Pages

Daisypath Anniversary tickers

03 April 2012

tarbiyah dari anak!

anak kita adalah amanah dari Allah.
selain kita rasa sebagai hadiah yang super-best dari Allah, anak juga merupakan perhiasan, ujian dan tanggungjawab.

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."(18:46)

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar."(64:15)

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."(8:28)


dan banyak lagi Allah bagitau kita dalam bahan rujukan utama ni.



mengapa ujian?
banyak sebabnya kan?yang sudah punyai anak haruslah tahu kan?
kita wajib mendidik anak kita.kita wajib besarkan mereka dengan fitrah islamiyah.dengan shibgah Allah.bukan dengan hati dan kehendak kita.lebih-lebih lagi bukan dengan jahiliyyah kita!
di sini lah kita diuji.dan malangnya di sini juga lah kita banyak gagal!

tapikan, disebalik ujian tu, datangnya tarbiyah dari Allah secara tidak langsung dan dari anak kita sendiri secara langsung.

bila kita gagal dalam ujian, kita muhasabah, kita perbaharui niat, kita mulakan langkah baru.kan ni satu proses tarbiyah?

geng semua, sedar tak sedar, anak kita sebenarnya meniru atau mengcopy kita.diorang mana ada rujukan lain yang paling utama selain mak bapak diorang.
apa yang diorang belajar hanyalah dari orang yang menjaga diorang.
ini pengalaman saya sendiri.

jadi nak tak nak, kita kena banyak ubah diri kita, untuk mentarbiyah anak kita.dengan kata lain, kita perlu memastikan diri kita bertarbiyah untuk mentarbiyah anak kita.



bila anak meminta, kita kene mengajarkan dengan hikmah.
bila anak menangis, kita pujuk dengan kasih sayang.
bila anak buang air, mengajar kita erti sabar.
bila anak meragam, di sinilah turn kita untuk mengajar anak erti kesabaran!

so jangan la ada yang cakap, "anak aku nakal betul!anak kau dengar cakap, lain la!" "entah kenapa lah anak aku ni keras sangat kepalanya.ajar dah banyak kali dah!" dan lain-lain lagi.
hakikatnya -samaada anda mahu atau tak mahu mengaku- itu semua adalah hasil tangan anda sendiri.

kerasnya kepala anak kita itu datangnya dari kekerasan kepala kita sendiri.
ragamnya anak kita itu hasil dari tangan kita sendiri.
tidak ada maknanya Allah lahirkan anak kita, tup tup pandai mendengar kata, tup tup nakal gile, tup tup jadi sombong bongkak abeh, tup tup pandai mengira dan menjadi taukeh kedai runcit.
jadi jangan lah tuding takdir atau suasana.tudingkan ke pundak kepala anda sendiri sambil menunjal-nunjal sedikit OK?

banyak yang kita boleh belajar dari anugerah Allah ni.
cuma kita saja yang mahu atau tak.
kita saja yang ego atau tak.

didiklah anak dengan didikan addiin yang sempurna ni.setiap inci dan setiap penjuru.
datangilah anak dengan kasih sayang, kerana mereka adalah ujian, gagal atau berjaya tidak dinilai Allah.hanya usaha yang ikhlas untuk Allah.ni ujian dari Allah yang super-duper-unik dan extra-vaganza-best!!
buanglah ego anda, kerana secebis ego tidak akan bersama anda disyurga nanti.
buanglah adat anak-perlu-dengar-cakap-bapa, kerana itu adat yang ntahapaapantah!adat Islam kan lagi sempurna, best dan cantik.macam nabi tunjuk tu.hormat-hormat, sayang-sayang anak..kan?
buanglah anak-sepatutnya-begini-dan-begitu-kepada-ibubapa, kerana kita juga yang menyebabkan diorang jadi begitu ye dak?melainkan usaha kita dah macam usaha nabi Nuh!eh, janganlah sesuka hati semudah petik jari nak claim diri anda sehebat nabi Nuh mahupun nabi-nabi lain ye.

anak, nasihatlah papa kalau papa silap ye.
anak, jom kita sama-sama ke syurga Allah ye.
anak, papa tarbiyah anda, tapi anda juga adalah aset dalam proses pentarbiyahan papa.
anak, awaklah cermin papa!

WA

1 comment:

Zulhisam said...

Mohon izin Share.. anwar