Pages

Daisypath Anniversary tickers

08 March 2010

MaKanAn tErBaiK BabY!

MasyaAllah...
sekali lagi ketakzubanku terhadap suatu penciptaan hasil yang Maha Pencipta...Dia adalah Tuhan sekalian alam yang mencipta dan mematikan...

SUSU IBU

saya pasti ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat unggul susu yang keluarnya dari seorang ibu....namun, secara saitifiknya saya tidak pernah menyangka betapa dasyatnya ciptaan Tuhanku ini..



Sekadar hiasan

KOMPOSISI SUSU IBU

perkara pertama adalah ketakzuban saya mengenai peringkat pengeluaran komponen yang keluar dari payudara ibu setelah kelahiran cahaya matanya..


Komposisi susu ibu

cuba anda teliti pada komposisi susu ibu ini...subhanallah...setiap satunya Allah jadikan berlainan komposisi...dan berpadanan dengan keperluan bayi itu sendiri..

kajian sains juga telah membuktikan walaupun susu formula dimanufaktur menyerupai susu ibu, namun tidak dapat (dan saya fikir tidak akan dapat) menandingi kehebatan susu ibu itu sendiri.. menurut kajian, susu formula masih lagi gagal untuk menyatukan beberapa elemen yang terkandung dalam susu ibu termasuklah beberape jenis antibodi yang dapat menghindar bayi dari jangkitan pelbagai jenis penyakit... [http://en.wikipedia.org/wiki/Breast_milk]



KIRI: Foremilk; KANAN: Hindmilk

ANATOMI PAYUDARA IBU

1. Setelah menghadiri kursus susu ibu di susuibu.com, barulah saya mengetahui terdapat sekurang-kurangnya 7 saluran yang keluar dari payudara seorang ibu untuk penyusuan bayi..subhanAllah...

2. Areola ibu juga akan berubah warna dan kerana apa ya?..dikatakan bahawa perbezaan warna tersebut dapat membuatkan bayi yang baru lahir MENGESAN sumber makanannya untuk meneruskan kehidupan di luar dunia kegelapan iaitu alam rahim...penciptaaNya yang manakah masih kita ragukan....

PENYUSUAN DI DALAM BUKU MANUAL

buku manual ini telah diturunkan melebihi 100o tahun dan saya kira dalam era sains dan teknologi ini, penemuan demi penemuan telah membuktikan kebenaran yang terkandung didalamnya dan tidak lain tidak bukan, manual ini diturunkan untuk manusia yang diamanahkan sebagaikan khalifah un
tuk memakmurkan Bumi di dunia sementara ini...tidak lain ialah Al-Quran....


Sekadar hiasan

beberapa ayat yang berkait rapat dengan penyusuan susu ibu..

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." (2:233)

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (46:15)

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (31:14)

..so mommies, mommies to be, daddies, daddies to be out there..janganlah kita mengubah sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta untuk hamba-hambaNya..

Breastmilk is THE BEST FOOD EVER FOR BABIES! makanan baby! minuman baby! ubat baby! everything! :)

before ending up, special thanks to Kemar yang willing to share her experience of breastfeeding...Laila Syifaa' has just turned 2 months...nak tengok tak storage Kemar...???! hehe..





Kemar cakap..inilah hasil titik peluhnya selama 2 bulan berpantang!...ade 3 storage bins dalam fridge kemar yang full of breastmilk!!!!!....semoga menjadi inspirasi kepada semua :)

Hebatnya kuasa TUHAN kita!!!!! :)

3 comments:

Mak Izz said...

moga dapat susukan bb nt. doa byk2 susu byk & bb pandai menyusu. tgh tunggu hari je kan. good luck!

bUzZy_LaH said...

TQ mak izz....doa-doa kan ek...
semoga izz n adik izz (insyaAllah) diberikan kesihatan berpanjangan n jadi anak soleh insyaAllah...

anw4r said...

susu awal ibu baik untuk baby..