Pages

Daisypath Anniversary tickers

24 March 2010

apa nilainya BENDA itu....

assalamualaikum warakmatullahi wabarakatuh kepada saudara saudariku dari mana jua anda berada...

sudah lama agaknya tangan ini tidak mengerah otak untuk mencatat sesuatu di ruang siber ini..rase kelu pula.

namun, selagi diri ini masih lagi memegang ni'mat Ilahi..selagi itulah kiranya perlu ruang ini diisi dengan sesuatu yang dapat dimanfaatkan semua terutamanya diri ini yang sentiasa memerlukan peringatan demi peringatan untuk terus tetap di jalan-Nya...insyaAllah...

APA ERTINYA TIDAK MENCUKUPI?

tatkala aku membuat keputusan menuntut semula, ada juga kerisauan-kerisauan yang sentiasa terlintas di sanubari. Cukupkah perbelanjaanku sehingga aku berjaya meraih segulung ijazah nanti? dapatkah aku hanya bergantung kepada suami ditambah lagi tiada lagi biasiswa yang menaja diri ini...?..emm...namun, dengan berbekalkan kepercayaan bahawa rezeki di Bumi adalah milik Yang Haqiqi....alhamdulillah walaupun ada juga kekurangan di sana sini..namun apa yang dapat kami katakan di sini...terima kasih Allah dengan pemberian tenangnya rasa hati..dan terima kasih kerana mencukupkan kehidupan di dunia ini sehinggakan kami dapat pula memberi...

suatu ketika dahulu, di kaca tv disiarkan bahawa hafiz dan hafizah akan memperoleh elaun bulanan...aku termangu dan terikir sendiri...adakah BENDA itu yang patut diberi..emmm...Allahua'lam....namun...aku sedikit kecewa ditambah pula kerisauan di hati...kalau-kalau kekasih-kekasih Allah itu berubah hati...bukan kerana Yang Empunya langit dan bumi tetapi kerana ingin mendapatkan BENDA itu yang pada aku tiada ertinya nanti...aku takut.....semoga Allah sentiasa memelihara hati-hati mereka ini..

1. tiara VS honda city...dahulunya...honda city ibuku menjadi pengangkutan rasmi...namun, setelah adikku mula bekerja, lebih elok kiranya kereta itu digunakan olehnya..lebih-lebih lagi aku dan suami boleh berkongsi mYvi dan untukku berulang alik ke kampus...adanya kereta tiara ayah yang alhamdulillah masih lagi mampu bergerak sendiri..walaupun ada kalanya terminal bateri terpaksa diketuk beberapa kali untuk berfungsi...ada ketikanya juga tingkap terpaksa ditutup dengan tangan sendiri..ada juga ketika wiper gagal berfungsi semasa hujan lebat datang bertubi-tubi...namun....seikhlas-ikhlasnya aku katakan...rasa senangnya hati setiap kali berdamping dengan tiara yang bukan ferrari ini.....dalam era dini yang penuh dengan jenayah yang tidak henti-henti...aku sudah tidak perlu banyak risau takut sport rim dicuri...tidak juga risau kalau kereta lupa untuk dikunci...tidak juga risau parking di sana-sini...berbeza semasa aku bersama si honda city...aku terfikir...macam mana la kalau kereta skyline dengan warna yang menarik hati yang aku miliki....ish...mesti nak parking untuk ke mana-mana pun penuh dengan kerisauan di hati...makan pun tak kenyang jadinya...jadi pada hubby yang disayangi....tak usahlah risaukan kiranya tiara itu kupandu sendiri...steering berat tak pernah menjadi masalah adinda....namun...kesenangan hati lebih menjadi keutamaan hati ini...SKYLINE vs TIARA...BANYAK RISAU vs KETENANGAN HATI...

2. baju DAN baju lagi....suatu ketika dahulu juga....shopping baju sentiasa menjadi rutin bulanan..pantang ada "sale"...walaupun almari sudah pun seperti nak termuntah dengan segala isi...selagi poket masih lagi berisi...selagi itulah tangan menghulurkan duit untuk ke tempat yang padaku tak ubah seperti daun yang lambat laun akan kuning kekeringan suatu hari nanti..namun...alhamdulillah...terima kasih Ya Allah dengan sedikit sebanyak kesedaran yang Engkau beri...walaupun lumrah seorang perempuan masih lagi suka dengan baju yang beraneka warna dan corak, fesyen terkini..aku telah mampu menggunakan sedikit sebanyak akal yang dianugerahi.."perlukah aku memiliki baju ni?...emm...tak payah kot..harga pun tak best"..."nape nak kena beli beg lagi...yang dah ade tu bole guna lagi..."...aku fikir...kalaulah banyaknya duit di poket ini...sudah tentu nafsu mengusai diri...shopping tiap-tiap kali...menghabiskan duit amanah Ilahi di tempat-tempat yang tidak mampu memberi jaminan di kemudian hari...alhamdulillah...persoalan adakah cukup pakaian untuk diri ini....sudah mampu terjawab dengan senang hati...(malah berlebih-lebihan lagi)...

teringat cerita Mus'ab yang pada satu ketikanya seorang jutawan...sanggup menggadaikan segala isi dunia demi Islam..hinggakan waktu meninggalnya kekasih Allah ini...kain kafan pun tidak cukup untuk membalut diri...semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya yang tidak putus-putus dengan pengorbanan ini...

3. MAKAN...orang Malaysia atau melayu khasnya...tidak dapat dipisahkan dengan makan...ia menjadi satu perkara sinonim dengan apa-apa keraian...mungkin juga betul..mungkin juga ada baiknya...namun....sekiranya diperhatikan dari ketidakseimbangan ekologi yang berlaku sekarang...bukan kah datangnya dari nafsu makan manusia yang semakin tidak dapat dikawal....ayam-ayam perlu diternak dengan rakusnya...dipenjara dan disuntik bertubi-tubi..lembu juga dikerah untuk mengeluarkan susu....tangisan anaknya yang kelaparan dibiarkan berkumandang...demi susu yang tak pernah cukup-cukup untuk manusia yang kononnya khalifah alam...buah-buahan dipokok dipetik sebelum sempat haiwan lain menjamah walaupun beberapa tangkai....manusia risau pendapatan berkurangan....padahal banyak sangat makanan yang asyik di buang setiap hari kerana berlebih-lebihan...manusia lupa dengan rezeki..Allah yang berikan...teringat ada ketikanya Rasulullah meletakkan batu-batuan di pinggang kerana menanggung kelaparan...kita mengaku...dengan Rasul kita beriman...kita bersaksi bahawa Muhammad bin Abdullah itu pembawa suruhan...namun...sayangnya...kita abaikan segala tuntutan...banyak garis panduan yang disertakan dalam Islam...

Sabda Nabi s.a.w. "Kita, kaum muslimin, adalah satu kaum yang tidak akan makan sehingga kita merasa lapar dan apabila kita makan tidak sampai kekenyangan"

Dalam sabdanya yang lain "Yang paling saya takuti di antara hal-hal yang saya takuti atas ummatku ialah besarnya perut, gendut kerana banyak makan, terus menerus tidur, kegemaran tidur yang melampaui batas, malas-malasan dan lemahnya keyakinan, tidak mempunyai pendirian yang tegas dan mantap."

"Tiada seorang anak adam pun yang memenuhi sesuatu wadah yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah anak adam itu makan beberapa suap saja yang dapat mendirikan tulang belakangnya. Oleh sebab itu, apabila perut itu mesti diisi, cukuplah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk pernafasannya" Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Makanan untuk 2 orang itu mencukup 3 orang sedang makanan untuk 3 orang itu dapat mencukupi 4 orang" (Muttafaq alaih)

Oh...berbalik semula kepada diriku ini...papa selalu marah sebab kadang-kadang masak terbanyak...tapi ada kalanya...aku cuma menghabiskan apa yang ada di peti sejuk...dan saki baki setiap masakan adalah makanan siang hari ku....alhamdulillah tak pernah kurang rezeki kami di situ....terima kasih Ya Allah dengan rezeki kami yang tidak pernah kami rasakan kurang ini...

mungkin banyak lagi contoh-contoh yang mempunyai signifikasi...namun...cukuplah setakat ini untuk muhasabah diri....

TAKUT UNTUK MEMILIKI BENDA ITU

tidak hairanlah mengapa sahabat baginda 'Abdullah bin Mas'ud...pada pemerintahan khalifah Uthman...kata Uthman, " Adakah perlu saya keuluarkan perintah agar peruntukan untuk kamu yang kamu enggan ambil sejak beberapa tahun diserahkan kepadamu?!". Jawab Abdullah, "Saya tidak perlukan". Kata Uthman lagi, "Ia boleh diberikan kepada anak-anak perempuanmu selepas pemergianmu". Abdullah membalas, "Adakah kamu bimbang mereka akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya telah memerintahkan mereka agar membaca surah al-Waqiah setiap malam. Lantaran saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang embaca surah al-waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya"".

begitu juga dengan sahabat baginda Sa'id bin 'Amir al-Jumahiy seorang gabenor di Hims, ketika pemerintahan Umar...nama gabenor ini tersenarai sebagai salah seorang fakir...dan apabila diketahui Umar, maka basahlah janggut Umar dengan tangisan dan dibekalkan uncang yang berisi 1000 dinar untuk dibawa kepada Sa'id..namun, apabila Sa'id membuka uncang tersebut, dia mengucapkan 'Innalillahi wa inna ilahi raji'un'...sehingga isterinya bertanya, "Adakah Amirul Mukminin meninggal dunia?"..jawab Sa'id "Lebih mendukacitakan dari itu".. "Adakah orang Islam tewas dalam perang?", tanye isterinya lagi. "Lebih dasyat lagi...", tegas Sa'id. "Apa bencana yang lebih dasyat dari itu?"...isterinya sudah kebingungan. "Dunia sudah masuk ke dalam kehidupan saya bagi merosakkan akhirat saya. Dugaan dan bencana telah berlaku dalam rumah saya. Adakah kamubole membantu saya?"..tanya Sa'id. Sa'id akhirnya menyuruh isterinya memasukkan wang dinar tersebut kepada beberapa uncang untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.

walaupun kehidupanku sekarang kurasakan masih lagi mewah...namun takut yang dirasakan oleh para sahabat sedikit sebanyak telah dapatku rasai...takutnya mendapat harta yang banyak...risau hati terpaut pada benda duniawi..risau hati dilekakan oleh benda yang tidak dapat mendatangkan manfaat di akhirat yang tiada lagi jalan untuk kembali...

aku sedih melihat pelajar-pelajar yang meraih kejayaan akademik mahupun realiti tv...apabila benda pertama yang keluar dari hati mereka adalah..."supaya berjaya ke peringkat universiti dan dapat memberi wang kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban selama ini.."...WANG sebagai balasan? ...emm...itukah yang diinginkan ibu-ibu, bapa-bapa suatu hari nanti...fikir-fikirkan lah...

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dlan kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman tersebut menjadi kering dan kemudian menjadii hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.
Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepda Allah dan rasul-rasulNya. Itulah karunia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dkehendaki dan Allah mempunyai karunia yang besar.
Setiap bencana yang menimpa di Bumi dan menimpa dirimu sendiri. semuanya telah tertulis di dalam Kitab sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput terhadap kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. " [57:20-23]

Allahua'lam...................semoga kita sentiasa dipimpin Allah ke jalan yang diredhaiNya...sehingga ke saat akhir kita berada di dunia....

4 comments:

Anonymous said...

Ni blog orang2 alim..

bUzZy_LaH said...

ni blog orang Islam insyaAllah :)
kalau en org Islam...sila-silakan lah melawat....kita saling ingat mengingatkan....semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang menyesal kelak...
"...orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar maka kembalikanlah kami (ke dunia). nescaya akan kami kerjakan kebajikan. Sungguh kami yakin" [32:12]
Islam is the way of life...its not a part of life..... :)
"orang2 beriman dengan ayat2 Kami hanyalah org2 yang apabila diperingatkan dengannya, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri"[32:15]..

bUzZy_LaH said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tiap posting ada ayat quran or surah..bagus btul..