07 November 2011
Jangan sia2kan pengorbanan si lembu-tachi
Apa yg kita dapat selepas menempuh Hari Eid Adha tempoh hari?
Adakah daging batang pinang yg empuk?
Atau kaki lembu yg enak dibuat sup?
Ataukah sekadar kita kesedihan melihat si lembu tumbang diqurbankan?
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." (22:37)
Ya, apa pun yg kita dapat tempoh hari, sama ada kepala atau buah pinggang lembu sehingga lah ke bulu biri-biri atau bulu tengkuknya sekalipun, pastikan kita tak terkeluar dari margin ketakwaan yg digariskan Allah dlm al-hajj seperti di atas.
Bagaimana mengekalkan diri kita dalam margin selamat ini?sou(baca: benar), apa yang saya pasti, adalah keikhlasan.
Ini berkisarkan niat.
Dan niat boleh berubah sama ada sebelum atau semasa.
Kita mungkin berniat ikhlas tetapi sedang lembu rebah, kita teringatkan anak dara makcik kiah jiran sebelah rumah sukakan daging batang pinang masak lemak cili api justeru kita terus menyimpan bahagian tersebut untuk si manis itu.
Maka ketahuilah pentingnya menjaga kesucian niat sehingga selesai ibadah tersebut.
Satu sudut yang teringin disentuh oleh saya ialah dari kaca mata penganjur.bukan mudah nak memastikan sesuatu institusi(pihak masjid, pdrm, ngo ikram atau isma dan lain-lain) itu ikhlas ketika menganjurkan qurban!
Kita perlu meniliti sasaran, objektif, modus operandi dan juga individu2 terlibat!
Adakah penganjur mengutamakan yg lebih miskin daripada yg tiap2 hari makan beefsteak?
Adakah penganjur menguruskan dengan baik tanpa pmbaziran?
Adakah batang pinang diagihkan kepada pihak tertentu sahaja?
Adakah individu2 yg mempunyai kepentingan dari program qurban tersebut mendapat populariti?
Bukankah semua ini penting dikala islam dilanda fitng besar?ke manakah rasa bersalah kita ketika tiap2 tahun kita meraikan stew2 dengan roti france walhal saudara2 kita kelaparan, diancam dengan kematian tiap2 saat di bumi lain?
Syabas kepada Quran Kasih Ummah, syabas kepada penganjur yang menganjurkan program qurban untuk saudara islam di negara2 miskin dan parah.
Wahai manusia di luar sana, jangan sia-siakan pengorbanan lembu-tachi di Hari Eid Adha..
WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment