Pages

Daisypath Anniversary tickers

08 February 2011

Muhasabah

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya lah kita kembali.

(Tanggal 8/Feb, Allah mentakdirkan perginya seorang insan yang berhati mulia, seorang pakcik walaupun sebelah isteri, aku tetap merasai pemergiannya kerana hebatnya akhlak beliau semasa hidupnya di 'sini', Pak Long Abdul Rahman. Semoga Allah menempatkan beliau bersama hamba-hambaNya yang soleh, insyaAllah)

Doa yang yang diajar Allah melalui al-Quran dari Surah al-Baqarah ini bukan hanya dilafaz apabila menerima musibah kematian sahaja, firman Allah:
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,"
"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun""(2:155-156)

Orang yang sabar ketika diberikan ujian/cubaan akan menyebut doa di atas.
malah Allah menyambung lagi,
"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(2:157)

InsyaAllah apabila kita ditimpa musibah, kemalangan, kehilangan barang tersayang, kematian, ujian rezeki dan berbagai-bagai lagi, marilah kita sama-sama melafazkan doa yang diajarkan ini dengan penuh harapan menerima 'keberkatan yang sempurna dan rahmat' seterusnya menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.
Kerana petunjuk Allah lah kita amat perlukan untuk mengejar tujuan akhir kita di dunia kekal.

Kebiasaan di Malaysia
Doa berkah dan petunjuk ini sering kali dikaitkan dengan kematian di sini. Jikalau mendapat berita nazak lalu mengucapkan doa ini, kita mungkin ditegur "dia belum meninggal lagi la!!"
Puncanya sudah tentu kita ini kurang membaca al-Quran!
Nak mengkhatamkannya paling hebat setahun sekali, tafsirnya tidak pernah diselak. Kalau diselak pun cukup syarat tanpa tadabbur yang mendalam.
Justeru bagaimana kita ingin mengecapi akhlak al-Quran??

Merujuk kepada diri sendiri, daripada punca-punca ini, malang sekali membuatkan kita sempit dari mendapat rahmatNya. Beristigfar kepada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga kita mengambil ikhtibar dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran lebih dari kita melihat berita sukan atau pemain kesukaan kita beraksi.
Semoga kita mendalami isi-isi kitab suci agama kita ini lebih dari kita menonton filem-filem yang tidak bermanfaat langsung untuk agama Allah.
Semoga Allah mengurniakan hidayah yang sebenar-benar hidayah kepada kita.

Wallahua'lam.

No comments: