Pages

Daisypath Anniversary tickers

13 September 2010

ada apa dengan Eid ul-Fitr?

sebelum eid..
diawalnya..
aku lihat umat ini berbondong2 ke tempat sujud, menghidupkan Ramadhan kata mereka..
aku lihat umat ini sibuk menjadi peniaga.kononnya bulan ini bulan 'makan'.jadi amat beruntung kalau meniaga!
aku lihat umat ini menyediakan juadah berbuka banyak melampau2.
aku lihat umat ini tidak lagi menjadikan sunnah bangun sahur sebagai ikutan, sebaliknya 'sahur awal' atau pada aku mereka supper, bukan bersahur.
aku lihat umat ini berpuasa di siang hari tetapi makan berkati2 di malam hari.
aku lihat umat ini berjemaah subuh di surau dan masjid, jarang berlaku kalau di luar bulan ini.
aku lihat umat ini berkejaran membeli kain, menempah baju sempena eid nanti.
aku lihat quran di musolla-musolla, di masjid-masjid hampir semua digunakan khasnya pada malam selepas terawikh, bertadarus mengejar khatam kata mereka.
aku lihat sunnah nabi SAW diabaikan dalam solat sunat 'panjang' di malam hari.
diakhirnya..
aku lihat surau-surau, masjid-masjid semakin kurang jemaahnya berbanding awal bulan ini.
aku lihat suasana di tempat membeli belah semakin sibuk.
aku lihat umat ini sudah bersedia dengan mercun di tangan menjelang malam.
aku lihat umat ini sibuk berbicara tentang persiapan untuk malam raya.
aku lihat gerai-gerai lemang semakin bertebaran.
aku lihat tiket-tiket bas, keretapi, kapal terbang fully booked.
aku lihat peniaga mengadakan sale untuk menghabiskan stock masing-masing untuk keluar dari bulan mulia ini.
aku lihat umat ini ada yang sibuk mengejar Lailatul Qadr, alhamdulillah.
aku lihat umat ini melepak di malam-malam akhir Ramadhan.
Hari Eid ul-Fitr,
aku lihat umat ini gembira dengan pemergian Ramadhan.
aku lihat umat ini bersorak "esok raya!!" seolah-olah baru merdeka dari belenggu puasa!
aku lihat umat ini menggayakan baju-baju serba baru.
aku lihat umat ini berbondong-bondong ke surau, masjid berdekatan untuk mengerjakan amalan solat sunat eid.
aku lihat umat ini saling memohon maaf antara satu sama lain.
aku lihat umat ini mengalirkan air mata kerana kemaafan yang jarang diungkapkan, kerana gembira dosa-dosa selama ini akhirnya dimaafkan.
aku lihat umat ini berbondong-bondong menziarahi antara satu sama lain.
aku lihat umat ini saling bertanyakan tentang mercun siapa yang lebih kuat pada malam eid.
aku lihat umat ini melanggar larangan mengumpat.bukankah ini larangan Allah direct dari al-Quran?
aku lihat umat ini mengadakan upacara agama yang bukan diajar oleh nabi kita Muhammad SAW.
aku lihat umat ini kebanyakannya tidak mengikut sunnah Muhammad SAW tetapi semata-mata adat kemelayuan!!


Mengapa kita tidak bertanyakan bagaimana ibadah kita di bulan tarbiah ini?
Mengapa kita tidak berusaha untuk istiqamah di luar Ramadhan? Adakah diri kita melangkah ke Ramadhan dengan niat istiqamah selepasnya atau tidak?
Mengapa 'RAYA' menjadi tujuan utama kita di bulan Ramadhan?
Mengapa kita sibuk dan leka berhibur tetapi tidak beridabah? Bukankah tujuan kita adalah Allah, mengejar syurgaNya?
Mengapa kita leka dengan hiburan berunsur duniawi tetapi JAHIL dengan hiburan ukhrawi?
Mengapa kita sibuk mengerjakan yang sunat di bulan Ramadhan sehingga kabur pandangan kita tentang hak-hak yang wajib ditunaikan sebagai seorang muslim?
Mengapa kita sibukkan hari raya ini dengan ibadah-ibadah bukan sunnah?
Mengapa kita sibuk bincang perihal orang-orang yang kita benci tetapi kita lupa untuk menceritakan perihal sahabat-sahabat kepada insan yang paling kita sayang(Muhammad SAW)?
ADAKAH KITA INI HAMBA RAMADHAN ATAU HAMBA ALLAH SWT??
"Jadilah hamba Allah dan bukannya hamba Ramadhan." -Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi

No comments: