assalammualaikum saudara saudari yang dikasihi Allah sekalian...
semenjak amanah Allah ini ditakdirkan bersama kami, aku terasa seperti suatu kehilangan...hati kurang tenteram..entah kenapa...banyak sangat anasir jahat yang mengganggu diri di kala diri ini tidak dapat ber'sama' 5 kali sehari bersama si Dia...hati ku cuba untuk mengingati Tuhan yang tiada yang lainnya..namun ada kalanya diri ini kalah...aku hanya seorang insan lemah..
"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu tenang tenteramlah hati manusia" [Ar-Ra'd:28]
KESAKITANKU...
dia bukan aku yang punya...aku lupa..ampuni aku Ya Allah...aku lupa dia hanya amanah sementara di Bumi sementara..yang penuh dengan mimpi-mimpi indah...setiap tangisan di malam hari..setiap titis susu yang keluar..semua dengan izinMu Ya Allah...ingatkanku sekiranya kealpaan, nafsu mengusai diri ini Ya Rabbi..
papa juga pening melayan karenah isterinya...terima kasih papa...semoga jasa dan pengorbananmu di balas Allah dengan sebaik-baik balasan..mama berharap supaya Allah izinkan diri ini cepat sembuh dan tanggungawab keluarga ini dapat dipikul bersama...maafkan mama sekiranya terlihatnya kesan calaran dalam institusi bergelar rumahtangga ini..mama masih belajar menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu...
aku sakit...hati....tuan doktor!ubat!
AKU PERLUKAN UBAT?!
siapa sangka sakit di hati lebih teruk akibatnya dari sakit fizikal....dan sudah tentunya sakit hati ini memerlukan ubat secepat mungkin kerana jangkitan pertama mampu merebak lebih cepat dari kanser mahupun H1N1..bukan itu sahaja...pesakit juga mampu mendapat bakaran api yang tiada tandingannya kelak...
sungguh rugi rasanya mereka yang mengabaikan solat masa hidupnya...kerana..padaku solat adalah ubat yang tiada duanya...namun...apakan daya...aku masih belum mampu...
aku perlukan ubat alternatif!Quran!ubat paling mujarab no:2...namun terdapat lagi perbalahan pendapat tentang boleh atau tidak Al-Quran dibaca dalam keadaan hadas besar....oleh itu...aku perlu mentadabbur surah2 tanpa membaca bacaan arabnya...YA..aku perlu mencari slot dalam dunia seorang ibu baru bagi mentadabbur Al-Quran...baca di kala menyusu di waktu malam..(mungkin)..baca sewaktu baby sedang asyik dilayan mimpi..(berapa banyak?)...mungkin buat masa ini...aku terpaksa me'limit'kan kepada sekurang-kurangnya 2 page...biar istiqamah..jangan target besar namun hangat-hangat tahi ayam saja..(banyak kali dah terjadi..hehe)..
supplement juga penting!buat diriku yang sakit...akan ku cuba supaya ubat ma'thurat tetap diamalkan...pagi dan petang tak kira apa yang melanda...sibuk bukan alasan!itu syaitan!
Ya Allah...tetapkan lah hati hambaMu di jalanMu sehingga ke nafas terakhir sebelum izrail mencabut nyawa ini yang berada dalam genggamanMu...
No comments:
Post a Comment