Sekadar perkongsian saya dengan pembaca budiman sekalian dengan topik yang dikupas oleh Ustazah Fatmah di TV9 mengenai Nafsu..
Teringat kembali tentang dialog Allah bersama para malaikatNya ketika kali pertamanya penciptaan manusia [2:30-33]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30) Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33)"
Allah Maha Mengetahui dan semestinya tahu bahawa manusia pasti akan mendatangkan kerosakan di muka Bumi. Namun, Allah yang Maha Mengetahui pasti tahu bahawa penciptaanNya bukan sia-sia. Manusia diberi akal, lihatlah bagaimana dengan jayanya Adam menjawab soalan setelah Allah mengajarkan nama benda-benda kepada Adam, datuk moyang kita yang pertama-tama.
Saya tertarik dengan satu daripada 4 nafsu yang disebut oleh Ustazah Fatmah iaitu Nafsu Ghafilah iaitu nafsu yang lalai..
Manusia dengan nafsu ghafilah ini jika dilihat, solat sepertimana orang solat. Ketika Ramadhan menjelma, mereka turut berpuasa dan berterawih. Apa-apa sahaja amalan yang baik, soleh tetap diamalkannya.
Namun, mereka kadang-kadang lupa dan lalai dengan pertemuan denganNya kerana pada masa yang sama juga, kemungkaran-kemungkaran tetap menjadi amalan. Mereka masih lagi hadir ke konsert-konsert Tahun Baru contohnya. Mereka masih lagi kerap membuang masa di pusat membeli belah (peringatan untuk diriku juga) dan masih lagi menjadikan hiburan sebagai aset penting dalam kehidupan. Dalam surah Al-A'raf diterangkan lagi ciri-ciri orang yang Ghafil.
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)"
Dapat disimpulkan dari ayat di atas ciri-ciri mereka yang memiliki nafsu Ghafilah adalah:-
(1) Hati -> Tak nak FAHAM (firman2 Allah dalam kitabNya..tujuan kita hidup di dunia?..)
(2) Mata -> Tak nak LIHAT (kebesaran Allah..cipta alam, manusia..dll)
(3) Telinga -> Tak nak DENGAR (teguran...nasihat)
SERUPA = lebih teruk dari BINATANG TERNAK (lembu?...kambing...?)
Teruk rupanya pengakhiran orang yang memiliki Nafsu Ghaflah ni...Allah sudah allocate tempat mereka di Neraka...Nauzhubillah..
Tak dapat nak bayangkan bagaimana dasyatnya Neraka Allah...tapi cuba lah bayangkan..supaya menjadi suatu tazkirah (peringatan) untuk kita memilih pengakhiran kita yang sudah tidak berapa jauh lagi...
Sekadar hiasan
Ustazah Fatmah juga telah membentangkan 6 tips sebagai perisai untuk melawan nafsu diantaranya:-
(1) Melengkapkan diri dengan ILMU (di alam teknologi yang canggih ini, saya kira tiada alasan bagi kita mengatakan susah untuk mencari ilmu...majlis ilmu yang banyak, usrah di sana sini, website yang sentiasa diisi dengan tazkirah-tazkirah, kedai-kedai buku yang membuak dengan buku apa sahaja untuk pengisian hati)
- Dari ilmulah kita mengenal Islam dan siapa Allah...
(2) AMAL - Ilmu tanpa amal adalah sia-sia...kepada pelajar-pelajar aliran agama khasnya..manfaatkanlah Ilmu di dada...
(3) DISIPLIN-disiplinkan diri untuk istiqamah dan menilai baik dan buruk setiap masa..
(4) DAKWAH-dengan mengajar atau menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain secara tidak langsung memberi didikan yang paling berguna untuk diri kita
(5) SABAR-sabar dalam menjalankan amal maaruf, nahi mungkar...sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar
(6) DOA-doa supaya pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik...kerana hakikatnya tiada siapa tahu akhirnya kita nanti...[Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi-Hadith 4]
Allahua'lam...

1 comment:
salam kak...bleh ke nk share artikel nih?akak ade fb x?
Post a Comment