Pages

Daisypath Anniversary tickers

20 February 2011

Peristiwa Maulid ar-Rasul 1432H

12 Rabi' al-Awwal; antara tarikh dari banyak pendapat sebagai tarikh lahir junjungan besar Muhammad SAW. Apa yang pasti ialah baginda dilahirkan pada hari Isnin dalam Tahun Gajah.
Apa pun, pendapat yang paling popular ialah tarikh tersebut di atas.
Maka di sini(Malaysia), kita menyabut pada tanggal 12haribulan.

sekadar hiasan

Mengenang Sunnah
Mengenai sambutan hari lahir Khatim al-Anbiya' ini, pendapat peribadi mengatakan 'no comment'. Yang penting cara menyambutnya tidak bertentangan syariah tidak pula menimbulkan fitnah kepada Islam yang suci ini, dan ibrah yang boleh diperolehi daripada sambutan yang diadakan.

Ada yang berarak. Ada yang mendengar kuliah tentang riwayat baginda. Ada juga kuliah tentang pentingnya mengikuti sunnah-sunnah baginda. Ada yang memperbanyakkan salawat ke atas Nabi SAW.
Apa pun, sunnah Muhammad SAW adalah WAJIB untuk kita ikuti(dari segi ibadah). Dan amalan terhadap sunnahnya, bukan bermusim. Selawat ke atasnya, bukan setahun sekali untuk memperbanyakkan.

Al-kisahnya, pada tanggal 15 Febuari 2011 atau 12 Rabi' al-Awwal 1432, Allah telah menakdirkan seorang dari sepupu aku dan seorang sepupu ma bernikah.
Ditakdirkan Allah lagi, seorang di Lanchang sebelah pagi dan seorang di Meru pada sebelah petang.

sekadar hiasan

Apa yang nak aku simpulkan dari kedua-dua majlis ini ialah seperti berikut;

>Indahnya konsep pernikahan itu apabila caranya hampir dengan sunnah Nabi SAW. Sebaliknya konsep duniawi atau materialistik akan menjadi tabir majlis jika kita berlebihan sehingga berlaku pembaziran dari pelbagai segi disamping yang utama sering terabai(rujuk sini). Apa pun alasan kita, mari kita hayati ingatan dari Allah SWT.
"Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(17:26-27)

>Sungguh tak terkata apabila sesuatu yang bukan syariat, yang bidaah, yang boleh melalaikan -boleh dikategorikan pembaziran masa- dilakukan sehingga tertinggal perkara yang lebih utama, yang sunat muakkadah!, yang ditekankan nabi selalu, yang tidak pernah ditinggalkan nabi seumur hidupnya.


Jika kita benar-benar hargai Rasulullah dalam kehidupan kita, bukan sekadar berjanggut, berserban dan berjubah, tetapi sunnahnya dalam ibadah adalah lebih utama.
Solat Fardhu berjemaah, istiqamah dalam rawatib, berpuasa, dakwah, meniru akhlak baginda, amar ma'ruf nahi mungkar, amalan zikir-zikir yang ma'thur...
Sudah terbuatkah kita sunnah-sunnah baginda?sehingga kita melakukan sesuatu yang bersimpangan dengan sunnah baginda beralasankan untuk mengingati baginda??

Kembalilah kepada Quran dan Sunnah.

Wallahua'lam.

No comments: