“命は親から頂いた大切なもの。
もう一度静かに両親や兄弟、
子供のことを考えてみましょう。
一人で悩まずまず相談してください。”
“nyawa kita adalah sesuatu yang amat penting diberikan oleh ibu dan ayah.
Fikirkanlah ibuayah, adik beradik dan anak-anak anda dengan tenang.
Jangan menghadapi masalah seorang diri, berbincanglah.”
Ini yang ditulis di papan tanda di Hutan Aokigahara, Yamanashi-ken, Fuji Kawaguchiko-machi.
Hutan ini terkenal dengan ramainya pembunuh diri di dalamnya, disebabkan ketebalan hutan tersebut.
Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Aokigahara
Tapi bukan ini yang menjadi isu pada dalam post ini, tetapi apa yang dituliskan di papan tandanya.
Macam tu la tulisan golongan yang tak percaya kat Pencipta.
Mereka takde Tuhan(baca : Ilah), mereka takde tempat bergantung yang Almighty.
Mereka kesunyian, mereka kematian jiwa.
Hidup mereka hanya untuk ibubapa, adik beradik dan anak..+material..
Macam mana kalau semua itu mereka tidak dapat?
Hubungan dengan ibubapa tak kacip, adik beradik tak rapat, anak tak ada?
Material mungkin ada tapi sedang-sedang aja..so?
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”(18:46)
“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”(18:7)
Yahaha, perhiasan dan ujian.
Apa gunanya pasu bunga yang kita letakkan di atas meja stadi kita?
Tiada guna, sekadar mencantikkan mata memandang.kalau takde pun takpe.
Apa gunanya frem lukisan pemandangan air terjun niagara di dinding mengadap bilik TV tu?
Tiada guna, sekadar mencantikkan mata memandang.kalau takde pun takpe.
Apa gunanya pekser PMR?
Untuk melayakkan kita masuk sekolah bagus-bagus pada tahun depan.
Apa gunanya pekser SPM?
Untuk mengesahkan kita terpelajar dengan kos yang kita ambil, supaya kita boleh pergi lebih jauh untuk mendaki menara gading.
Apa gunanya shou-testo tiap-tiap minggu?
Supaya sensei tahu yang kita ni faham atau buat-buat faham.jadi mereka boleh ikut atas(baca:follow up) yang bersesuaian dengan kefahaman kita.
Begitu juga ujian Allah.
“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”(18:7)
WA
No comments:
Post a Comment