Pages

Daisypath Anniversary tickers

18 December 2010

[khutbah jumaat]Masjid Kampung Tunku, 17Dec/2010

-hari ini 11Muharram1432.

-bulan Muharram adalah bulan di dalamnya Allah jadikan langit dan bumi dan antara bulan-bulan suci(haram)
"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram...."(atTaubah,9:36)

-semasa di Madinah, dialog Yahudi dan Nabi SAW
yahudi:Nabi Musa berpuasa pada 10Muharram kerana diselamatkan oelh Allah dari firaun(peristiwa Laut Merah).
Nabi SAW:kami(aku sebagai nabi) adalah lebih berhak dari kamu -kalau Musa masih hidup dia akan ikut aku dan syariatku.

-9,10,11hb Muharram; puasa supaya lain dari yahudi -digalakkan berpuasa, bagi makan fakir miskin(asal usul bubur asyura)

-golongan bidaah: Asyuura=bidaah.

-Shiah; sambut Asyura dengan perarakan, seksa diri, sebat badan sendiri sehingga ada yang mati.kononnya meratapi kematian Husin bin Ali(dibunuh -syahid- oleh tentera Zaid)
"Bukan dari golongan kami orang yang menyambut Asyuura XXXX OOOO XXXX OOOO"(HR Bukhari)

-Hari Asyuura; 7langit&bumi dijadikan, Adam diciptakan, Lauh Mahfuz diciptakan, Nabi Ibrahim lahir, Ismail dikorbankan, Firaun tenggelam, Nabi Isa as lahir, saidina Husin dibunuh, hari kiamat(????!)

03 December 2010

Luahan seorang aku(その2)

Salam,

sambutan Awal Muharam
no.1, maaf kalau aku kurang ilmu tentang penyambutan hari Maal Hijrah dari sudut sirah.
post ini bukan nak menunjukkan rasa tak suka jauh sekali mengkeji sambutan pada hari Satu Muharam.

pada hari ini (atas beberapa pendapat) bermula lah kalendar umat Islam yang mengikut peredaran bulan.
dan pada hari ini juga (atas beberapa pendapat juga, lainnya kata pada 2rabi'ul awwal) adalah hari yang besar bagi umat Islam kerana Nabi Muhammad SAW melakukan hijrah besar-besaran bersama para mukmin dari bumi Mekah ke MadinatulMunawwarah.
dan pada titik ini, berlaku perubahan yang amat hebat dalam sejarah apabila Daulah Islamiyah mula terbentuk dengan rahmat Allah 'Azzawajalla.alhamdulillah.

tapi bukan sirah atau kronologi yang ingin aku suarakan di sini kerana memang maklumnya diri aku ini amatlah lemah dalam subjek sejarah.
sebaliknya aku ingin menyuarakan tentang penyambutannya.
sekadar hiasan
'sunnah atau bidaah?' aku taknak bincangkan.
yang penting seperti semua kita sedia maklum, eid(perayaan/sambutan/hari mulia) untuk orang Islam ini ada TIGA(3) SAHAJA; hari Jumaat(mingguan), Eidul Fitr dan Eidul Adha(tahunan).

kononnya memang baik sebab ada ceramah sana sini mengingatkan kita kepada hijrah Muhammad SAW.dan ada macam-macam program 'keagamaan'(dalam sistem sekular negara SatuMalayMuslim) yang boleh memberi banyak manfaat kepada pendengar atau peserta.

tetapi pokok persoalannya adalah;
1.siapa yang mulakan sambutan 'tahun baru'?Muslim?Kristian?Buddha?anda??
1.anda inginkan kemajuan insaniah atau memajukan ummah(khasnya umat Islam) hasil usaha yang bukan dari contoh Muhammad SAW?
1.mengapa tarbiyah anda bermusim??nak tunggu sambutan baru nak menuntut ilmu?baru nak berubah?bila pula musim penyampaian(dakwah/amar ma'ruf nahi mungkar) ilmu daripada anda??
1.mengapa pengamalan anda bermusim??mengapa usaha anda untuk mendapatkan syurga Allah itu, hanya bermusim??
(sengaja semuanya ditulis sebagai no.1, kerana semuanya aku anggap penting!)
sekadar hiasan
istiqamahlah, kerana Allah kan suka istiqamah kita dalam mengingatiNya.
lakukanlah muhasabah setiap hari, setiap malam.
ciptalah azam baru setiap hari untuk memajukan diri dalam mengejar Allah, kerana mati itu sifatnya tiba-tiba.bukan sejurus selepas awal Muharam.
menuntut ilmu(ceramah,pengetahuan tentang sirah) dan menyampaikan itu kewajiban tiap-tiap hari.bukannya menjelang hari perayaan yang direka-reka.

apa pun, saya harap/doakan yang usaha kita pada titik ini akan dikekalkan untuk dilakukan setiap hari, dan bukan bermusim.

apa kata kita berbalik kepada Quran dan Sunnah?apa kata kita baca doa-doa yang diajar nabi SAW pada setiap hari pagi dan petang,bukan sekadar awal dan akhir tahun!tetapi doa kita dipanjatkan pada setiap awal dan akhir hari!

wallahua'lam.

02 December 2010

khutbah jumaat

salam,
insyaAllah mulai hari ini, aku nk share apa yang aku dapat semasa khutbah jumaat.
jikalau ada kesilapan, tolong betulkan.
jikalau ada isi tertinggal di awal, di pertengahan mahupun di akhiran, tolong tambahkan atau abaikan saja.itu mungkin kerana saya tersampai lewat, tertidur, mahupun terk*ntut.

※ ※ ※ ※

[khutbah jumaat]Masjid Kampung Tunku, 03/Dec/2010

-kepentingan tentang pembinaan masyarakat mithali.

-perlu berubah, bermula dari diri."Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."(arRa'd,13:11)

-langkah-langkah untuk membina masyarakat mithali;

3.memperkasa tarbiyah untuk anak-anak mengikut Islam.kala ni ramai ibu bapa lalai, tidak peduli tentang ini.
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."(Ibrahim,14:40)


4.mendirikan dan memelihara solat.
dari Abu Hurairah, (lebih kurang)"amalan pertama yang dihisab adalah solat.kalau baik, maka termasuk dalam golongan yang menang dan berjaya...."


5.menjana perpaduan berdasarkan taqwa.
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."(Ali Imran,3:103)


6.menegakkan hukum-hukum Allah.zaman kini, tak patuh -terjadi gejala sosial, buang anak dan lain-lain.
"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik."(alMaidah,5:49)


-pokoknya, tegakkan Islam dalam rumah tangga, dalam kehidupan seharian.
"(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami, bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri."(anNahl,18:89)

WA