di sini sy ingin mengambil kesempatan utk menceritakan pendapat peribadi sy ttg isu kalimah Allah yg semakin hebat di Malaysia..
ramai rakan2 sy menukilkan pendapat, malah artikel2 yg berkenaan di dlm blog mereka..
antaranya di sini dan di sini.
dgn itu, sy juga ingin mengongsikan pendapat peribadi sy.
secara peribadi, sy menganggap isu ini, di waktu ini adalah SEKADAR MAINAN POLITIK.
mengapa?
pertamanya, kita check-it-out balik bila isu ini mula muncul?
ya, sudah lama bukan?tetapi kenapa sekarang baru nk diperbesarkan??adakah untuk meng'cover-up' isu kehilangan enjin jet yg dirancang teliti oleh pekerja bawahan tanpa melibatkan pihak atasan?wallahu'alam..
apapun pada sy isu kalimah Allah hakikatnya bukan lah isu yg melibatkan aqidah secara langsung.
ingin sy memetik sedikit rencana dr website dr.mohd asri..
"...Isu nama Allah umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.
Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan Allah dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.
Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama Allah. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim...."
rujuk http://drmaza.com/home/?p=975
malah dalam Quran juga mengatakan,
[Dan sungguh, jika engkau(wahai Muhammad) tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab "Allah." Katakanlah, "Alhamdulillah(segala puji bagi Allah,)" tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.](Luqman,31:25)
jadi, sesetengah pihak yg menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak kristian katolik dgn hujah perkara ini bersesuaian sbg langkah pertama dari segi dakwah Islamiyah.
pada golongan yg berpendapat mcm ini, kita boleh tanyakan apakah langkah seterusnya?
dan adakah selama ini mereka berdiam diri? tidak saya menyatakan SALAH pd pendapat ini.
ada juga pihak yg mengatakan apabila terjadinya penggunaan kalimah Allah oleh org kristian maka nasib anak2(muslim) pada masa depan mengalami bahaya yg amat dasyat.
spt di Indonesia, mereka menyebarkan mcm2 risalah.
ada juga yg menyelitkan perkaitan dgn perlembagaan Malaysia, dari segi Bahasa Ibunda dan sbgnya.
walaubagaimanapun, sekiranya terjadi kalimah Allah digunakan oleh non-muslim.ada beberapa merit-demerit nya tersendiri.
antara demerit2 yg sy dpt fikirkan setakat ni adalah:-
1.gereje2 akan dihias dgn perkataan ALLAH.
2.artikel2 kristianisasi akan dipenuhi dgn perkataan ALLAH.
3.di kelas2 agama kristian akan byk digunakan perkataan ALLAH.
4.penganut kristian sendiri mungkin byk menggunakan perkataan ALLAH.
5.restoran2 non-halal akan dihias dgn nama ALLAH utk menarik pelanggan Muslim.
6.byk lg gamaknya.
dan kesemua diatas bakal mengundang kekeliruan kpd muslim yg sudah sekian lamanya mengangap Allah adalah Tuhan kpd Muslim shj.
secara jujur sy ingin menyentuh kelebihan ttg bab kekeliruan yg konon-kononnya bakal melanda sekiranya terjadi perkara tersebut.
pertama, sy mengucapkan Alhamdulillah seandainya kekeliruan itu BOLEH menggalakkan lg muslim di Malaysia supaya lebih berhati2 utk menilai yg mn muslim,yg mn non-muslim,yg mn halal,yg mn haram etc.
ini kerana sekarang pun kita hanya bergantung dgn cop halal yg dikeluarkan oleh jabatan agama yg begitu mudah dipalsukan.
keadaan ini juga bakal menggalakkan kita masyarakat muslim untuk menyokong 100% produk2 barangan mahupun makanan muslim.
bkn setakat berhati2, malah ibubapa tidak akan berlepas tgn utk membiarkan anak2 mereka mudah terkeliru dgn dakyah2 kristianisasi.secara langsung akan memperkukuhkan lg aqidah anak2 kita di masa mendatang.
ini pendapat sy yg naif je la..
lagipun, sekiranya kita terus berbalah ttg perkara ini, kita bakal memecah belahkan umat kita sendiri..
malah kita bakal menunjukkan kpd non-muslim betapa bodohnya telatah pergaduhan antara muslim tentang nama Allah(bkn aqidah pun!).
kesimpulannya, pada sy, tidak perlu ditekankan isu ini, tidak perlu diperbesar2kan isu ini.
kita, muslim yg hidup dgn masyarakat non-muslim di bawah pemerintahan 'muslim' sendiri, sepatutnya banyak yg boleh kita laksanakan untuk mengukuhkan aqidah Tauhid kita dan anak2 kita.
fikir-fikirkan lah.
2 comments:
Saya rasa la kan, saya akan bagi komen. tapi saya tak tau nak bagi komen apa. sebab nanti kalau saya bagi komen, orang lain tak suka komen saya. tapi ada gak orang yang suka ngan komen saya. senang cite, nak komen apa ek?hahahah
zaidi>> bg ler pendpt psl ini artikel..papa-pingu-zara ni..haha
Post a Comment