emmm...nk tambah lagi satu to make my new year's resolution to 4 items...
4. da banyak kali baca pasal keutamaan mengucapkan salam sama ada pada org yang dikenali mahupun tidak dikenali...tapi rase susah sangat nak buat kadang2....ish3....so...azam tahun baru...kuatkan semangat hidupkan sunnah!...
"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai (kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan pada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!" HR Muslim
Dari ibnu Mas'ud ra. bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Di antara ajaran Islam manakah yang paling baik?" Rasulullah menjawab "Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kamu kenal" Muttafaqun alaih..
Dari Umamah ra, ia berkata bahawa ade seorang yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, di antara dua orang yang bertemu, manakah yang lebih dahulu mengucapkan salam?" Rasulullah menjawab, "Yang lebih mencintai Allah s.w.t."...
sangat senang tapi dipandang berat kan?......jums....sebarkan salam sama2....
No comments:
Post a Comment