sambutan Awal Muharam
no.1, maaf kalau aku kurang ilmu tentang penyambutan hari Maal Hijrah dari sudut sirah.
post ini bukan nak menunjukkan rasa tak suka jauh sekali mengkeji sambutan pada hari Satu Muharam.
pada hari ini (atas beberapa pendapat) bermula lah kalendar umat Islam yang mengikut peredaran bulan.
dan pada hari ini juga (atas beberapa pendapat juga, lainnya kata pada 2rabi'ul awwal) adalah hari yang besar bagi umat Islam kerana Nabi Muhammad SAW melakukan hijrah besar-besaran bersama para mukmin dari bumi Mekah ke MadinatulMunawwarah.
dan pada titik ini, berlaku perubahan yang amat hebat dalam sejarah apabila Daulah Islamiyah mula terbentuk dengan rahmat Allah 'Azzawajalla.alhamdulillah.
tapi bukan sirah atau kronologi yang ingin aku suarakan di sini kerana memang maklumnya diri aku ini amatlah lemah dalam subjek sejarah.
sebaliknya aku ingin menyuarakan tentang penyambutannya.
sekadar hiasan
'sunnah atau bidaah?' aku taknak bincangkan.yang penting seperti semua kita sedia maklum, eid(perayaan/sambutan/hari mulia) untuk orang Islam ini ada TIGA(3) SAHAJA; hari Jumaat(mingguan), Eidul Fitr dan Eidul Adha(tahunan).
kononnya memang baik sebab ada ceramah sana sini mengingatkan kita kepada hijrah Muhammad SAW.dan ada macam-macam program 'keagamaan'(dalam sistem sekular negara SatuMalayMuslim) yang boleh memberi banyak manfaat kepada pendengar atau peserta.
tetapi pokok persoalannya adalah;
1.siapa yang mulakan sambutan 'tahun baru'?Muslim?Kristian?Buddha?anda??
1.anda inginkan kemajuan insaniah atau memajukan ummah(khasnya umat Islam) hasil usaha yang bukan dari contoh Muhammad SAW?
1.mengapa tarbiyah anda bermusim??nak tunggu sambutan baru nak menuntut ilmu?baru nak berubah?bila pula musim penyampaian(dakwah/amar ma'ruf nahi mungkar) ilmu daripada anda??
1.mengapa pengamalan anda bermusim??mengapa usaha anda untuk mendapatkan syurga Allah itu, hanya bermusim??
(sengaja semuanya ditulis sebagai no.1, kerana semuanya aku anggap penting!)
sekadar hiasan
istiqamahlah, kerana Allah kan suka istiqamah kita dalam mengingatiNya.lakukanlah muhasabah setiap hari, setiap malam.
ciptalah azam baru setiap hari untuk memajukan diri dalam mengejar Allah, kerana mati itu sifatnya tiba-tiba.bukan sejurus selepas awal Muharam.
menuntut ilmu(ceramah,pengetahuan tentang sirah) dan menyampaikan itu kewajiban tiap-tiap hari.bukannya menjelang hari perayaan yang direka-reka.
apa pun, saya harap/doakan yang usaha kita pada titik ini akan dikekalkan untuk dilakukan setiap hari, dan bukan bermusim.
apa kata kita berbalik kepada Quran dan Sunnah?apa kata kita baca doa-doa yang diajar nabi SAW pada setiap hari pagi dan petang,bukan sekadar awal dan akhir tahun!tetapi doa kita dipanjatkan pada setiap awal dan akhir hari!
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment