Assalamualaikum WBT..
hamba yakin semua orang tahu dari mana dan apa makna tajuk entry saya untuk kali ini.
pada yang belum tahu atau yang sudah terlupa, petikan tajuk di atas diambil dari Kitab Al-Quran, surah ke-55; ArRahman(Yang Maha Pemurah).
firman Allah SWT,
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)
ayat ini diulang sebanyak 31kali di dalam Surah ArRahman ini.di selang selikan dengan penceritaan tentang nikmat dan rahmat2 Allah.
secara keseluruhan, surah ini terbahagi kpd 3bahagian;
1.penceritaan beberapa nikmat Allah di dunia.
2.ancaman terhadap perbuatan2 yang menderhakai Allah.
3.nikmat2 yang bakal dihadiahkan kpd hambaNya yg bertaqwa.
di sini hamba dgn rasa kehambanya akan mengulas beberapa perkara tentang nikmat Allah yang kadang2 kita lupa, kita tidak sedar 24-7 kita berada di dalam nikmatNya.
alkisahnya pada suatu malam, jariku tersepit di celah pintu kereta berjenama Proton.
jari hantu.
subhanallah impact tersepitnya jari di pintu kereta menyebabkan semua hajat kita tertangguh apakan lagi qodo' hajat.(kebetulan pada saat kejadian, diri ini sedang menahan untuk mengqodo' hajat.)
mmg sgt sakit dan meninggalkan kesan pendarahan di bawah kuku.alhamdulillah Allah masih mengekalkan kedudukan kukuku di situ.
bermula dari episod tersebut, sy selalu memikirkan tentang nikmat yg Allah tarik (insyaAllah sementara) ini.
pernahkah anda terfikir betapa pentingnya jari tengah atau jari hantu anda?
pernahkah anda ucapkan rasa syukur anda kerana dikurniakan jari tengah?
saya pernah.itu pun selepas kejadian ini dan keadaan jari masih ungu.harap2 lepas pulih pun saya akan kenang peristiwa ini.
beberapa nikmat jari tengah yang sy dapat rasakan ialah:-
*ketika anda memegang atau menggenggam.kebanyakan tenaga anda dikeluarkan oleh jari tengah.sy percaya jari yg terkuat adalah ibu jari.tetapi jari tengah menyumbangkan tenaga yg tidak kurangnya dalam proses genggaman.
tak percaya?cubalah!
*ketika anda menggaru belakang badan anda, adakah anda sedar jari apa yang anda gunakan?jari tengah.sy cuba untuk menggaru menggunakan jari telunjuk, ternyata terlalu banyak tenaga dan sukar dikawal.jari manis, ternyata terlalu lemah dan tidak ada nikmat menggaru itu.
tak percaya?cubalah!
*ketika anda ingin menjentik isteri anda dengan manja. jari hantu adalah jari yang terpanjang dalam ranking jari2.justeru jari hantu adalah jari yang menghasilkan tenaga terkuat ketika menjentik.
tak percaya?cubalah!
banyak lagi yang sy belum perasan akan keagungan nikmat jari tengah.hanya Allah yang lebih mengetahui.
komen saya, maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?..
apa komen anda?
wallahu'alam.
2 comments:
semoga Allah sentiasa tetapkan hati-hati kita untuk sentiasa menerima dugaan-Nya dengan tenang dan percaya dengan hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kejadian.....insyaAllah..
bUzZy_LaH>> insyaAllah:)
Post a Comment