Pages

Daisypath Anniversary tickers

08 March 2012

polis sepak remaja dari kaca mata Islam??

terbaca kisah "polis sepak remaja" di forum.
sumber sebenarnya tak pasti, kesahihannya lebih2 lagi tak dapat dipastikan.

walau bagaimana pun, jika ianya salah dan fitnah, maka banyak pihak boleh dituduh dan dilibatkan dengan pelbagai alasan boleh diberikan.
jika ianya benar, maka aku pun menulis.hehe..

lepas baca petikan ni, baca pula komennya.
sekilas pandang, ramai pembaca yang kata "padan muka.siapa suruh tak pakai helmet." "kalau polis cedera takde siapa kisah kan?padan muka." "dua2 salah.dua2 padan muka."

inilah mentaliti Malaysians, tak, aku lagi suka cakap mentaliti MELAYU sebab forum yang aku baca tu majoriti bangsa Melayu.OK.maaf kalau terlalu ketara bunyi kebangsaannya(baca: racist).

pada aku, aku try nk pandang dari kaca mata Islam.
tapi kes ini seolah-olah tak layak dipandang oleh kaca mata Islam yang sangat2 suci.membazir photon2 cahaya sahaja dan sungguh membuang minyak petrol generator.

tidakkah kita tahu cerita seorang khadam yang tertumpahkan air ke atas khalifah yang osem dan sangat2 kewl, Umar Abdul Aziz?
khadam itu diberi maaf dan dibebaskan yo?
tak pulak disepak terajang yo?
ni kisah seorang raja, khalifah, pemerintah.bukan sekadar penguasa yang diberi tugasan biasa-biasa je..OK?

hurm..saya juga sedang membazir masa mengaitkan kes sampah ini dengan pengalaman2 penguasa2 Islam yang sungguh agong, hebat murni dan tinggi akhlak.

takziah kepada mangsa dan keluarga.semoga Allah menggantikan dugaan dan kesabaran anda dengan hidayahNya yang sungguh hebat dan mahal.

WA

05 March 2012

Jaga tepi kain awak!

Orang2 melayu selalu suka2 sangat nak jaga tepi kain orang lain.
Nanti orang melayu yang dijaga tepi kainnya tu cakap ”jaga la tepi kain kau sendiri!benci!”

Tepi kain tu refer kepada isu diri la agaknya ye. Benci juga kan kalau hal peribadi kita ni dijaga orang lain.nyibuk aja!

Tapi zaman2 Islam nak naik ni, ada orang cakap ”kalau Islam mestilah kene jaga tepi kain orang!itulah dakwah dalam Islam!”
Iye ke?

Islam tu dok sibuk jaga tepi kain orang eh?


Pada pandangan saya, ’menjaga tepi kain’ dalam frasa melayu adalah bermaksud menyibukkan diri atau dalam kata jahatnya mengumpat atau mencari kesalahan dan memblame dengan penuh tidak berhekmah sehingga menyebabkan yang ditegur terasa seperti diintip dan ditemplak selepas melakukan kesalahan.

Jadi adakah Islam sibuk menjaga tepi kain orang? Pada saya, TIDAK. Mengajak orang kepada Islam tidak pernah bermaksud men’jaga’ tepi kain orang lain. Sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang murni dan aman.

Awak tak mahu puasa? Buang karen saya aja nak main kejar2 dengan awak, lepas tu buang petrol untuk mengangkut awak2 ni untuk membazirkan rumput2 saya yang sepatutnya milik encik lembu dan tuan kambing. Mereka lebih berhak memakan makanan mereka. Bukan anda2 yang ponteng puasa!OK?

Anda mahu beromen2 bermaksiat? Buang adrenalin saya jek nak berdebar2 mengintai awak dan kekasih lautan api awak tu. Lepas tu kene main sorok2 pulak. Kene panjat2 loteng pulak. Penat tau! Baik kita baca yasiin dan doa tahlil, aman satu kawasan perkuburan taman perumahan saya!OK?

Jadi di mana dakwah? Takyah dakwah la camtu eh?

Allah berfirman, maksudnya ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (Lebah: 125)

Bukan takyah dakwah. Sampaikan, ajak2kan kepada Islam itu wajib. Tapi bagaimana itu persoalan yang sangat2 perlu diambil kira.
Nah Allah ajarkan dalam Bab Lebah.
Kita bergerak dalam kapasiti kita barulah lebih efektif kan?

Sedangkan tuan fir’aun yang sangat2 over dalam kesyirikan kepada Allah pon Allah suruh nabi2 dia ajak tuan fir’aun secara lemah lembut.rujuk Thaha:43-44
Betapa Allah sayangkan hambaNya, dan betapa Allah mengambil kira sunnatullah tu..kan?
Walaupon Allah dah for sure tahu adakah tuan fir’aun akan dengar cakap nabiNya ke tak..kan?

Jadi apa peranan kita dalam bab2 mengajak dan mendidik kawan2 kita disekeliling kita?
Apa pun jawapan bernas anda, mestilah ia dilakukan dengan penuh kehebatan dan kebijaksanaan ye! Bukan sekadar mengumpat dan tamat di situ saja.
Pastikan orang yang anda nasihati/sentuhi itu tidak terluka, tidak merasakan kejumudan Islam sebaliknya merasakan betapa Islam itu best, nyaman dan aman.

Bukannya kita disuruh mengendap orang beromen, menyorok2 cari orang yang makan secara sorok2.
Kalau kawan tu dah sorok2 buat kekejian, then it’s between them and Allah. takde kat mana2 kitab suruh kita mengendap orang yang sangat2 disyaki kerana lirik mukanya yang sangat2 mencurigakan dan mendatangkan fitnah.
Sebaliknya Allah suruh kita bersangka baik dan melarang sangka buruk deh!rujuk Bab Bilik-bilik ayat 12.

Bukan ke kita hanya mendatangkan aib kepada si pelaku yang dah sedaya upaya menyorok tu?
Di titik inilah Islam hanya dipandang sebagai menjaga tepi kain orang!
Keadaan paling tidak diingini adalah jika Islam itu dipandang hanya mengendap2 mencari kesalahan orang dan membikin akta2 atau undang2 untuk menyelamatkan ’umat islam yang lemah’. Bukan mendidik dan membentuk atau menyebar dan memperkasa.


Menegur mengajak bukan pada tempatnya hanya mendatangkan keburukan. Bukan kebaikan. Kepada dia, kepada kita dan yang paling teruk adalah kepada Islam tu sendiri.
Berfikir sebelum bertindak.
Merancang sebelum bergerak.
Ingat, kebenaran yang tidak dirancang akan dipetik-jari-kan oleh kejahatan yang terancang.

Ya, Islam bukan sekadar menjaga, tapi membersihkan kain orang lain dengan cara yang paling berkesan dan hebat sekali!;-)