Pages

Daisypath Anniversary tickers

27 January 2010

MaSjiD @ tEmpaT LepAkkU...




"Best nyer masjid ni...bole lepak lagi ni!..", bersungguh-sungguh meng'convince'kan seorang lagi sahabatnya..

Sejuknya hati kalau ade di kalangan muda mudi kita yang dapat mengungkapkan ayat yang biasa kita dengar yang merujuk kepada sesuatu yang betul-betul keluar dari dalam hati, bukan dibuat-buat...


Yamanashi - Camping Trip

saya teringat pengalaman di Bumi terbit matahari, di masjid otsuka, saya sempat berkenalan dengan seorang bangsa cina yang berasal dari negara China yang sedang menuntut di University of Tokyo semasa menghadiri salah satu usrah mingguan.

"Are you a Muslim?", saya cube memulakan perbualan.

"No, not yet but I am learning about Islam", saya mengangguk dengan senyuman diiringi doa semoga Allah memberi hidayahNya.

Apa yang ingin saya bangkitkan disini adalah bagaimana terbukanya institusi masjid di sana yang mengalu-alukan kedatangan seorang non-muslim, duduk bersama-sama mendengar usrah? jarang-jarang kita dengar di Malaysia kan?

Pernah juga saya bertemu dengan seorang warga Vietnam di masjid yang sama yang masih juga belum memeluk Islam tetapi turut serta dalam program 'camping' anjuran Masjid Otsuka.

Di dalam sebuah buku Abbas As-siisiy, bertajuk "Bagaimana Menyentuh Hati", halaman 263 menceritakab bagaimana seorang pemuda Afrika yang bertanya kepada ayahnya apakah wujudnya 2 Tuhan untuk orang berkulit putih dan orang berkulit hitam. Namun apabila pandangannya terpalih ke arah masjid di mana berkumpulnya manisua tidak mengira warna, pemuda tersebut masuk ke dalam masjid duduk bersama dan berkenalan dan akhirnya pemuda tersebut memeluk Islam.

Bagaimana strategi Rasulullah yang pertama-tamanya membina Masjid dan bukan rumahnya sendiri sejurus sampai di kota Yathrib kerana mengetahui betapa pentingnya sebuah ummah didirikan dengan terbinanya sebuah masjid.

Namun, apa yang mendukacitakan adalah keadaan masjid di negara tanah air tercinta yang hanya berfungsi tidak lebih dari sebuat tempat solat. Isu ini pernah dibangkitkan oleh Dr. Asri Zainal Abidin dalam bukunya "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda".



Sesetengah masjid melarang orang bukan Muslim untuk mengunjungi masjid pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menyuruh mereka mengenakan pakaian jubah pelik yang dari jauh kelihatan amat janggal dan terasa terasing sekali. Bagaimana mereka ingin merasakan hangatnya sistem Islam sekiranya gambaran yang diberikan kepada mereka amat janggal sekali. Mereka dilayan seperti orang yang sangat asing sekali. Sungguh sayu pemandangan itu.

Kita selalu menyalahkan warga Kristian menarik orang ramai dengan duit atau sogokan lain. Namun, apakah usaha kita sebagai Muslim yang sepatutnya menyambut warga bukan Muslim dengan senyuman dan khabar-khabar gembira. Saya percaya sangat-sangat bahawa ramai lagi kaum Non-Muslim di luar sana yang masih belum tahu tentang keindahan Islam sebenar setelah banyak fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh pihak yang zalim dan juga fitnah dalaman yang datangnya dari individu Muslim fasiq atau munafiq.

Dalam buku Abbas As-Siisiy juga menceritakan bagaimana pada waktu pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan ra yang menggunakan duit BaitulMal untuk warga Hami (penyembah berhala yang tidak mengetahui Bahasa Arab yang berada di Tunisia selepas penakhlukan oleh tentera Islam) dilayan seperti orang Muallaf untuk menyara kehidupan mereka dan mengirim guru Bahasa Arab kepada mereka. Akhirnya kesemua mereka masuk Islam dan menjadi tentera pembela Islam yang akhirnya membantu dalam penakhlukan Sepanyol.

Di sini, saya memohon kepada mereka yang mempunyai kuasa masjid supaya menghidupkan masjid ibarat di waktu hidupnya Rasulullah. Bukan sahaja isu ibadah di syurahkan bahkan isu-isu yang berbangkit tidak kira apa sahaja. Islam itu syumul...kita bayangkan sebuah bulatan, yang mengandungi semua, keluarga, ekonomi, teknologi, politik, pertahanan dll. Islam bukannya bulatan lain yang memisahkan kita dengan semua di atas.

Jangan jadikan masjid jauh dari hati remaja dan kanak-kanak kerana merekalah perintis masa hadapan...dari kecillah didikan bermula.

Jangan jadikan masjid tempat terakhir untuk menghabiskan saki baki usia di kala tiada lagi rutin dunia..masjid bukanlah option terakhir...bertaubat setelah berfoya dan lalai dengan dunia..

Jadikanlah masjid yang PERTAMA di hati kita...senyumlah ketika berada di dalamnya...perkenalan sesama kita kerana sesungguhnya kita bersaudara....semoga kita sentiasa diberi HidayahNya dan semoga kita berkumpul bersama di hari yang tiada kuasa selain-Nya...InsyaAllah




"Ya Allah Ya Tuhanku...ampunilah dosa-dosa hambamu ini...."
Allahua'lam

4 comments:

Unknown said...

mula mula aku nak komen pasal kucing tu...apa kene mengena ngan masjid?pastu kucing tu pulak dok sengih, nampak sangat superimpose...
kedua, aku sokong benor bab menghidupkan masjid nih. aku sendiri pernah join satu perjumpaan kat surau iwate. kat perjumpaan tu ade sorang jepunese telah berjaya masuk islam. waktu tu kawan dia pun ade (tapi kawan dia belom masuk islam). suasana surau disana amat lain dengan apa yang kita rasa kat sini, sana dengan berbilang kaum dan negara dalam satu surau......amatlah meriah

jackapron said...

comenye kushing tuu..

anw4r said...

org muslim kat malaysia ni tere bhs arab..
masjid = tmpt sujud.so mmg jd tmpt sujud jek laa..hehe

Unknown said...

still tak menjawab soalan pertama aku.....apa kaitan kucing tu ngan masjid?