Pages

Daisypath Anniversary tickers

19 April 2010

detik-detik kelahiran Khaulah



Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan".
Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.
Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
[Maryam,19:23-25]


31March2010,15Rabi'al-Akhir1431,Wednesday
aku mula gelisah entah kenapa..
kepala mula pening, deria rasa hilang, mood sangat tak baik..


05April2010,20Rabi'al-Akhir1431,Monday
pergi ke tempat kerja, pening masih terasa, deria rasa juga masih tiada, mula rasa tak sedap badan..
berhajat nak MC, tapi masih utamakan kerja yang belum siap..
akhirnya kerja sampai petang..


06April2010,21Rabi'al-Akhir1431,Tuesday
tak larat nak bangun, tiada deria rasa akibat selsema teruk dari minggu lepas.
demam menjelma, terbaring tak larat nak bangun, MC..


07April2010,22Rabi'al-Akhir1431,Wednesday
masih tak larat..
tapi alhamdulillah, menjelang zohor badan mula rasa semakin baik..
kami ke Jusco berdekatan untuk mencari hadiah pengantin-pengantin baru yang belum terlangsai..

1715, mama mula rasa kontraksi konsisten..
aku mula mengira waktu sela masa kontraksi..
setiap 15minit..betul la ni, dugaanku dalam hati.
"malam ni kita pergi hospital ye."kataku kepada mama..

1800, kami ke pasar malam, mama nak cari tudung untuk pakai masa deliver nanti.
cari yang senang sarung je.
mama berkeras nak banyakkan jalan.
sela kontraksi sekejap 10minit, sekejap 15minit, ada yang 20minit tapi konsisten..

malam menjelang, kontraksi masih tidak berapa sakit.
"nanti la dulu.takut takde apa-apa, nanti disuruh balik.."

"OK."


08April2010,23Rabi'al-Akhir1431,Thursday
0200, mama terbangun akibat kontraksi hebat..
mama mula mengemas barang ke hospital.
aku tidur krohkrohkroohhhh semakin tak lena tidur..

0400, mama ajak pergi hospital..
aku redho.."Jom.."

0430, mama masuk ke bilik menunggu untuk ke labour room, sudah terbuka 4cm, alhamdulillah, kontraksi masih lemah, mama masih boleh berjalan, tersenyum manja..

0555, mungkin subuh terakhir aku sebagai bukan-bapa..solat di kaki lima, tak berani nak tinggal mama jauh2..mama solat di wad menunggu..

sekitar 8pagi, mama berjaya menyeludup keluar sambil bermesra2 dengan aku, makan, banyakkan jalan..

1030, ketuban mama pecah, disertai dengan darah..
mama kene menunggu di wad menunggu sebab da basah teruk.
kontraksi masih tidak berapa sakit..

1200, "suami Bazilah!!"
mama da masuk ke labour room..
jumpa mama terbaring atas katil, kontraksi ringan membolehkan mama masih tersenyum riang menanti ahli baru..

1400, kontraksi mula kuat..habis tangan aku kena cakar..
aku terdiam, tak pernah melihat isteri kesakitan macam ni..
pintu baby masih dalam 4-5cm..

1530, kontraksi makin hebat, tangan aku bukan lagi tempat cakaran mama..
kesakitan dialami mama tidak dapat dinukilkan dengan cakaran lagi..
pintu baby dalam 6-7cm..

1630, aku tak dapat nak rekod apa-apa lagi da..
solat zohor, asar di tepi katil mama, dalam labour room..
kesan cakaran mula hilang..

1655, pintu da buka 9-10cm, mama disuruh meneran ketika kontraksi datang..

1700, peristiwa push-push terjadi antara mama dan beberapa orang nurse.

1710, masih belum berjaya..

1715, nurse menerangkan kepada aku, selepas agenda push-push bermula, pesakit ada setengah jam untuk mengeluarkan bayi, kalau tak bayi mungkin kelemasan..
mama ada dalam 5minit je lagi.
jantung baby mula lemah.
mama pun macam lemah.
macam-macam terbayang difikiranku.tapi aku tau untuk mendesak mama adalah antara option yang terbodoh untuk aku lakukan ketika itu..
aku kata kat mama.."takpe mama, last try..all out jom!"
aku pasrah, redho.
dalam hati, "demi Allah, aku redho apa yang akan kau berikan pada aku beberapa minit akan datang."

1721, alhamdulillah..khaulah, diizinkan Allah untuk melihat dunia.
denyutan jantung agak lemah, tapi berjaya disedut oleh vacuum daripada terus lemas.
alhamdulillah..
2.93kg, babygirl..

detik-detik cemas dah berakhir.mama OK, khaulah pun OK..
cukuplah untuk aku pada waktu itu..

pengalaman 24jam tidak tidur dengan hanya makan kurma dan beberapa biskut membuatkan aku sedar betapa hebatnya nikmat Allah..
ini belum syurga lagi..ini baru kurniaan anak di dunia..
subhanallah..alhamdulillah..

thank you Allah..

2 comments:

pye:rudz said...

memang champion.
nota lain: kau tak rasa sakit ati ke bila ada orang suka-suka buang anak tepi jalan?

anw4r said...

memang!
BODOH memang perkataan yang TIDAK sesuai untuk golongan macam tu kerana sifat mereka lebih rendah dari keBODOHan!