya.

Macam tu la tulisan golongan yang tak percaya kat Pencipta.
Mereka takde Tuhan(baca : Ilah), mereka takde tempat bergantung yang Almighty.
Mereka kesunyian, mereka kematian jiwa.
Hidup mereka hanya untuk ibubapa, adik beradik dan anak..+material..

Macam mana kalau semua itu mereka tidak dapat?
Hubungan dengan ibubapa tak kacip, adik beradik tak rapat, anak tak ada?
Material mungkin ada tapi sedang-sedang aja..so?

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”(18:46)

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”(18:7)

Yahaha, perhiasan dan ujian.

Apa gunanya pasu bunga yang kita letakkan di atas meja stadi kita?
Tiada guna, sekadar mencantikkan mata memandang.kalau takde pun takpe.

Apa gunanya frem lukisan pemandangan air terjun niagara di dinding mengadap bilik TV tu?
Tiada guna, sekadar mencantikkan mata memandang.kalau takde pun takpe.

Apa gunanya pekser PMR?
Untuk melayakkan kita masuk sekolah bagus-bagus pada tahun depan.

Apa gunanya pekser SPM?
Untuk mengesahkan kita terpelajar dengan kos yang kita ambil, supaya kita boleh pergi lebih jauh untuk mendaki menara gading.

Apa gunanya shou-testo tiap-tiap minggu?
Supaya sensei tahu yang kita ni faham atau buat-buat faham.jadi mereka boleh ikut atas(baca:follow up) yang bersesuaian dengan kefahaman kita.

Begitu juga ujian Allah.

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”(18:7)

WA

pesta air

Salaamun ‘alaikum.

Mereka excited untuk ke pesta air esok hari.
Pesta ini dianjurkan oleh satu kampeni yang majority bukan muslim tapi juga disertai oleh muslim.
Keterujaan menceritakan pukul berapa nak pergi, baju apa nak pakai dan sebagainya oleh geng muslim.


Alhamdulillah aku ada urusan lain tak dapat hadir ke pesta yang seolah-olah diwajibkan.
Geng muslim..
“…wa’fuanna, waghfirlana, warhamna, anta maulana fanshurna ‘ala lkaumi lkaafiriin.”

WA

07 December 2011

Qowiyul Jism

KEKUATAN?banyak!
dari kekuatan pemikiran Angel Pakai Gucci, kekuatan massa, kekuatan kuasa, hinggalah ke kekuatan ketenteraan.

Orang Islam pun digalakkan memiliki tubuh badan yang kuat dan hebat.
mukmin yang kuat itu kan lebih disukai Allah?


Islam perlukan kekuatan.dari macam-macam sudut.juga dari sudut fisikal.
tapi bagaimana kita dididik untuk menghasilkan kekuatan fizikal ini?

kalau kita tanya rata-rata orang kat Malaysia ni "siapa paling kuat?", agak-agak siapa yang akan kita tuding dulu?
Diri sendiri yang terasa gagah?hoh0
Seorang ahli bomba?
Sekumpulan askar?
Anggota polisi?
athelit?
Badang?heh..

ya, tak dinafikan golongan pekerja mahupun sukarelawan yang melibatkan fisikal pastilah akan dilatih dengan kekuatan fisikal.
Lalu secara minda luar sedar kita akan menuding mereka jika ditanya siapakah yang gagah dikalangan enda.

Bagaimana latihan askari?


Pastilah kita terbayang tak tidur malam, rendam dalam kolam pukul 3pagi, makan kulit kayu dalam hutan, conteng-conteng muka, tengking suruh beratur sambil hentak kaki, panjat sana sini, pakai but berat, push up satu jari, rambut flat top, tak suka warna pink dan lain-lain lagi.
Jika dapat disimpulkan dengan satu perkataan, kekerasan.
Dilatih dengan kekerasan, dibiasakan dengan kekerasan akan mewujudkan satu bentuk fisikal yang tiada tolok bandingan.

Tapi berapa banyak masalah kemurungan dikalangan tentera yang kita dengar?
Berapa banyak masalah sosial dikalangan mereka?

Tidak salah untuk melatih dengan kekerasan fisikal.
Tapi mungkin ada sedikit masalah dengan kekasaran.

Sebenarnya kekuatan fisikal haruslah selari dengan 2lagi kekuatan asas manusia yang lain.
Kekuatan rohani.
Dan kekuatan ‘akli.

‘akli, rohani dan fisikal, 3komponen yang tak harus dipisahkan. Tumbesaran mereka harus selari.
Yang paling utama pastilah konsep kerohanian tu, aqidah pertama-tamanya perlu kukuh dalam diri baru kita membentuk yang lain.
Barulah –insyaAllah- tumbesaran selepas itu akan berpaksikan niat semata-mata karena Allah dan bertujuankan Allah semata!

“Muhammad Rasul Allah! Dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (48:29)

Kekasih kita Rasulullah tidak pernah sesekali mendidik para sahabat dengan kekerasan. Tapi sahabat semua hebat dari kefisikalannya?
Syariat Allah tak pernah mendidik dengan kekasaran, paksaan. Tapi peperangan rilek jek nabi-nabi dapat atasi?

Jadi di mana Islam mengajar latihan fisikal itu mesti dengan kekerasan?
Di mana Islam contohkan didikan ketahanan itu mesti melalui kekasaran?

“orang kafir berlatih dengan kekerasan, kalau kita tak berlatih macam diorang, macam mana nak menang?”
“tapi kita(umat islam) kene jugak didedahkan dengan lasak sikit-sikit, baru biasa nanti dalam suasana peperangan!”

Jangan banyak tanya..
Nabi tak himpap Bilal Rabah atas batu sambil berkata ”berlatih dulu bilal, nanti orang kapiq himpap hang, hang rilek ja..”
Allah tak pernah suruh Ja’far Abi Thalib cakar-cakar tangan dia so that nanti kene potong tangan tak rasa sakit sangat. Dah biasa kan lalala?
Nabi tak main cucuh-cuch api kat Khabbab al-Aratt sebab nak berlatih rasa kepanasan.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”(65:2-3)

Berakidahlah!
Pasti ada jalan!janji!